omniture

Risen Energy perkenal era baharu modul 600W+

Risen Energy Co., Ltd
2020-08-06 18:02 833

NINGBO, China, 6 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Risen Energy, penyedia teknologi solar yang terkemuka di dunia, melancarkan siri modul PV Titan terkininya, modul 600W+ G6 dengan voltan rendah dan kapasiti tinggi, di seminar trend teknologi berhubung wafer silikon 210mm pada 23 Julai lalu.

Modul Titan G6 baharu, yang berasaskan wafer silikon bersaiz besar 210mm dan dengan kapasiti tertinggi 660W, telah dikeluarkan hanya kurang dari setengah tahun selepas siri 500W+ G5 terakhir. Menurut Liu Yafeng, Pengarah Kanan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Risen Energy, modul G6 didatangkan dengan semua ciri cemerlang G5. Ia telah menerima pakai teknologi pemotongan tak memusnah dan pempakejan berkepadatan tinggi, selain reka bentuk berbilang busbar serta reka bentuk sel separa potong 6*10. Teknologi ini membawa penambahbaikan yang ketara pada prestasi modul anti-retak dan anti-titik panas, di samping turut mengurangkan kos Imbangan Sistem (BOS).

Dr Huang Qiang, Naib Presiden Risen Energy, berkata di seminar tersebut bahawa modul bersaiz besar dan berkapasiti tinggi telah menjadi trend yang terkini dan membuka peluang untuk industri PV. Inovasi dalam teknologi memacu pertumbuhan pesat kapasiti dan juga kecekapan modul. Kemunculan wafer silikon bersaiz besar 210mm menjadikan kapasiti tinggi 500W+ dapat dicapai. "Bilamana pariti grid untuk industri PV telah dicapai, topik penting pada masa kini adalah untuk mencari jalan bagi mengurangkan kos. Ia merupakan bahagian penting dalam kelebihan daya saing anda," kata Huang. "Peningkatan kapasiti yang amat besar untuk modul-modul bermula daripada 400W hingga 600W merupakan satu pencapaian perintis untuk industri PV."

Di seminar berkenaan, Liu memberi pengenalan yang terperinci mengenai prestasi cemerlang siri baharu tersebut. Dengan saiz 2172*1303*25mm dan tinggi 31.5kg, modul ini mempunyai voltan litar terbuka 41.4V dan arus litar pendek 18.5A. Ia mempunyai kecekapan sehingga 21.2%. Ciri inovatif voltan rendah dan kapasiti yang tinggi, menurut Liu, telah melakukan tugas yang mengagumkan dalam menurunkan kos BOS. Dari segi prestasi anti-titik panas, modul 600W berupaya untuk mengurangkan risiko titik panas sebanyak 17.7%, yang sebahagian besarnya disebabkan oleh kerosakan dalam sel dan berkaitan dengan jumlah arus. Liu menambah bahawa modul 600W digabungkan dengan sokongan penjejakan akan mengurangkan kos BOS sebanyak 12.17% dan Kos Tenaga Terlaras (LCOE) sebanyak 9.51%.

Risen Energy memperkenalkan siri modul 500W pada Disember 2019 ke pasaran global, menandakan kedatangan era PV 5.0. Pada 9 Julai, satu perikatan untuk mencipta ekologi inovasi terbuka untuk modul 600W+ telahpun ditubuhkan dan Risen Energy merupakan salah satu daripada ahlinya. Perikatan berkenaan bermatlamat untuk mengintegrasikan usaha dan sumber dalam sektor-sektor daripada rantaian industri termasuk R&D, pembuatan dan aplikasi. Dengan menetapkan piawaian, produk dan sistem berdasarkan platform teknologi baharu, perikatan berkenaan berusaha untuk menjadikan nilai modul dan penyelesaian 600W+ sebagai yang paling relevan dan berjaya dalam aplikasi.

Pautan Berkaitan:
http://www.risenenergy.com

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities