omniture

Xinhua Silk Road: Laporan Indeks Ekonomi dan Perdagangan China-Rusia (2020) dikeluarkan secara rasmi oleh CEIS

Xinhua Silk Road Information Service
2020-09-21 10:53 478

BEIJING, 21 September 2020 /PRNewswire/ -- Laporan Indeks Ekonomi dan Perdagangan China-Rusia (2020) dikeluarkan secara rasminya oleh China Economic Information Service (CEIS) pada hari Rabu lalu.

Laporan berkenaan menunjukkan jumlah perdagangan antara China dan wilayah-wilayahnya bersama Rusia dan memantau secara saintifik tahap pembangunan dan trend perdagangan dua hala melalui pewujudan sistem indeks yang dapat diukur.

Berdasarkan keputusan indeks, indeks perdagangan China-Rusia menunjukkan trend menaik yang kukuh pada tahun 2019, meningkat 12.66 peratus berbanding trend pada tahun 2018.

Indeks ekonomi dan perdagangan China-Rusia bulanan menunjukkan bahawa walaupun perdagangan global telah menyusut dengan mendadak ekoran COVID-19, perdagangan dua hala China-Rusia telah mengekalkan trend peningkatan, menunjukkan daya tahan dan potensi besar kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala.

Berdasarkan kepada indeks kesalinglengkapan perdagangan, antara eksport China ke Rusia, produk-produk dengan kesalinglengkapan perdagangan yang kukuh merupakan produk siap yang diklasifikasikan oleh bahan mentah, jentera dan peralatan pengangkutan serta produk siap yang beraneka termasuk makanan, tekstil, keluli dan jentera. Antara eksport Rusia ke China, bahan mentah tidak boleh dimakan, bahan bakar fosil dan pelincir adalah amat saling melengkapi.

Indeks perdagangan intra-industri menunjukkan bahawa China dan Rusia mengalami tahap pembahagian tenaga kerja tertinggi dalam industri makanan, diikuti dengan pengilangan pemprosesan. Pembahagian tenaga kerja dalam industri jualan barangan pengguna menjadi semakin optimum.

Keputusan berkenaan benar-benar menggambarkan skala dan kualiti kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara yang terus bertambah baik, menawarkan masa depan yang memberi harapan.

Harbin, ibu kota Wilayah Heilongjiang China, mempunyai kelebihan geografi yang wujud dalam perdagangan bersama Rusia. Pelancaran Indeks Radiasi Bandar Harbin dapat memberi sokongan dalam membuat keputusan bagi pembangunan Harbin sebagai sebuah pusat serantau dengan kerjasama bersama Rusia.

Indeks Radiasi Bandar Harbin ditutup pada 149.46 mata dalam tahun 2019, mencatatkan peningkatan sebanyak 13.01 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Laporan pertama Indeks Ekonomi dan Perdagangan China-Rusia dikeluarkan secara rasmi pada Jun 2019.

CEIS ialah badan utama yang bertanggungjawab untuk pengurusan bersepadu dan operasi perniagaan maklumat ekonomi Xinhua News Agency. "Xinhua Finance," platform maklumat kewangan negara di bawah CEIS, yang menawarkan perkhidmatan untuk pembangunan ekonomi dan keselamatan kewangan negara. Xinhua Indices," organisasi perkhidmatan indeks yang pertama dan satu-satunya dalam semua bidang di China, telah menginkubasikan beberapa produk indeks berpengaruh dalam pasaran modal, industri, pembangunan bandar dan pembinaan jenama.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/316240.html

 

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis