omniture

Gisele Bündchen Jalin Kerjasama Dengan Insight Timer Galakkan Berjuta-juta Orang Bermeditasi Secara Percuma

Insight Timer
2020-09-12 02:28 420

Gisele Bündchen Dan Insight Timer Bertindak Balas Terhadap Impak COVID-19 Ke Atas Kesihatan Mental Dengan Meditasi Berpandu Percuma Terkemuka Dan Peristiwa Langsung Melalui Insight Timer Dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Portugis.

NEW YORK, 12 September 2020 /PRNewswire/ -- Insight Timer, aplikasi meditasi percuma yang terbesar di dunia untuk masalah keresahan, tekanan dan masalah tidur, hari ini melancarkan perkongsian dwibahasa bersama dermawan, pencinta alam sekitar dan peminat meditasi, Gisele Bündchen.

Bündchen telah menggunakan Insight Timer bagi tujuan meditasi selama lebih 4 tahun dan mendapat inspirasi oleh model perniagaan sedar, dipacu misi aplikasi ini untuk mengajar pada apikasi, ketika meditasi secara percuma menjadi jauh lebih penting. Sebagai Duta Muhibah untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak tahun 2009, Bündchen telah lama berusaha untuk menjadikan Bumi sebagai tempat yang lebih baik untuk generasi-generasi akan datang.

Bagi menandakan pelancaran rasmi perkongsian ini, hari ini meditasi berpandu pertama Bündchen, Hope In Times Of Uncertainty, dilancarkan melalui aplikasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Portugis. Bündchen akan terus menambah meditasi percuma dalam kedua-dua bahasa pada setiap bulan. Amalan ini akan menangani isu-isu yang dialami di seluruh dunia sebagai respons kepada pandemik (termasuk tahap tekanan dan keresahan lebih tinggi, masalah tidur) dan akan turut menyediakan meditasi untuk ibu bapa serta anak-anak mereka.

Bündchen akan menggunakan ciri strim langsung dalam-aplikasi baharu Insight Timer untuk berhubung pada waktu sebenar bersama pengikut beliau pada bulan Oktober bagi memperingati bulan Kesedaran Keresahan dan Kemurungan. Semasa sesi ceramah langsung secara percuma, Bündchen akan berkongsi kisah beliau mengenai impak yang diberikan oleh meditasi ke atas kehidupan beliau dan panduan untuk menjadikannya sebagai tabiat harian. Beliau akan menjadi hos untuk sesi berkenaan dalam Bahasa Inggeris pada 10 Oktober, sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia dan pada 19 Oktober dalam Bahasa Portugis.

"Kami berbangga untuk mengembangkan hubungan kami bersama Gisele, bermula daripada pengguna Insight Timer kepada rakan kongsi yang berhubung secara bermakna dengan misi dan komuniti kami di seluruh dunia," kata Christopher Plowman, Ketua Pegawai Eksekutif Insight Timer. "Dengan kesungguhan beliau untuk berkongsi meditasi dan ikutan antarabangsa, kami teruja apabila Gisele sejajar dengan jenama kami untuk membawa meditasi percuma kepada bumi, terutamanya semasa tempoh tekanan dan keresahan yang memuncak ini."

Tidak seperti mana-mana aplikasi lain dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan, Insight Timer menawarkan 17 juta penggunanya akses kepada koleksi meditasi berpandu (55,000 daripadanya dalam 44 bahasa) secara percuma. Dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan peningkatan mendadak kadar kemurungan dan keresahan di seluruh dunia sejak bermulanya pandemik COVID-19, akses kepada sumber global yang percuma seperti Insight Timer adalah lebih penting berbanding sebelum ini.

"Saya memilih [untuk bekerjasama dengan] Insight Timer bukan sahaja kerana mereka menawarkan kandungan yang begitu pelbagai dan berkualiti tinggi untuk semua citarasa dan keperluan, tetapi juga kerana mereka menawarkan koleksi tersebut secara percuma, menjadikannya boleh dicapai oleh lebih ramai orang," kata Bündchen.

"Meditasi mengubah hidup saya dengan cara yang luar biasa dan mencetuskan fasa baharu dalam hidup saya yang memberikan saya lebih kegembiraan dan keseimbangan berbanding dengan apa yang pernah saya alami sebelum ini. Ia terus menjadi pengaruh yang hebat dan positif dalam hidup saya pada hari ini dan saya sangat gembira atas perkongsian bersama Insight Timer ini kerana berpeluang berkongsi wadah hebat ini bersama seberapa ramai yang mungkin," kata Bündchen.

Latar Belakang Insight Timer 

Insight Timer  ialah aplikasi meditasi percuma yang terbesar di dunia untuk masalah keresahan, tekanan dan masalah tidur. Ia merupakan satu-satunya aplikasi dalam bidang ini yang berkembang daripada model perniagaan sedar, menarik 17 juta pengguna melalui hebahan lisan dan tanpa perbelanjaan iklan. Insight Timer menawarkan 55,000 meditasi percuma yang berkualiti tinggi daripada lebih 8,000 guru di seluruh dunia termasuk Yang Mulia Dalai Lama, Russell Brand, Elizabeth Gilbert, Tara Brach dan Jack Kornfield. Koleksinya pelbagai dan inklusif dengan meditasi sekular, kerohanian, keagamaan dan saintifik, muzik dan ceramah dalam 44 bahasa berbeza. Komunitinya merupakan bahagian penting dalam pengalaman dengan pengguna berpeluang untuk mencipta senarai main trek kegemaran mereka, menyertai sesi secara langsung bersama guru mereka dan kemudiannya bermeditasi pada waktu sebenar bersama rakan taulan dan rakan sejawat mereka. Sejak tahun 2014, Insight Timer menjadi aplikasi meditasi yang paling banyak digunakan di Amerika Syarikat dan telah memperoleh audiens global yang terhubung seramai 17 juta orang.

Latar Belakang Gisele Bündchen 

Gisele Bündchen ialah seorang peragawati, dermawan, pencinta alam sekitar global dan penulis terlaris. Beliau memanfaatkan platform global beliau untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan melindungi bumi kita dan semua hidupan bagi menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih sihat dan lebih bahagia untuk anak-anak beliau serta generasi-generasi masa depan. Sejak 10 tahun yang lalu, beliau telah menjadi Duta Muhibah untuk Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan diberi penghormatan oleh Harvard University dan UCLA atas komitmen panjang beliau terhadap gerakan alam sekitar. Bündchen belajar mengenai meditasi semasa tempoh yang khususnya sukar, waktu yang kini dilihat semula oleh beliau sebagai "peluang yang tersembunyi". Beliau berkongsi kisah dan pandangan peribadi yang telah membantu beliau menjalani kehidupan yang lebih peka dan menggembirakan dalam buku jualan terlaris New York Times beliau, Lessons: My Path to a Meaningful Life. Sebagai pengamal dan peminat meditasi sekian lama, Bündchen percaya bahawa kita semua merupakan makhluk ciptaan tuhan dan apabila kita menenangkan fikiran kita, kita akan mendapati bahawa kebanyakan jawapan yang dicari adalah dalam diri kita sendiri.

Hubungan Media
Bryce Dalzin / Curtis Kelly
teamgisele@jonesworks.com  

This image can only be used to promote the launch of Gisele Bündchen on the Insight Timer app. Photo copyright (c) Nino Munoz.
This image can only be used to promote the launch of Gisele Bündchen on the Insight Timer app. Photo copyright (c) Nino Munoz.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1251335/Insight_Timer_Logo.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1251336/media_nino_munoz_approved__1.jpg?p=medium600

 

Source: Insight Timer
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Health Care/Hospital Mental Health Mobile Entertainment Telecommunications Contracts