omniture

Mengapa China masih belum lupa akan perang menentang pencerobohan Jepun

CGTN
2020-09-07 10:02 399

BEIJING, 7 September 2020 /PRNewswire/ -- Perang Penentangan Rakyat Cina Terhadap Pencerobohan Jepun yang berlangsung dari tahun 1931 hingga 1945 telah mengubah China dan hubungan China-Jepun selama-lamanya.

China masih mengingatinya, 75 tahun sejak berakhirnya perang tersebut.

Sebelumnya pada hari Khamis (3 September), Presiden Cina Xi Jinping, juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) dan pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat (CMC), melawat ke muzium di pinggir bandar Beijing bagi memperingati ulang tahun berkenaan.

Selepas seminit berdiam diri meratapi wira yang terkorban, Xi bersama-sama pemimpin-pemimpin lain daripada Jawatankuasa Pusat CPC, meletakkan jambangan bunga untuk mereka yang terkorban.

Berucap di sebuah simposium pada hari yang sama dengan kehadiran veteran yang terselamat daripada perang tersebut, Xi, memuji semangat juang negara Cina, menekankan patriotisme dan keperwiraan dalam usaha untuk memperoleh nafas baharu untuk negara China.

Beliau berkata bahawa negara Cina secara keseluruhannya berjuang dan memenangi perang ini dengan semangat patriotisme dan keperwiraan yang tinggi, yang tidak ternilai harganya pada hari ini dan dapat mendorong rakyat Cina dalam mengatasi segala kesukaran dan rintangan serta berusaha untuk memperoleh nafas baharu negara.

 

Pandemik COVID-19 telah meletakkan hubungan China-A.S. yang sudahpun tegang dalam keadaan yang semakin buruk. 

Walaupun terdapatnya kawalan yang pantas dan berkesan terhadap wabak di China, A.S. terus-menerus menyerang China berhubung pengendaliannya terhadap coronavirus. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kerajaan A.S. juga telah meningkatkan serangan ke atas CPC, yang melihatnya sebagai satu "ancaman dan musuh global."

Di bawah kepimpinan CPC, rakyat Cina bukan sahaja telah memenangi perang terhadap fasisme Jepun, tetapi sejak itu turut meraih pencapaian yang luar biasa dalam pembangunan ekonomi dan sosial, seperti yang ditekankan oleh Xi dalam simposium berkenaan.

Dasar pembaharuan dan buka pintu China benar-benar telah memulihkan ekonominya, memperbandarkan masyarakat dan meningkatkan taraf hidup. Kini, China merupakan ekonomi dunia kedua terbesar, di belakang A.S. dan sebelum penghujung tahun 2020, ia akan membebaskan semua rakyatnya daripada belenggu kemiskinan.

Bagi memperoleh nafas baharu untuk negara China, Xi, berkata bahawa negara harus kekal dengan kepimpinan CPC, laluan ke arah sosialisme dengan ciri-ciri Cina, pendekatan bertumpukan rakyat serta pembangunan yang aman.

"Rakyat Cina tidak akan pernah bersetuju dengan sesiapa sahaja atau mana-mana kuasa yang cuba untuk memutarbelitkan sejarah CPC dan mencela sifat CPC," kata Xi.

"Rakyat Cina tidak akan pernah bersetuju dengan sesiapa sahaja atau mana-mana kuasa yang cuba untuk memutarbelitkan dan mengalihkan laluan sosialisme dengan ciri-ciri Cina dan cuba untuk menafikan dan mencela pencapaian besar melalui laluan berkenaan. Rakyat Cina tidak akan bersetuju dengan sesiapa sahaja atau mana-mana kuasa yang cuba untuk memecah-belahkan CPC dan rakyat Cina."

Beliau turut menolak percubaan untuk menggertak dan memaksakan kehendak mereka ke atas China serta menghalang komunikasi rakyat Cina dengan rakyat di negara-negara lain.

Fakta-fakta yang kurang diketahui mengenai skala perang di China

Penting untuk mengingati penderitaan dan kehilangan akibat Perang Dunia II, namun kita juga tidak harus lupa mengenai perang di China dari segi skala, akibat dan legasinya.

Orang ramai dari seluruh negara mendapati diri mereka terlibat dalam Perang Penentangan Rakyat Cina Terhadap Pencerobohan Jepun (1931-1945).

Peranan China dalam perang antifasis dunia
Peranan China dalam perang antifasis dunia

China merupakan medan perang utama terhadap fasisme Jepun. Sebelum Perang Pasifik (1941-1943), Jepun mengerahkan kira-kira 80-94 peratus tenteranya di China dan selepas tahun 1941, Jepun masih mengekalkan lebih 50 peratus daripada askarnya di China.

Apabila Jepun menyerah, sejumlah 1.86 juta tentera Jepun dikerahkan di China, merangkumi hampir 52 peratus daripada jumlah keseluruhan pejuang yang dihantar ke luar negara.

Semasa perang tersebut, lebih 1.5 juta tentera Jepun maut di China, manakala lebih daripada 35 juta tentera dan rakyat Cina maut semasa perang, yang merangkumi hampir 8 peratus daripada jumlah penduduk China pada tahun 1928.

Menurut China, ia menanggung kerugian ekonomi langsung sebanyak lebih daripada 100 bilion dolar U.S. dan kerugian ekonomi tidak langsung sebanyak 500 bilion dolar U.S. (dengan harga pada tahun 1937).

Korban perang dan kerugian ekonomi
Korban perang dan kerugian ekonomi

Peluang untuk renungan

Pada dekad-dekad yang lalu, hubungan China bersama Jepun telah mengalami pasang surut.

Semasa berlangsungnya mesyuarat Osaka pada Jun yang lalu, pemimpin-pemimpin dari kedua-dua negara mencapai kata sepakat 10-mata untuk bersama-sama menggalakkan pembangunan hubungan dua hala yang baik. Xi turut bersetuju pada dasarnya untuk mengadakan lawatan negara ke Jepun, yang telah terganggu oleh COVID-19, bagi membuka lembaran baharu dari segi hubungan antara kedua-dua negara.

China dan Jepun merupakan jiran yang dekat dan hubungan damai dalam tempoh jangka panjang memberi manfaat kepada rakyat dari kedua-dua negara, selain kestabilan Asia dan dunia, kata Xi sambil merenung mengenai perang tersebut.

Merenungkan dengan teliti mengenai fasisme Jepun serta serangan dan pencerobohannya ke atas China merupakan asas politik yang penting dalam pewujudan dan pertumbuhan hubungan China-Jepun, kata Xi.

Kita harus mengambil peluang ini untuk mengingati dan merenung sejarah ketika kita menghargai kedamaian dan persahabatan antara kedua-dua negara, kata beliau.

Artikel asal:

https://news.cgtn.com/news/2020-09-03/Xi-delivers-speech-at-symposium-to-mark-WWII-victory-anniversary-Tud3lrn8Y0/index.html

Video - https://cdn5.prnasia.com/202009/anniversary/video2.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200904/2908114-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200904/2908114-1-b?lang=0

Source: CGTN
Keywords: Publishing/Information Service