SINGAPURA, 2 September 2020 /PRNewswire/ -- Alliance to End Plastic Waste hari ini mengeluarkan Laporan Kemajuan 2020, memperincikan tumpuan organisasi ini dalam mencapai visi dan misinya. Laporan ini menggariskan komitmen terhadap pencepatan projek melalui empat tonggak strategiknya yang melibatkan pengurusan sisa dan infrastruktur kitar semula, inovasi, pendidikan dan penglibatan serta pembersihan. Perikatan ini telah mengaktifkan 14 projek dalam 14 bandar dalam enam negara di Asia Tenggara, India dan Afrika – kesemuanya di barisan hadapan dalam menangani cabaran sisa plastik. Laporan ini turut menampilkan 55 projek pimpinan anggotanya yang bernilai US$400 juta ke arah membina penyelesaian untuk menamatkan pencemaran sisa plastik dalam alam sekitar.
"Kita perlu bertindak segera memandangkan kurangnya tindakan akan mengakibatkan berjuta-juta tan sisa plastik terus masuk ke laut sekiranya kita tidak berbuat apa-apa pada hari ini. Kemajuan yang dilakukan oleh Perikatan ini dalam tempoh hanya 18 bulan merupakan permulaan kepada suatu perjalanan panjang yang terbentang di hadapan. Namun begitu, kita dapat memendekkan perjalanan ini dengan ketara apabila kita bertindak bersama-sama merentas industri, kerajaan, masyarakat awam dan agensi pembangunan. Masalah dapat diselesaikan dan strategi kami adalah untuk mengaplikasikan pendekatan holistik yang disokong oleh pengetahuan teknikal yang mendalam dan sumber daripada rantaian nilai plastik penuh," kata Jacob Duer, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Alliance to End Plastic Waste.
Duer menambah, "Cita-cita kami, sepanjang lima tahun, adalah untuk mengalihkan berjuta-juta tan sisa plastik dalam lebih 100 bandar berisiko di seluruh dunia, memperbaiki kehidupan buat berjuta-juta orang dan menyumbang kepada ekonomi pusingan. Perikatan ini mendemonstrasikan sejauh mana penyelesaian pengurusan sisa plastik yang berjaya dapat membuka modal untuk menskalakan dan mempercepatkan langkahnya."
Contoh-contoh pencapaian projek Perikatan dan anggota yang digariskan dalam Laporan Kemajuan 2020 merentas empat tonggak strategi:
David Taylor, Pengerusi, Alliance to End Plastic Waste dan Pengerusi, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, The Procter & Gamble Company, menekankan dalam laporan: "Sisa plastik merupakan satu cabaran serius yang memerlukan tindakan pantas dan kepimpinan yang mantap dan saya yakin bahawa satu-satunya cara untuk merealisasikannya adalah melalui tindakan, inovasi dan perkongsian kolektif. Perikatan ini berada di kedudukan yang unik. Kami dapat membuka nilai pusingan dan ekonomi dalam plastik pascapengguna dengan menyokong pelbagai langkah yang inovatif sepanjang rantaian nilai, melibatkan individu serta sektor awam dan swasta."
Laporan Kemajuan 2020 turut mengumumkan Cita-cita 2025 Perikatan berkenaan. Dengan tumpuan strategik terhadap pembangunan infrastruktur, inovasi, pembersihan serta pendidikan dan penglibatan. Perikatan dan anggota-anggotanya akan membina model dan perkongsian yang boleh dilabur dalam tempoh lima tahun yang akan:
Laporan Kemajuan 2020 Alliance to End Plastic Waste boleh dimuat turun di http://bit.ly/Alliance_ProgressReportPRN
Latar Belakang Alliance to End Plastic Waste
Alliance to End Plastic Waste ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan bertaraf antarabangsa yang bekerjasama dengan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar dan pembangunan ekonomi serta komuniti di seluruh dunia bagi menangani cabaran untuk menamatkan pencemaran sisa plastik dalam alam sekitar. Melalui program dan perkongsian, Perikatan ini memberi tumpuan terhadap penyelesaian dalam empat aspek utama: infrastruktur, inovasi, pendidikan dan penglibatan serta pembersihan. Setakat Ogos 2020, Perikatan ini mempunyai hampir 50 syarikat ahli dan penyokong yang mewakili syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi global merentas rantaian nilai plastik.
Kunjungi: www.endplasticwaste.org
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200611/2826525-1LOGO?lang=0