omniture

Rekod Dunia Lompatan Payung Terjun untuk Beri Manfaat Pelarian Iklim

Jump for the Planet
2020-09-15 17:22 603

BRISBANE, Australia, 15 September 2020 /PRNewswire/ -- Acara memecah rekod Jump for the Planet akan menyaksikan penerjun nekad Poland, Tomasz Kozlowski mencuba untuk memecah rekod dunia semasa untuk lompatan payung terjun yang sebelum ini dipegang oleh Felix Baumgartner dan Alan Eustace.

In 2022 Tomasz Kozlowski will Jump For The Planet to raise funds and awareness for climate refugees
In 2022 Tomasz Kozlowski will Jump For The Planet to raise funds and awareness for climate refugees

Siaran Berita Multimedia untuk video dan imej:
http://news.medianet.com.au/jumpfortheplanet/world-record-parachute/ms-MY

Tujuh tahun selepas satu percubaan terakhir, pakar psikologi dan pakar penyelamat gunung merancang untuk memecahkan rekod dengan jatuh bebas dari stratosfera pada rekod ketinggian 45km (148,000 kaki), sebagai sebahagian daripada perjuangan Jump for the Planet untuk mengumpul dana dan kesedaran untuk pelarian iklim.

Menurut Oxfam, bencana alam yang disebabkan oleh perubahan iklim memaksa orang meninggalkan kediaman mereka pada kadar tiga kali ganda konflik bersenjata. Jumlah "pelarian iklim" dianggarkan pada satu perempat bilion dalam sedekad yang lalu.

Lompatan 2022 akan distrim secara langsung di seluruh dunia dari kamera pada sut Kozlowski ketika beliau cuba untuk menjadi lelaki terpantas tanpa kuasa enjin dalam sejarah, melebihi halaju terminal dan kelajuan bunyi untuk mencapai lebih 1500 km/j (930 mpj).

Jump for the Planet merangkumi siri aktiviti amal pengumpulan dana untuk membiayai bangunan modular yang sedia diangkut ke tempat-tempat yang terjejas oleh bencana dan dipasang menjadi rumah, sekolah, asrama dan banyak lagi. Lapan puluh peratus daripada setiap rumah modular dibina dengan mengitar semula kontena laut dan sisa plastik yang dibuang dan dikuasakan secara eksklusif oleh tenaga yang boleh diperbaharui. 

Jump for the Planet disokong oleh Pho3nix Foundation, organisasi bukan untung yang memberi tumpuan ke atas penggalakan aktiviti fizikal sebagai satu cara untuk meningkatkan kesihatan kanak-kanak dan memberi inspirasi kepada mereka untuk mengikuti impian mereka.

Latar Belakang Tomasz Kozlowski, Pengasas Jump for the Planet 

Kozlowski tidak asing dalam memecahkan rekod. Dalam tahun 2014, beliau merekodkan lompat payung terjun tertinggi di Eropah (10,735 meter). Selepas publisiti yang terhasil, beliau menyedari beliau boleh pergi lebih jauh daripada sekadar rekod.

"Saya mengambil keputusan sekiranya saya melompat lagi, kalau saya boleh melakukan sesuatu yang susah dan ekstrim, saya akan menggunakannya untuk menyokong orang," kata beliau.

Dalam tahun 2017, beliau melompat 48 kali dalam sehari, mengumpul dana untuk pengidap penyakit serius Poland. Dalam tahun 2018, Kozlowski berjaya melompat 100 kali sehari dalam sehari, mengumpul cukup untuk memperoleh lebih 100 kerusi roda khusus untuk kanak-kanak yang memerlukan.

Usaha amal terkini Kozlowski terlahir dari ketakutan untuk masa hadapan anak-anaknya. "Dalam masa 20-30 tahun, iklim ini akan berubah sepenuhnya. Kita tidak tahu apa yang kita lakukan pada planet kita."

Pautan Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=370938

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200911/2914341-1?lang=0

Source: Jump for the Planet
Keywords: Environmental Products & Services Sporting Events Sports Conservation/Recycling Environmental Issues Environmental Policy Not for profit Natural Disasters