omniture

CGTN:Mengapa tentera Cina peroleh sokongan meluas daripada rakyat

CGTN
2020-08-04 00:26 528

BEIJING, 4 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Dua bencana yang serius melanda China pada tahun ini – pandemik COVID-19 dan bencana banjir sepanjang Sungai Yangtze dalam skala yang belum pernah terjadi sebelum ini dalam lebih dua dekad lamanya. Pasukan tentera Cina telah memainkan peranan penting dalam bantuan bencana.

 

Secara rasminya dikenali sebagai Tentera Pembebasan Rakyat Cina (PLA), ketenteraan negara ini bertapak kukuh dalam rakyatnya dan telah mengekalkan hubungan yang erat bersama mereka sejak penubuhannya 93 tahun yang lalu.

"PLA harus sentiasa menjadi sebahagian daripada rakyat, berusaha demi kepentingan mereka dan mengekalkan hubungan yang erat serta berkongsi suka dan duka bersama mereka," kata Presiden Cina Xi Jinping dalam ucapan beliau di sebuah majlis sempena ulang tahun ke-90 penubuhan PLA pada 1 Ogos 2017.

"Tentera rakyat menuju ke mana sahaja terdapatnya musuh dan di mana adanya bahaya," tekan beliau.

Itulah yang benar-benar dilakukan oleh angkatan tentera pada tahun ini – berdiri bersama-sama orang awam dalam "perang rakyat" terhadap COVID-19 dan juga banjir.

'Jangan sekali-kali berundur' 

Setelah wabak novel coronavirus bermula di Wuhan, epipusat China, kira-kira 4,000 pegawai perubatan tentera dihantar ke tiga buah hospital di sana. Mereka merawat lebih 7,000 orang pesakit dan menyelamatkan banyak nyawa dari Januari hingga April.

"Kami, Tentera Pembebasan Rakyat Cina, berikrar bahawa kami tidak akan sekali-kali berundur dalam menghadapi wabak dan akan melindungi keamanan dan kesihatan rakyat," kata Ma Ling, pegawai perubatan tentera yang berkhidmat di unit ICU, Hospital Huoshenshan di Wuhan. 

Selepas menyempurnakan misi mereka, anggota tentera diberi penghormatan oleh Xi, juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat. Menurut turutan pujian, Xi berkata wabak ini merupakan "perang dan ujian" buat tentera dan pasukan ini memenangi perang dengan keyakinan yang kukuh, kapasiti saintifik dan penyelidikan yang tinggi serta pengorbanan yang besar.

Melindungi penduduk 

Pada musim panas, beribu-ribu anggota lelaki PLA memulakan misi baharu untuk memerangi satu lagi musuh yang berbahaya – banjir di beberapa wilayah sepanjang Sungai Yangtze yang disebabkan oleh hujan lebat yang hampir tidak berhenti. Paras air sungai dan tasik bersebelahan telah dibandingkan dengan bencana banjir pada tahun 1998.

Presiden Xi menggesa PLA dan Pasukan Polis Bersenjata Rakyat (PAP) untuk mengambil bahagian secara aktif dalam usaha menyelamat dan bantuan.

"Kami merupakan tentera rakyat dan perlu berjuang di barisan hadapan pada ketika ini," kata Xiao Shuai, seorang askar PAP di Wilayah Sichuan, barat daya China.

Zhang Hongbing, seorang pegawai kerajaan tempatan di wilayah timur Anhui, memuji tentera dan pegawai yang memerangi banjir sebagai "tentera rakyat sebenar."

"Sebaik sahaja pasukan tentera tiba, orang ramai berasa selamat " kata Zhang.

Tatkala China berusaha untuk membina pasukan bersenjata yang kuat, Xi telah meminta komitmen berdasarkan prinsip asas PLA – "berkhidmat untuk rakyat sepenuh hati dan jiwa."

PLA perlu "melalui waktu senang dan susah" bersama rakyat dan sentiasa menjadi pasukan tentera yang "dipercayai, disokong dan disayangi oleh rekyat," kata beliau.

Video - https://cdn5.prnasia.com/202008/CGTN/video.mp4

 

 

Source: CGTN
Keywords: Publishing/Information Service Broadcast feed announcements