SHANGHAI, 5 September 2020 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric Group, pengeluar peralatan penjanaan kuasa dan infrastruktur berkaitan yang terkemuka di dunia menganjurkan Sidang Kemuncak Angin Luar Pesisir Global kali ke-5 di Jinan, Wilayah Shandong, China pada 27 Ogos ini. Sebagai sidang kemuncak yang terbesar dan dengan spesifikasi tertinggi dalam bidang kuasa angin luar pesisir di dunia, matlamat Sidang Kemuncak ini adalah untuk menggalakkan kerjasama yang mendalam dalam industri ini di seluruh dunia.
Sidang kemuncak ini bersama-sama dianjurkan oleh China Energy Research Association Renewable Energy Professional Committee (CREIA), China Renewable Energy Association Wind Energy Professional Committee (CWEA), Global Wind Energy Council (GWEC) dan Wind Energy Magazine.
Li Junfeng, Pengerusi Renewable Energy Committee daripada China Energy Research Association, menyatakan, "Dalam era pasca Covid-19, banyak negara termasuk China telah mengemukakan jadual bagi mengurangkan emisi. Tenaga boleh diperbaharui telah mengukuhkan kehadirannya dalam keselamatan tenaga, peralihan tenaga dan autonomi tenaga negara."
Forum ini menyediakan analisis mendalam mengenai peluang-peluang dalam pasaran kuasa angin luar pesisir bagi kedua-dua pasaran maju dan baru muncul. Ini dibuat ketika China melancarkan panduan mengenai kuasa angin luar pesisir untuk penggunaan perancangan laut ketika sektor kuasa angin luar pesisir negara berkembang dengan pesat.
"Jika kita melihat China, tenaga angin luar pesisir akan mendapat momentum pertumbuhan yang sangat mantap pada masa akan datang. Secara global, kami percaya bahawa pasaran tersebut akan berkisar antara 30GW hingga 230GW, dengan pasaran baru muncul menjadi pasaran yang paling penting dalam proses ini," kata Alastair Dutton, Pengerusi Offshore Wind Power Working Group Global Wind Council yang memperkenalkan pasaran angin luar pesisir global dan pasaran baru muncul.
Memberi tumpuan pada tema dasar, pasaran dan teknologi kuasa angin luar pesisir, pembentangan oleh Shanghai Electric membincangkan cara untuk mengurangkan kos kitaran hayat penuh ladang angin luar pesisir dengan berkesan dengan membina sistem yang munasabah untuk meningkatkan keandalan peralatan dan juga komponen.
"Visi kami adalah untuk membina laluan bagi pembangunan kuasa angin luar pesisir dengan ciri-ciri Cina," menurut Jin Xiaolong, Naib Presiden Shanghai Electric Group dan Setiausaha Parti serta Pengerusi Shanghai Electric Wind Power Group Co., Ltd.
Jin menambah, "Shanghai Electric telah mempertimbangkan reka bentuk, pembinaan dan tahap pembangunan ladang angin luar pesisir dari perspektif pengurusan kos kitaran hayat penuh dan disepadukan dengan erat ke dalam ekosistem kuasa angin China. Sebagai penyedia perkhidmatan dalam seluruh kitaran hayat sistem kuasa angin, Shanghai Electric telah membina perkongsian yang strategik bersama syarikat-syarikat antarabangsa hampir dalam setiap segmen daripada rantaian nilai termasuk penjana, kotak gear, galas, alat digital dan platform untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta reka bentuk, demi menggalakkan pembangunan kuasa angin luar pesisir yang berkualiti tinggi."
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.shanghai-electric.com.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200904/2907686-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200424/2786026-1-LOGO?lang=0