omniture

Hisense dan Paris Saint-Germain umum perkongsian global

Hisense
2020-08-11 13:20 1210

QINGDAO, China, 11 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Kelab bola sepak yang terkenal di peringkat antarabangsa Paris Saint-Germain hari ini mengumumkan bahawa syarikat barangan elektronik pengguna dan perkakas rumah yang terkemuka, Hisense sebagai penaja global terkini mereka dalam satu perkongsian selama beberapa tahun.

Hisense mengumumkan perkongsian global dengan Paris Saint-Germain
Hisense mengumumkan perkongsian global dengan Paris Saint-Germain

Hisense telah mencipta perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna memenangi anugerah yang terjual di seluruh dunia sejak 51 tahun yang lalu. Perkongsian baharu ini akan mengetengahkan misi Hisense untuk meningkatkan pengalaman tontonan buat peminat global di seluruh dunia dan akan menyaksikan mereka menjalin kerjasama bersama-sama kelab tersebut untuk memaparkan rangkaian produk mereka.

Dengan teknologi perintis dalam TV dan perkakas rumah, Hisense berkedudukan sempurna untuk memberikan pengalaman tontonan rumah yang terbaik untuk peminat Paris Saint-Germain. Selain melihat jenama dan rangkaian produk Hisense dipaparkan kepada khalayak ramai di stadium Parc des Princes dan seluruh dunia melalui saluran siaran, digital dan sosial, perkongsian ini akan turut menyaksikan Hisense menyediakan rangkaian luas produk yang inovatif kepada kelab ini bagi menyokong keperluannya melalui pelbagai kemudahannya, termasuk pusat latihan baharunya.

Alex Zhu, presiden Hisense International, berkata, "Kami teruja untuk bekerjasama dengan Paris Saint-Germain, salah sebuah kelab yang paling berjaya dan paling pantas berkembang di dunia. Mereka sentiasa mengejar kemajuan dalam teknologi dan inovasi dalam segala-gala yang mereka lakukan, yang benar-benar bertepatan dengan misi Hisense untuk "mengejar inovasi saintifik dan teknologi serta membawa kegembiraan kepada berjuta-juta keluarga". Kami percaya bahawa melalui perkongsian ini, kami dapat mewujudkan pengalaman tontonan di rumah yang sebaik mungkin untuk Paris Saint-Germain dan peminatnya di seluruh dunia."

Marc Armstrong, Ketua Pegawai Perkongsian di Paris Saint-Germain mengulas: "Kami berbesar hati mengalu-alukan Hisense ke dalam keluarga Paris Saint-Germain dan untuk bekerjasama dengan syarikat barangan elektronik pengguna dan perkakas rumah yang terkemuka di dunia. Ia akan memberi peluang yang sangat baik untuk mendekati dan berinteraksi dengan peminat kami di seluruh dunia melalui pewujudan pengalaman serta peluang yang hebat dan kami tidak sabar-sabar untuk membantu Hisense mencapai cita-cita globalnya."

Sébastien WASELS, Pengarah Urusan Asia Pasifik di Paris Saint-Germain menambah, "Kami berbangga dapat bekerjasama dengan jenama global yang begitu terkemuka dari Asia Pasifik. Ini merupakan satu perkongsian yang bermakna untuk kelab ini, menunjukkan komitmen kami yang semakin meningkat terhadap rantau ini. Kami berharap dapat membawa pengalaman Paris Saint-Germain ke lebih banyak kediaman orang ramai di seluruh dunia. Bersama-sama Hisense, kami juga akan menjadi lebih erat dengan peminat kami di China, tempat di mana letaknya ibu pejabat Hisense."

Pengumuman hari ini dibuat berasaskan komitmen berterusan Hisense terhadap sukan melalui penajaan harta sukan utama di seluruh dunia, termasuk perkongsian dengan Piala Dunia FIFA 2018, UEFA EURO 2016, perlumbaan Formula One Red Bull dan Australia Open. Penajaan berkenaan meraikan kehadiran Hisense di persada dunia, menerusi produk-produk yang dieksport ke lebih 160 negara dan wilayah.

Paris Saint-Germain dan Hisense telah menjadi peneraju inovasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan kedua-dua jenama tersebut kini bekerjasama untuk membawa hiburan yang berkualiti tinggi ke kediaman orang ramai.

Latar Belakang Hisense 

Ditubuhkan pada tahun 1969, Hisense beribu pejabat di Qingdao, China. Sepanjang 51 tahun yang lalu, Hisense sentiasa berpegang pada nilai-nilai teras "Integriti, Inovasi, Tumpuan Pelanggan dan Kelestarian". Perniagaan ini meliputi bidang-bidang seperti multimedia, perkakas rumah, maklumat pintar IT dan industri perkhidmatan moden. Syarikat ini merupakan jenama TV terkemuka di seluruh dunia dan peneraju pasaran di China, Afrika Selatan dan Australia. Hisense telah membina 54 syarikat dan pejabat luar negara serta 14 kemudahan pengeluaran antarabangsa bertaraf tinggi di China, Eropah, Amerika Tengah dan Afrika Selatan. Hisense juga mempunyai 17 pusat penyelidikan dan pembangunan di seluruh dunia dengan satu-satunya matlamat untuk membawakan produk kelas pertama dan berkualiti tinggi yang dapat meningkatkan kehidupan pengguna.

Latar Belakang Paris Saint-Germain 

Kelab bola sepak Paris Saint-Germain ditubuhkan pada tahun 1970. Sejak pembelian kelab oleh QSI pada tahun 2011, ia telah berubah menjadi salah sebuah kelab bola sepak dan jenama sukan global terunggul di dunia. -Paris Saint-Germain berkaitan dengan Paris, yang merupakan bahagian penting organisasi tersebut, di bawah falsafah sebuah bandar unik, sebuah kelab unik. Sejak itu, kelab ini memenangi 18 trofi hanya dalam tempoh tujuh tahun, 43 dalam sejarahnya, seraya menjadi kelab bola sepak yang paling berjaya di Perancis. Paris Saint-Germain telah menarik minat ramai pemain hebat termasuk Ronaldinho, Beckham, Ibrahimovic, dan kini Neymar dan Mbappé, kedua-duanya tersenarai antara 4 pemain terbaik di dunia. Populariti antarabangsa kelab berkenaan tidak pernah berhenti berkembang. Kini ia merupakan salah sebuah kelab yang paling banyak diikuti di dunia, berkembang daripada tiada pengikut kepada komuniti dengan lebih 90 juta pengikut media sosial hanya dalam tempoh tujuh tahun. Ia telah membuka pejabat-pejabat antarabangsa di Doha, New York dan juga Singapura. Kelab sukan perintis ini yang kini merangkumi bola sepak lelaki, bola sepak wanita, bola baling dan judo menambah esukan pada tahun 2016. Menyumbang kembali kepada masyarakat menjadi asas kelab ini yang meningkatkan kapasati Yayasannya dengan drastik untuk membangunkan program-program yang besar dan cekap. Antara pelbagai projeknya, projek Red & Blue School membolehkan Paris Saint-Germain berkhidmat kepada belia yang kurang bernasib baik.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200810/2880580-1?lang=0

Source: Hisense
Related Stocks:
HongKong:0921 OTC:HNKLY Shanghai:600060 Shenzhen:000921
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports Licensing/marketing agreements