JIANGXI, China, 14 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion), menghantar sebuah trak dobi berskala besar dan sepasukan jurutera ke Tasik Poyang, Wilayah Jiangxi, China pada 13 Julai lalu untuk menyokong usaha memerangi banjir yang disebabkan oleh hujan lebat selama berminggu-minggu di China sejak bulan Jun.
Diselaraskan oleh Jabatan Pengurusan Kecemasan Pasukan Bomba Wilayah Hunan, Zoomlion bergabung dengan Pasukan Sokongan Logistik untuk menyediakan perkhidmatan dobi kepada para petugas banjir dan penduduk yang terjejas di Tempat Perlindungan Kecemasan Sementara Sekolah Rendah Luming.
"Dobi merupakan masalah besar bagi kami untuk menjaga kebersihan diri dan mencegah penyakit di tempat tinggal sementara. Terima kasih Zoomlion atas bantuan yang tepat pada masanya," kata Wang, seorang penduduk tempatan.
"Dengan memastikan pakaian sentiasa bersih dan dinyahkuman, dapat mencegah secara berkesan risiko kesihatan yang boleh timbul disebabkan oleh air banjir. Sekarang kita dapat memberikan perkhidmatan dobi kepada 600 hingga 700 orang setiap hari," kata Ren Fang, Jurutera Perkhidmatan Zoomlion. "Pada saat tertekan yang sedemikian, apabila para petugas banjir dan pasukan penyelamat bertungkus lumus selama berjam-jam demi melindungi nyawa penduduk serta banyak mangsa yang terjejas teruk dan mesti berpindah dari rumah mereka, kami berharap agar dapat mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat untuk mereka," tambah Ren .
Trak dobi berskala besar Zoomlion direka untuk situasi menyelamat kecemasan dengan tahap kapasiti pencucian yang tinggi serta reka bentuk yang ultra senyap. Ia boleh mencuci dan mengeringkan hingga 100kg pakaian dalam satu cucian selama kira-kira 1 jam dan dapat membersihkan pelbagai jenis pakaian termasuk pakaian penyelamat menerusi kawalan satu butang.
Zoomlion juga terlibat dalam dua latihan memerangi banjir untuk "membina jalan dan jambatan sementara" dan "menyekat pelanggaran" di Wilayah Hunan dengan 20 peralatan canggih termasuk trak jambatan kecemasan, penggali, jentolak dan trak pembuangan perlombongan serta pasukan penyelamat seramai lebih 50 orang.
"Kami percaya bahawa nilai korporat kami berpunca dari masyarakat, oleh itu kami melaksanakan tanggungjawab sosial kami secara aktif," kata Li Jiangtao, Presiden Kesatuan Sekerja Zoomlion. "Kami akan terus membangunkan rangkaian peralatan penyelamat kecemasan yang maju dan pasukan penyelamat kecemasan profesional untuk mewujudkan nilai yang lebih bermakna dan bermanfaat kepada masyarakat," tambah Wang.
Latar Belakang Zoomlion
Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (01157.HK) ialah syarikat pembuatan peralatan atasan yang menyepadukan jentera kejuruteraan, mesin pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat itu kini menjual lebih 600 produk canggih daripada 55 rangkaian produk yang merangkumi sepuluh kategori penting.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200813/2883546-1?lang=0