omniture

RCI Perkenalkan "Bentuk Liburan Gaya Baru": Suit Perkhidmatan, Akses dan Kepakaran Baharu untuk Empata Juta Ahli Pertukaran

Tawaran baharu daripada pelopor pertukaran percutian terus berkembang menjadi pemilikan percutian (timeshare) hari ini bagi memberikan faedah perjalanan sepanjang tahun kepada ahlinya
RCI
2020-08-18 08:00 680

ORLANDO, Florida, 18 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- RCI, syarikat pertukaran percutian terkemuka di dunia di bawah syarikat Panorama  yang merupakan jenama keahlian pelancongan terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa syarikat akan melancarkan suit perkhidmatan dan pengalaman pelancongan baharu untuk ahli dan ahli gabungan di bawah profil jenama baharu.

RCI, yang mempelopori konsep pertukaran pemilikan percutian lebih daripada 45 tahun yang lalu, mencipta semula syarikatnya bagi bentuk baharu pelancongan hari ini dengan penawaran produk yang dipertingkatkan untuk hampir 4 juta ahlinya di seluruh dunia.

"RCI yang baharu ini berkembang melangkaui sejarahnya yang tersohor sebagai rakan pertukaran industri pemilikan percutian yang dipercayai. Pada hari ini, kami memperluaskan perkhidmatan kami untuk menjadi penasihat pelancongan yang dipercayai oleh ahli dan ahli gabungan kami – bukan hanya sekali dalam setahun, tetapi setiap kali ahli meninggalkan rumah untuk perjalanan peribadi atau perniagaan mereka," kata Olivier Chavy, Presiden Panorama. "Kami berada dalam misi untuk memperluaskan nilai pemilikan percutian dan memberikan ahli dan ahli gabungan kami dengan teknologi canggih dan pengalaman peribadi yang menjadi penyedia perjalanan hujung ke hujung yang sebenar, serta menggambarkan kepakaran kami dalam spektrum penuh pengembaraan."

BERALIH DARIPADA PLATFORM URUS NIAGA KEPADA PENASIHAT PERJALANAN KOMPREHENSIF

Pelancong hari ini mahukan kedai sehenti dengan syarikat yang mereka percayai, yang mengenali mereka dan pilihan perjalanan mereka bukan hanya untuk keperluan pertukaran percutian mereka tetapi semua perjalanan mereka. Pemerolehan Alliance Reservations Network (ARN) oleh RCI pada tahun 2019 membolehkan syarikat ini terus mengembangkan penawarannya melalui produk dan perkhidmatan B2B yang dipertingkat untuk rakan ahli gabungan, serta membawa faedah baharu kepada perjalanan persendirian dan berkumpulan, acara, dan pasaran perjumpaan korporat. Platform tempahan ARN yang boleh dikonfigurasi dan pintar memberikan RCI keupayaan untuk menawarkan kepada para pelancong pelbagai perkhidmatan perjalanan dan gaya hidup melalui penyampaian enjin tempahan optimum, dan inventori di lebih daripada 600,000 hotel dan pusat peranginan, serta harga yang berdaya saing.

Ahli biasa dan ahli gabungan sudah menikmati keupayaan RCI mengakses diskaun hotel dan diskaun perjalanan ahli Platinum dilancarkan pada awal tahun ini. Perkhidmatan RCI yang baharu dan dipertingkat merangkumi:

  • Perkhidmatan RCI Travel yang baharu membolehkan ahli menempah semua keperluan perjalanan mereka dari pintu-ke-pintu secara dalam talian di satu tempat dan mendapatkan harga ahli pilihan untuk hotel, penyewaan kereta, pelayaran, aktiviti destinasi, dan banyak lagi.
  • Pilihan diskaun baharu membolehkan ahli menggunakan kuasa perdagangan deposit mereka untuk membeli kos hotel yang telah ada potongan di lebih daripada 600,000 hartanah di seluruh dunia.
  • Keahlian Platinum RCI memberikan potongan yang lebih besar, peningkatan, dan Akses Keutamaan bagi memilih percutian pertukaran.

Rakan kongsi pusat peranginan yang bergabung dengan RCI juga mendapat memanfaatkan penawaran baharu dalam portfolio RCI. Dengan teknologi kompetitif yang disediakan oleh ARN, RCI memberikan rangkaian perkhidmatan baharu yang membolehkan penyelesaian perjalanan dan kelab tersuai yang didorong oleh teknologi digital terkini. Ahli gabungan akan dapat menawarkan "label putih" kepada ahlinya faedah perjalanan yang disesuaikan, penyelesaian pertukaran hotel metropolitan, kelab pelancongan, pengedaran sewa, penjanaan petunjuk, dan banyak lagi.

"Strategi kami adalah untuk memperluaskan model pertukaran percutian teras kami ke pasaran pelancongan yang lebih luas dan menjadi penyedia keahlian pelancongan terkemuka," kata Paul Mulcahy, pengarah urusan APAC, India dan EMEA untuk RCI. "Kami merancang untuk terus memberi tumpuan terhadap pengalaman pelanggan dengan memperluaskan kepakaran kami dan menjadi sumber yang dipercayai secara global untuk semua keperluan perjalanan ahli kami."

Latar belakang RCI

RCI adalah bentuk liburan gaya baru. Sebagai peneraju perkhidmatan keahlian pelancongan di seluruh dunia untuk industri pemilikan percutian, syarikat ini menawarkan platform pertukaran percutian terkemuka dalam industri ini kepada 3.9 juta ahlinya di seluruh dunia, yang menyediakan akses kepada lebih daripada 4,200 pusat peranginan gabungan di sekitar 110 buah negara. RCI Travel menawarkan perkhidmatan perjalanan yang lebih baik yang membolehkan ahlinya melakukan perjalanan sepanjang tahun secara fleksibel. RCI ialah sebahagian daripada jenama pelancongan Panorama di Wyndham Destinations (NYSE:WYND). Untuk maklumat tambahan layari rci.com. RCI juga boleh didapati di Facebook, YouTube dan Twitter.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200806/2878501-1LOGO?lang=0

Source: RCI
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services