SHANGHAI, 6 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Tanggal 30 Julai, penerbit permainan Cina Perfect World mengadakan sidang media dalam talian di Shanghai, yang mana Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Dr. Robert H. Xiao menyampaikan ucapan dasar yang melaluinya beliau menekankan kepentingan pemikiran kreatif sebagai wadah untuk memperkasa masa depan.
Perfect World mencatatkan keputusan yang menggalakkan secara menyeluruh untuk separuh pertama tahun 2020. Judul berasaskan awan terkenal yang pertama daripada syarikat tersebut, Forsaken World, yang beroperasi secara dalam talian pada bulan Julai tahun ini, telah menjadi peneraju dalam pasaran domestik untuk pengedaran permainan berasaskan awan. Bermula daripada pelancaran versi awan Subnautica pada tahun 2017, hinggalah kepada judul Forsaken World pada separuh pertama tahun 2020 dan permainan natif awan Jade Dynasty2 yang kini sedang dibangunkan, Perfect World terus meluaskan kehadirannya dalam sektor permainan awan dengan menggiatkan lagi usaha dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) permainan awan.
Sebagai pengendali eksklusif DOTA2 dan CS:GO di tanah besar China, Perfect World mempelopori beberapa acara dalam talian pada tahun ini termasuk King of the Arena untuk penyertaan orang awam dan Liga Profesional CS:GO yang diwujudkan secara eksklusif untuk pasukan profesional. Tambahan pula, penerbit ini aktif dalam mewujudkan hos e-sukan maya, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan ekosistem e-sukannya. Menuju masa depan, firma ini merancang untuk terus meneroka peluang bagi mengaplikasikan selanjutnya teknologi AI dalam seluruh sektor berkenaan.
Perfect World melancarkan sepuluh siri TV, dua rancangan aneka ragam dan sebuah filem dalam talian pada separuh pertama tahun ini. Produk-produk termasuk Perfect Village, We Are All Alone, Skate Into Love, And The Winner Is Love dan Trident, kesemuanya menjadi kesukaan ramai dari segi jumlah ulasan dan penilaian oleh audiens.
Perfect World merancang untuk melancarkan judul-judul baharu termasuk Fantasy New Jade Dynasty dan Chronicle of Infinity dalam masa terdekat. Syarikat ini akan terus menganjurkan Liga Profesional CS:GO sekali gus melancarkan cabaran bandar musim luruh dan liga kolej kebangsaan. Di samping itu, syarikat ini bersiap sedia bagi penerbitan beberapa buah filem dan siri TV, termasuk The Glory and The Dream, siri TV epik yang meraikan ulang tahun ke-100 penubuhan Parti Komunis China.
"Perfect World bukan sahaja mencipta produk hiburan bertema budaya yang membawa keriangan kepada audiens, tetapi juga terus menganalisis dan memecahkan proses keseluruhan dalam mencipta keriangan tersebut menjadi rangkaian proses dan kaedah pemikiran, sesuatu yang kami sebut sebagai 'pemikiran kreatif berkisarkan tema berasaskan budaya'," kata Dr. Xiao. Beliau selanjutnya menjelaskan bahawa pemikiran kreatif sedemikian adalah berdasarkan pengalaman Perfect World selama bertahun-tahun melaksanakan strategi membangunkan permainan dan hiburan yang bertumpu sekitar pendekatan kreatif terhadap warisan budaya sesebuah negara atau wilayah, manakala terasnya terletak pada penyepaduan silang, yang memperkasa industri-industri lain dengan kaedah serta pengalaman digital yang berasaskan budaya kreatif.
Dr. Xiao kemudiannya menambah bahawa, melalui gabungan antara produk hiburan bertema budaya, pemikiran kreatif berkisarkan tema yang berasaskan warisan budaya dan strategi untuk membangunkan permainan berdasarkan tema ini, Perfect World akan terus mencipta kandungan yang berkualiti tinggi, tekal meluaskan ruang untuk menjana imaginasi yang kreatif dan mengembangkan lagi ekosistemnya, sebagai langkah untuk bersiap sedia dalam mendepani masa depan pembangunan kreatif bersama rakan-rakan kongsinya.