omniture

Digital International Liver Congress: Keinginan terhadap alkohol dapat dikurangkan dengan mengubah mikrobiota usus, kajian baharu dedahkan

The European Association for the Study of the Liver (EASL)
2020-08-27 06:01 960

GENEVA, 26 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Kepentingan mikrobiota usus dalam mengurangkan beban penyakit hati yang berkaitan dengan alkohol dan kanser hati telah ditunjukkan dalam satu kajian rintis baharu yang dibentangkan di The Digital International Liver Congress™ 2020.

Kajian ini menyelidik sama ada pemindahan bakteria najis daripada individu yang sihat kepada pesakit (FMT) dapat mengurangkan keinginan terhadap alkohol sebagai langkah pertama untuk digunakan dalam ujian percubaan lebih besar yang berikutnya.

Dalam ujian klinikal rintis, dwibuta, dikawal-plasebo dan rawak, 20 pesakit yang mengalami gangguan penggunaan alkohol, yang telah mencuba beberapa pilihan untuk berhenti mengambil alkohol yang tidak membuahkan hasil, diberikan FMT atau plasebo. FMT terbukti dapat mengurangkan keinginan terhadap alkohol serta profil impak penyakit keseluruhan dan psikososial bagi pasca-rawatan hari ke-15. Peningkatan ketara yang sepadan dari segi kepelbagaian mikrobiota juga dapat dilihat dalam pesakit FMT berbanding pesakit asas.

Ketidakseimbangan dalam mikrobiota usus juga dikaitkan sebagai penyumbang kepada penyakit hati berkaitan alkohol dan kajian ini mencetuskan kemungkinan untuk mengeksploitasi pengurusan mikrobiota usus bagi meningkatkan hasil pesakit.

Dalam kes-kes penggunaan alkohol yang kronik, spesies oksigen reaktif yang dihasilkan oleh metabolisme alkohol boleh membawa kepada keradangan usus kronik, yang dapat meningkatkan ketelapan usus dan mengubah komposisi mikrobiota. Peningkatan ketelapan usus dipercayai membawa kepada penempatan semula DNA bakteria usus dan endotoksin ke hati. Penempatan semula endotoksin ke hati dipercayai mendorong laluan keradangan yang berkaitan dengan perkembangan terhadap penyakit hati, termasuk kanser.

"FMT selamat dan menunjukkan kesan untuk mengurangkan keinginan terhadap alkohol dalam tempoh jangka pendek dan dapat meningkatkan kualiti hidup psikososial pesakit yang menghidap sirosis serta gangguan penggunaan alkohol," ulas pembentang kajian ILC Dr Jasmohan Bajaj daripada McGuire VA Medical Center, AS. "Banyaknya secara perbandingan bakteria penghasil asid lemak rantaian pendek yang dikenal pasti dalam pesakit dengan kepelbagaian lebih tinggi selepas menerima FMT menunjukkan bahawa pengubahan paksi usus–otak merupakan laluan berpotensi untuk mengurangkan gangguan penggunaan alkohol dalam kalangan mereka yang menghidap sirosis."

"Pemahaman interaksi antara genom manusia dan mikrobiom dari segi kesihatan dan penyakit telah membentuk salah satu bidang kemajuan yang utama sejak beberapa tahun kebelakangan ini," kata Profesor Luca Valenti, ahli Jawatankuasa Saintifik EASL daripada University of Milan, Itali. "Kajian ini meletakkan asas untuk mengeksploitasi pengetahuan baharu ini bagi rawatan terhadap penyakit hati."

Untuk maklumat lanjut, rujukan atau wawancara bersama pakar, sila hubungi Sean Deans di +44 (0)1444 811099 atau sean@spinkhealth.com

Source: The European Association for the Study of the Liver (EASL)
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Trade show news