omniture

Biopsi cecair pertama telah menerima kelulusan FDA untuk pemprofilan tumor komprehensif bagi kesemua kanser pepejal, Guardant360® CDx Guardant Health, mendapat kredibiliti dalam kalangan pakar onkologi di Asia, Timur Tengah dan Afrika

Guardant Health
2020-08-08 21:17 1093

SINGAPURA, 8 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) A.S. telah meluluskan biopsi cecair Guardant Health, Guardant360® CDx, untuk pemprofilan mutasi tumor dalam kalangan pesakit untuk semua kanser pepejal.

Bagi Guardant Health Asia, Timur Tengah dan Afrika (AMEA), kelulusan daripada FDA ini mewakili pencapaian penting ujian Guardant360. Kini, biopsi cecair disediakan secara komersial dalam 41 negara di AMEA. Bagi pesakit kanser peringkat lanjut, kelulusan FDA ini memberi kredibiliti yang lebih besar untuk ujian ini dan keupayaannya untuk menyediakan maklumat pemprofilan genomik komprehensif yang kritikal untuk rawatan kanser mereka.

"Kelulusan FDA ini merupakan satu pencapaian penting buat kami dan ia pastinya akan menggalakkan usaha kami dalam menawarkan Guardant360 sebagai pilihan biopsi cecair yang diutamakan di AMEA. Kami tetap komited untuk menjadikan ujian Guardant360 boleh didapati untuk seramai mungkin pesakit kanser tahap lanjut agar mereka dapat menjalani genotip lengkap dan mendapat peluang terbaik untuk menerima rawatan yang tepat untuk kanser mereka," kata En. Simranjit Singh, Ketua Pegawai Eksekutif Guardant Health AMEA.  

"Kelulusan FDA AS ini mengesahkan teknologi ujian Guardant360 yang kami tawarkan untuk pesakit kanser peringkat lanjut di AMEA. Garis panduan rawatan mengesyorkan ujian untuk lebih daripada 20 biopenanda genomik yang berbeza. Penilaian setiap mutasi secara individu membazirkan masa dan melambatkan rawatan. Guardant360, telah meyakinkan pakar perubatan dan pesakit bahawa gen yang berkaitan dinilai melalui ujian darah tunggal. Keputusan mengambil masa hanya 7 hari, kira hari bermula apabila ujian darah tunggal tiba di makmal. Ini akan membantu lebih ramai pesakit memulakan rawatan lebih awal dengan ubat-ubatan kanser yang sesuai," kata Dr. Steve Olsen, Ketua Pegawai Perubatan Guardant Health AMEA.

Guardant Health AMEA harap agar dapat mempercepatkan adopsi yang lebih luas dari garis panduan yang mengesyorkan pemprofilan genomik dari segi amalan klinikal di kalangan ahli pakar-pakar perubatan onkologi agar pesakit kanser peringkat lanjut di AMEA dapat memperolehi manfaat daripada biopsi cecair yang andal dan komprehensif seperti Guardant360 dan menerima rawatan dengan pantas dan tepat.

Latar Belakang Guardant Health AMEA

Guardant Health AMEA adalah satu organisasi kerjasama antara SoftBank dan Guardant Health, sebuah syarikat onkologi terkemuka yang memberi tumpuan untuk membantu mengatasi kanser di seluruh dunia melalui ciri-ciri penggunaan ujian darah, data set luas dan analitik yang canggih. Tujuan platform onkologi Guardant Health dirancang untuk menaikkan kemampuannya dari segi teknologi, pembangunan klinikal, pengawalseliaan dan pembayaran balik bagi mendorong adopsi di kalangan perniagaan, meningkatkan hasil klinikal pesakit dan menurunkan kos rawatan kesihatan. Dalam usaha untuk mencapai matlamatnya bagi mengurus kanser dalam semua tahap penyakit, Guardant Health telah melancarkan pelbagai ujian berasaskan biopsi cecair, Guardant360 dan GuardantOMNI telah dicipta bagi pesakit kanser peringkat lanjut, pengusahan ini telah mendorong program pembangunan LUNAR bagi pengulangan semula dan pengesanan awal. Sejak pelancarannya pada tahun 2014, Guardant360 telah dipesan dan diguna oleh lebih daripada 7,000 pakar onkologi dan lebih 60 syarikat biofarmaseutikal. Kunjungi kami secara dalam talian di www.guardanthealthamea.com.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200530/2817723-1LOGO?lang=0

Source: Guardant Health
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals FDA Approval