omniture

KT Korea Selatan Perluas Perniagaan Pusat Data Global dengan KIND

- Pemimpin Telekom dan Agensi Kerajaan Terkemuka Tandatangan Perkongsian Global -
- Permintaan untuk Pusat Data Global Saksikan Lonjakan dalam Era Pasca COVID-19 -
KT Corp.
2020-08-14 09:00 998

SEOUL, South Korea, 14 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- KT Corp. (KRX: 030200; NYSE: KT), syarikat telekomunikasi terbesar di South Korea, akan memperluaskan perniagaan pusat data globalnya dengan Korea Overseas Infrastructure & Urban Development Corporation (KIND), sebuah agensi kerajaan, ketika permintaan untuk perniagaan seumpamanya dijangka akan melonjak dalam era pasca COVID-19.

Park Yoon-Young, ketua Unit Pembangunan Perniagaan Perusahaan KT, dan Hur Kyong-Goo, Ketua Pegawai Eksekutif KIND, mengambil gambar ketika majlis penandatanganan yang diadakan di ibu pejabat KT di pusat bandar Seoul pada 4 Ogos.
Park Yoon-Young, ketua Unit Pembangunan Perniagaan Perusahaan KT, dan Hur Kyong-Goo, Ketua Pegawai Eksekutif KIND, mengambil gambar ketika majlis penandatanganan yang diadakan di ibu pejabat KT di pusat bandar Seoul pada 4 Ogos.

Dalam memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani minggu lalu, kedua-dua rakan kongsi bersetuju untuk mempromosi perniagaan pusat data dan projek-projek bandaraya pintar KT secara global. Mereka juga akan bekerjasama dalam projek-projek pusat data bersama, pertukaran maklumat perniagaan, perkongsian awam-swasta, dan pembangunan perniagaan dan perundingan kewangan.

"KT akan memanfaatkan pencapaian perniagaannya yang luas dalam pasaran domestik untuk berkembang secara global melalui kerjasama dengan KIND," kata Park Yoon Young, ketua Unit Pembangunan Perniagaan Perusahaan KT. "Perkongsian kami akan membantu perniagaan-perniagaan Korea mendapatkan sumber ICT di luar negara semudah yang mereka lakukan di dalam negara."

KT akan memberi tumpuan terhadap mereka pusat data dan mewujudkan pelan perniagaan, membangunkan produk dan mengurus operasi perniagaan, sementara KIND akan memimpin dalam mencari permintaan baharu untuk pusat-pusat data yang berkaitan dengan projek-projek luar negaranya, berkongsi maklumat tersebut dengan KT, membantu pengendali telekom terbaik negara menarik pelaburan.

"KIND memasuki perniagaan baharu untuk membina pusat data dengan menandatangani MOU dengan KT," kata Hur Kyong-Goo, Ketua Pegawai Eksekutif KIND. "Apabila kedua-dua syarikat bekerjasama, kami akan membantu perniagaan-perniagaan Korea dengan lebih berkesan dalam mencapai jangkauan global mereka."

Korea Overseas Infrastructure & Urban Development Corp., juga dikenali sebagai KIND, ialah syarikat pelaburan kerajaan yang membantu perniagaan-perniagaan Korea dalam pelaburan dan projek-projek pembangunan luar negara mereka. KIND menyokong kontrak infrastruktur luar negara mereka, menyediakan mereka dengan maklumat dan perkhidmatan perundingan serta membuat pelaburan bersama dalam projek-projek perkongsian awam-swasta.

HUBUNGAN MEDIA

Untuk pertanyaan, sila hubungi Pasukan Hubungan Media Luar Negara kami di kt.fmrt@gmail.com 

LATAR BELAKANG KT CORPORATION (KRX: 030200; NYSE: KT)

KT Corp., penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbesar Korea, ditubuhkan semula dalam tahun 1981 di bawah Akta Perniagaan Telekomunikasi, menerajui era inovasi di negara yang paling terhubung di dunia. Syarikat ini memimpin revolusi industri ke-4 dengan rangkaian wayar/tanpa wayar berkelajuan tinggi dan teknologi ICT baharu. KT melancarkan rangkaian 5G komersial seluruh negara pertama di dunia pada 3 April 2019, setelah berjaya mempamerkan percubaan pertama perkhidmatan 5G di dunia di Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang pada bulan Februari 2018. Ini merupakan satu lagi pencapaian dalam usaha berterusan KT untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan keperluan ketika ia berinspirasi untuk menjadi Syarikat ICT dan Syarikat Orang Ramai nombor satu.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200812/2883450-1?lang=0 

Source: KT Corp.
Related Stocks:
Korea:030200 NYSE:KT
Keywords: Computer/Electronics