omniture

Lucid Motors Perkenal Lucid Air, Sedan Elektrik Mewah Paling Berkuasa dan Cekap di Dunia

Lucid Motors
2020-09-11 23:43 399

Penanda aras baharu untuk inovasi, prestasi, kemewahan dan kelestarian kenderaan elektrik disediakan menerusi Lucid Air dengan rangkaian model penuh bermula di bawah $80,000

NEWARK, California, 11 September 2020 /PRNewswire/ -- Lucid Motors, yang berusaha untuk menetapkan piawaian baharu bagi pengangkutan lestari dengan kenderaan elektrik (EV) mewah canggihnya, hari ini mendedahkan butiran pengeluaran untuk Lucid Air yang amat dinanti-nantikan dalam siaran web global dari ibu pejabat Silicon Valley. Sudahpun menetapkan penanda aras industri baharu dalam segmen EV dan mewah dalam aspek-aspek penting yang berkaitan dengan prestasi, kecekapan dan rekaan, penghantaran sedan mewah elektrik-tulen baharu ini akan bermula pada musim bunga tahun 2021.

Lucid Motors has optimized interior cabin space for occupants with a miniaturized yet powerful electric powertrain, extending the philosophy of hyper-efficiency embedded in every facet of Lucid Air to deliver an unprecedented combination of range, practicality, performance, and luxury. Deliveries of this new pure-electric sedan will start in spring of 2021.
Lucid Motors has optimized interior cabin space for occupants with a miniaturized yet powerful electric powertrain, extending the philosophy of hyper-efficiency embedded in every facet of Lucid Air to deliver an unprecedented combination of range, practicality, performance, and luxury. Deliveries of this new pure-electric sedan will start in spring of 2021.

"Lucid Motors terdorong untuk menghasilkan kereta elektrik lebih baik dan dengan berbuat demikian, dapat membantu membawa seluruh industri ke hadapan menuju penerimaan mobiliti lestari yang dipercepatkan. Matlamat pendekatan yang tidak henti-henti untuk membangunkan kenderaan elektrik yang paling canggih di dunia ini adalah untuk memberi manfaat kepada seluruh umat manusia dengan pengangkutan emisi sifar yang lestari dan juga untuk menarik pelanggan baharu ke dunia EV," kata Peter Rawlinson, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknologi, Lucid Motors. "Dengan Lucid Air, kami telah mencipta kereta halo untuk seluruh industri, kereta yang menunjukkan kemajuan yang boleh dicapai dengan menerobos sempadan teknologi EV dan prestasi ke tahap baharu."

Menggunakan Ruang untuk Mencipta Air 

Lucid Air merupakan hasil daripada pendekatan revolusioner terhadap pempakejan automatif yang digelar Lucid Space Concept, yang memanfaatkan pengecilan saiz rangkaian kuasa EV yang dibangunkan secara dalaman oleh Lucid bagi mengoptimumkan ruang kabin dalaman. Konsep tersebut bertumpu pada seni bina Platform Termaju Elektrik Lucid (LEAP) yang melaluinya Lucid Air dan kenderaan Lucid akan datang, akan dibina. Ia merupakan pendekatan yang holistik dan bermula dari bawah untuk pembinaan EV termaju, tanpa menggunakan penyelesaian "bekalan sedia ada" yang seringkali dilihat dalam EV daripada pembuat auto legasi.

Dengan menghasilkan motor elektrik yang lebih kecil namun lebih berkuasa secara serentak dan meningkatkan pempakejan seluruh rangkaian kuasa elektrik secara mendadak, Lucid mampu mendapatkan semula ruang untuk penumpang dan keselesaan mereka. Ini melanjutkan falsafah kecekapan hiper yang dibenamkan dalam segenap aspek Lucid Air, bermula daripada kecekapan tenaga kepada ruang, menyampaikan kombinasi jarak, ciri praktikal, prestasi dan kemewahan yang tiada tandingan.

Space Concept juga menyumbang kepada proposisi yang berbeza secara halus dan moden untuk Lucid Air, tanpa bergantung pada sebarang petunjuk reka bentuk automotif tradisional, sebaliknya memberikan sebuah kereta cantik yang kelihatan sama sekali berbeza di jalan raya.

"Ketika kami memulakan perjalanan ini di Lucid Motors dan pembangunan kenderaan pertama kami, Lucid Air, kami enggan berkompromi. Kami memutuskan terlebih dahulu bahawa kami akan meneruskan setiap aspek prestasi, inovasi dan kemewahan," kata Derek Jenkins, Naib Presiden Reka Bentuk, Lucid Motors. "Keputusannya adalah kami membina kereta yang terbaik di dunia, yang mana bilangannya sudah jelas dengan sendirinya. Tambahan pula, kami melakukan semua ini tanpa mengorbankan kecantikan Lucid Air, yang akan tetap menjadi contoh pertama sebuah kereta yang dicipta bermula dari bawah untuk memanfaatkan kebebasan reka bentuk sepenuhnya yang disediakan oleh seni bina EV."

Sebuah Negeri Terinspirasi 

Mengambil petunjuk daripada California, semangat negeri tersebut disematkan bukan sahaja dalam semua produk Lucid Motors, tetapi juga dalam pengalaman jualan runcit dan digital yang dicipta oleh jenama tersebut. Seperti namanya, Lucid mendapat inspirasi daripada tanggapan dalam melihat sesuatu secara berbeza dan menjadikan impian berkenaan suatu kenyataan. Ia disimpulkan dalam slogan jenama "Dream Ahead" ("Bermimpilah ke Hadapan"), yang juga merupakan visi syarikat yang menolak status quo dan sentiasa menerobos sempadan dalam teknologi EV.

"Jenama Lucid dicipta dengan set minda yang progresif dan pasca mewah yang sangat sesuai untuk memenuhi keperluan yang berkembang pesat daripada pembeli yang paling progresif. Kita sedang menuju ke arah masa depan yang mana pengguna yang teliti melihat kelestarian, reka bentuk termaju dan inovasi teknikal sama pentingnya dengan nilai kualiti dan ketukangan mewah yang lebih tradisional," kata Jenkins. "Kami menganggap Lucid berada di hadapan dalam satu peralihan melibatkan keutamaan pengguna ke arah jenama-jenama baharu yang menawarkan hubungan langsung bersama-sama produk yang mempunyai tahap teknologi, prestasi dan reka bentuk yang serba baharu."

Menetapkan Piawaian Baharu pada Setiap Peringkat: 

Prestasi dan Jarak Memecah Rekod
Dengan sehingga 1,080 kuasa kuda yang tersedia dengan seni bina dwimotor, pacuan semua roda, Lucid Air mampu mencapai masa suku batu sepantas 9.9 saat secara konsisten dan boleh diulang. Setakat ini, ia merupakan satu-satunya sedan elektrik yang dapat mencapai masa suku batu kurang daripada 10 saat. Kuasa Lucid Air dilengkapkan dengan keupayaan jarak-lanjutan tersedia yang dapat mencapai angaran jarak EPA sehingga 517 batu dengan sekali cas.

EV Pengecasan Terpantas di Dunia
Apabila ia tiba ke pasaran, Lucid Air juga akan menjadi kenderaan elektrik dengan pengecasan terpantas yang pernah ditawarkan, dengan keupayaan pengecasan pada kadar sehingga 20 batu seminit apabila disambungkan ke rangkaian Pengecasan Pantas DC. Bagi pemilik yang mengecas Lucid Air mereka dalam keadaan dunia sebenar di jalan raya, yang dapat diterjemahkan kepada jarak 300 batu hanya dalam 20 minit pengecasan.

Pek Bateri EV Terbukti-Perlumbaan
Lucid Motors memanfaatkan pengalaman selama 10 tahun dan lebih 20 juta batu ujian dunia sebenar bagi mencipta pek bateri julat-lanjutan 113kWj yang dibangunkan secara dalaman dan kompak. Dibangunkan selanjutnya dalam kejohanan perlumbaan elektrik yang terkemuka di dunia, teknologi bateri terbukti-perlumbaan Lucid unggul dengan Sistem Pengurusan Bateri (BMS) tersuai, pempakejan sel yang pintar dan kepadatan tenaga yang bertaraf dunia.

Pempakejan Dalaman dan But Depan Terbesar yang Utama Dalam Kelas
Dengan falsafah Space Concept yang eksklusif daripada Lucid, Lucid Air menawarkan bahagian dalaman kelas-mewah bersaiz-penuh sekali gus mengekalkan jejak sedan sport yang tangkas. Pendekatan ini turut memberikan but depan (frunk) terbesar berbanding mana-mana kereta elektrik setakat ini dan keupayaan penyimpanan dua-peringkat yang hebat dalam ruang depan mahupun belakang.

Kereta Mewah Paling Aerodinamik di Dunia
Lucid Air ialah kereta mewah paling cekap-aero di dunia, dengan ujian disempurnakan di terowong angin jalan-guling termaju Windshear yang mengesahkan pekali seret 0.21.

Paparan Kokpit Kaca Termaju Digabungkan dengan Kawalan Fizikal Taktil
Bahagian dalaman Lucid Air mencerminkan revolusi dari segi bagaimana paparan bebas-bentuk generasi seterusnya disepadukan dengan anggun ke dalam seni bina rekaan kabin, memberi cara yang indah dan lancar untuk berinteraksi dengan perisian kenderaan dan antara muka pengguna bertumpu manusia. Di hadapan pemandu ialah paparan 5K Kokpit Kaca melengkung 34-inci yang "terapung" di atas papan pemuka, menyumbang kepada cahaya dan rasa lapang pada bahagian dalaman. Di samping itu, Pilot Panel tengah yang boleh ditarik terletak pada capaian hujung jari pemandu dan penumpang untuk kawalan lebih mendalam terhadap sistem dan fungsi kenderaan. Bagi melengkapkan paparan digital, beberapa kawalan fizikal yang sangat taktil dan bergerigis tepat disediakan, termasuk turbin beralur untuk fungsi roda stereng, roda kawalan volum dan suis togol aloi untuk menyesuaikan tetapan cuaca.

Tahap Seterusnya dalam ADAS
Sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) Lucid Air, Lucid DreamDrive, ialah platform pertama seumpamanya yang menggabungkan suit sensor paling komprehensif dalam pasaran dengan Sistem Pemantauan Pemandu (DMS) yang canggih, semuanya standard dalam Lucid Air Dream Edition. Ia merupakan sistem pertama seumpamanya yang menawarkan 32 sensor, mencakupi penglihatan, radar dan ultrasonik, berserta LIDAR resolusi tinggi standard pertama di dunia dalam EV, semuanya beroperasi bersama-sama DMS standard dan pemetaan HD geobatas bagi memberi pendekatan paling selamat yang sebaiknya untuk teknologi bantuan pemandu Tahap 2 dan Tahap 3.

Teknologi Pencahayaan Paling Canggih di Dunia
Lampu depan Lucid Air merupakan sistem Tatasusunan Kanta Mikro (Micro Lens Array) yang benar-benar revolusioner yang secara literal terdiri daripada ribuan "saluran cahaya". Dibangunkan secara dalaman sepenuhnya, teknologi ini memberi sistem pencahayaan yang paling terang, paling jitu dan termaju seumpamanya. Pemanduan digital arah cahaya dapat dilakukan dengan menukar secara digital saluran cahaya dalam arah berbeza, merevolusikan keterlihatan dan meningkatkan keselamatan.

Suara Alexa Disepadukan Secara Natif dalam Lucid Air
Lucid berkolaborasi dengan Amazon untuk membawa pelaksanaan Terbina Dalam Alexa canggih terus ke dalam Lucid Air. Ini membolehkan pemandu dan penumpang menikmati pengalaman Alexa penuh semasa bergerak – termasuk navigasi, membuat panggilan, menstrim media, kawalan rumah pintar dan menambah item ke dalam troli beli belah atau senarai yang perlu dilakukan – kesemuanya sambil memerhatikan jalan raya dan tangan mereka pada roda stereng. Pelaksanaan Alexa oleh Lucid turut memberi set ciri kawalan kenderaan setempat yang diperluas daripada Lucid Air termasuk HVAC, kesemuanya dengan arahan suara yang ringkas. Apabila pemandu menggunakan Alexa, akan terdapat sokongan visual untuk arahan melalui paparan Kokpit Kaca Lucid Air. Dari masa ke masa, set ciri yang tersedia akan terus berkembang melalui kemas kini Melalui-Udara (OTA) terbina dalam Lucid.

Impian Jadi Kenyataan 

Lucid Air akan tersedia terlebih dahulu di Amerika Utara, ditawarkan dengan empat rangkaian model:

  • Air, titik permulaan barisan model tersebut, boleh didapati pada tahun 2022 dan bermula pada harga di bawah $80,000 ($72,500 selepas kredit cukai persekutuan AS)*
  • Model Air Touring yang dilengkapi sepenuhnya, disediakan pada akhir tahun 2021, bermula pada harga $95,000 ($87,500 selepas kredit cukai persekutuan AS)*
  • Air Grand Touring yang dilengkapi sepenuhnya, disediakan pada pertengahan tahun 2021, bermula pada harga $139,000 ($131,500 selepas kredit cukai persekutuan AS)*
  • Air Dream Edition yang inklusif sepenuhnya dan dengan jumlah terhad, disediakan pada musim bunga tahun 2021, pada harga $169,000 ($161,500 selepas kredit cukai persekutuan)*

Dream Edition
Lucid Air Dream Edition akan menampilkan kombinasi unik sifat dan teknologi Lucid, menggabungkan prestasi yang hebat dengan jarak yang luar biasa. Sedan EV mewah 1,080hp akan disediakan dalam Stellar White, Infinite Black, atau kemasan Eureka Gold eksklusif untuk Dream Edition. Setiap warna akan didatangkan dengan pakej trim dalaman bertema "Santa Monica" yang eksklusif, termasuk kulit Nappa penuh Bridge of Weir yang meliputinya dan aksen kayu Eucalyptus perak. Dream Edition akan turut membawakan reka bentuk roda "AeroDream" 21 inci unik dan ditonjolkan dengan tanda khas dan trim yang menandakan kedudukannya sebagai edisi halo keluaran terhad bagi Lucid Air.

Edisi Touring dan Grand Touring
Tumpuan barisan Lucid Air ialah model-model Air Touring dan Air Grand Touring, yang mana masing-masing menawarkan 620hp dan 800hp. Air Grand Touring akan memberi jarak yang tersedia sehingga anggaran penilaian EPA yang diumumkan baru-baru ini iaitu 517 batu. Butiran penuh mengenai konfigurasi yang tersedia dan semua model Air boleh didapati di laman sesawang Lucid Motors.

Ketersediaan
Tempahan dibuka sekarang untuk pelanggan di seluruh AS dan Kanada, serta di negara-negara terpilih di Eropah dan juga Timur Tengah. Mereka yang terinspirasi boleh menempah Lucid Air dengan deposit yang boleh dikembalikan sebanyak $ 1,000 USD atau pengeluaran terhad Dream Edition dengan deposit yang boleh dikembalikan sebanyak $7,500 USD. Sedan mewah ini juga akan tersedia melalui 20 Studio dan Pusat Perkhidmatan Lucid yang dirancang untuk dibuka di seluruh Amerika Utara menjelang akhir tahun 2021. Tarikh penghantaran bagi pasaran Eropah dan Timur Tengah, butiran harga dan jualan serta pusat perkhidmatan akan diumumkan pada masa akan datang.

Pengeluaran di kilang Lucid Motors di Casa Grande, Arizona akan bermula pada bulan-bulan akan datang, dengan penghantaran Lucid Air kepada pelanggan Amerika Utara bermula pada musim bunga tahun 2021.

Sepintas Lalu Barisan Lucid Air 2021 

Versi-versi tambahan Lucid Air dan model-model baharu Lucid akan dikongsikan pada masa akan datang, dengan memberikan spesifikasi berikut untuk model-model Lucid Air yang kini sedang dirancang:

Model 

Harga (USD) 

Anggaran Jarak EPA
(sehingga)
 

HP 

Prestasi (anggaran) 

Pengecasan (sehingga) 

Ketersediaan 


Asas

Tidak Termasuk Kredit Cukai



0-60 (saat)

1/4 Batu

(saat)/ Kelajuan

(bpj)

Kelajuan

Tertinggi

(bpj)

Pengecasan Pantas
DC

Batu/Masa

Kelajuan

pengecasan

puncak


Air

Di bawah

$80,000

$72,500

TBA

TBA

TBA

TBA

TBA

300/20 minit

1200 bpj

2022

Air Touring

$95,000

$87,500*

406**

620

3.2

11.4 / 123

155

300 /20 minit

1200 bpj

Suku Keempat 2021

Air

Grand

Touring

$139,000

$131,500*

517**

800

3

10.8 / 133

168

300 /20 minit

1200 bpj

Suku Kedua 2021

Air Dream Edition

$169,000

$161,500*

465 (roda AeroDream

21"); 503

(roda 19")

1,080

2.5

9.9 / 144

168

300 /20 minit

1200 bpj

Suku Kedua 2021

*pemfaktoran dalam Kredit Cukai Persekutuan AS $7,500 berpotensi


**dengan pakej roda/tayar AeroRange 19"


Latar Belakang Lucid Motors
Misi Lucid adalah untuk menginspirasikan penerimaan pengangkutan lestari dengan mencipta kenderaan elektrik yang paling menawan, bertumpu sekitar pengalaman manusia. Kereta pertama syarikat, Lucid Air ialah sedan mewah yang canggih dengan reka bentuk diilhamkan California yang disokong oleh teknologi terbukti-perlumbaan. Menampilkan ruang dalaman mewah menerusi jejak luar bersaiz sederhana, Air akan dapat memberi anggaran jarak EPA sejauh lebih 500 batu dan 0-60 bpj kurang daripada 2.5 saat. Penghantaran Lucid Air kepada pelanggan, yang akan dikeluarkan di kilang baharu Lucid di Casa Grande, Arizona akan bermula pada musim bunga tahun 2021.

Hubungan Media
Andrew Hussey
media@lucidmotors.com

The interior of the Lucid Air reflects a revolution in how next-generation free-form displays are elegantly integrated into the design architecture of the cabin, providing a beautiful and seamless way of interacting with the vehicle software and human-centric user interface.
The interior of the Lucid Air reflects a revolution in how next-generation free-form displays are elegantly integrated into the design architecture of the cabin, providing a beautiful and seamless way of interacting with the vehicle software and human-centric user interface.

 

Lucid Motors unveiled production details for the highly anticipated Lucid Air pure-electric luxury sedan, which will start at less than $80,000 USD and set new industry benchmarks in the EV and luxury segments in key areas related to performance, efficiency, and design.
Lucid Motors unveiled production details for the highly anticipated Lucid Air pure-electric luxury sedan, which will start at less than $80,000 USD and set new industry benchmarks in the EV and luxury segments in key areas related to performance, efficiency, and design.

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1251413/lucid_motors_lucid_air.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1251414/lucid_motors_cabin_architecture.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1251415/lucid_motors_luxury_sedan.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1080273/LucidMotors_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Lucid Motors
Keywords: Auto Environmental Products & Services Transportation New products/services