omniture

CGTN: China seru revolusi hijau global dalam era pasca-COVID

CGTN
2020-09-26 07:27 810

BEIJING, 26 September 2020 /PRNewswire/ -- Ketika dunia bergelut untuk memulihkan ekonomi di tengah-tengah pandemik COVID-19 yang masih berlanjutan, China telah menyeru usaha global untuk memulakan satu revolusi hijau dan berikrar untuk mencapai keneutralan karbon sebelum tahun 2060.

 

Lihat laporan asal: Pautan

"COVID-19 mengingatkan kita bahawa umat manusia harus memulakan satu revolusi hijau dan melangkah lebih pantas bagi mewujudkan kaedah mesra alam dalam pembangunan dan kehidupan," kata Presiden Cina Xi Jinping dalam satu ucapan yang disampaikan melalui pautan video untuk Debat Umum sesi ke-75 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari Selasa lalu.

Xi menggesa semua negara untuk "mengambil langkah-langkah tegas" bagi menghormati Perjanjian Paris 2015 mengenai perubahan iklim, yang melaluinya hampir 200 negara berikrar untuk mengawal emisi gas rumah hijau bagi memastikan kenaikan suhu global pada abad ini di bawah dua darjah Celsius di atas paras pra-industri dan meneruskan usaha untuk mengehadkan kenaikan suhu lebih tinggi lagi hingga 1.5 darjah Celsius.

China menyasarkan untuk "mencapai kadar puncak emisi CO2 sebelum tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon sebelum tahun 2060," kata beliau.

Beliau turut menyeru untuk "pemulihan hijau bagi ekobomi dunia dalam era pasca-COVID" dan usaha untuk mencapai pembangunan lestari di kesemua negara.

Pesanan oleh Xi mendapat tepukan gemuruh. "Pengumuman yang dibuat hari ini oleh Presiden Xi Jinping bahawa China berhasrat untuk mencapai keneutralan karbon sebelum tahun 2060 merupakan satu berita yang besar dan penting," kata Todd Stern, utusan khas iklim A.S. di bawah pentadbiran Obama yang berusaha membuat perjanjian iklim dua hala bersama China pada tahun 2014. Beliau menggelar pengumuman tersebut sebagai satu langkah yang "menggalakkan".

Ikrar berkenaan turut dialu-alukan oleh Kesatuan Eropah. "Saya mengalu-alukan pengumuman oleh Presiden Xi bahawa China telah menetapkan tarikh untuk emisi CO2 mencapai kadar puncak dan akan menjadi neutral karbon sebelum tahun 2060," kata Frans Timmermans, naib presiden untuk Perjanjian Hijau Eropah.

China menjadi lebih hijau

Sebagai negara sedang membangun yang terbesar dan ekonomi kedua terbesar di dunia, China bekerja keras untuk menyelaraskan pertumbuhan ekonomi dan perlindungan terhadap alam sekitar.

Dari satu segi, ia melibatkan transformasi struktur ekonomi dan corak pertumbuhan sebagai sebahagian daripada usaha untuk meneruskan pembangunan berkualiti tinggi; dari sudut yang lain pula, negara ini telah merangkumkan perjuangan menentang pencemaran antara "tiga pertempuran sukarnya" – di samping memerangi risiko besar dan kemiskinan – dalam usahanya untuk melahirkan masyarakat yang sederhana makmur pada tahun 2020.

Xi sentiasa meletakkan kepentingan yang tinggi kepada perlindungan terhadap alam sekitar dan pembangunan hijau.

Lima belas tahun yang lalu, sebagai setiausaha Jawatankuasa Wilayah Zhejiang Parti Komunis China (CPC), beliau mencadangkan konsep "perairan jernih dan gunung ganang yang menghijau merupakan aset-aset yang tidak ternilai," yang kemudiannya menjadi idea terkenal bagi pembangunan hijau di seluruh negara.

Selepas menjadi setiausaha agung Jawatankuasa Pusat CPC dan presiden China, Xi berulang kali menegaskan kepentingan perlindungan ekologi dalam banyak upacara termasuk semasa lawatan pemeriksaan oleh beliau ke seluruh negara.

China, dahulunya pernah bergelut dengan masalah alam sekitar yang teruk seperti kabut yang kerap terjadi dan pencemaran air yang berlaku secara meluas, sedang membuat kemajuan yang luar biasa dalam pembangunan hijau dan menyumbang kepada usaha tersebut di seluruh dunia.

Negara berkenaan berada di landasan untuk melepasi Sumbangan Ditentukan Negara (Intended Nationally Determined Contributions) menjelang tahun 2030 di bawah perjanjian Paris hasil daripada usahanya untuk mengurangkan pertumbuhan dalam penggunaan tenaga dan mengurangkan kebergantungan terhadap bahan bakar fosil.

Emisi CO2 bagi setiap unit KDNK menurun hampir separuh berbanding tahun 2005, mencapai lebih awal sasaran yang ditetapkan untuk mengurangkan 40 hingga 45 peratus daripada paras tahun 2005 menjelang tahun 2020. Selain itu, ikrar untuk tahun 2030 adalah untuk menurunkan emisi CO2 bagi setiap unit KDNK sebanyak 60 hingga 65 peratus daripada paras tahun 2005, dengan emisi CO2 mencapai kadar puncak menjelang tahun 2030.

Pada tahun 2019, satu kajian alam sekitar yang dijalankan oleh NASA menyimpulkan bahawa antara tahun 2000 dan 2017, China bertanggungjawab untuk lebih satu perempat daripada kawasan hijau baharu yang diwujudkan di seluruh dunia, menjadikannya penyumbang terbesar di dunia dalam bidang ini.

Bagi menyokong perjuangan global menentang perubahan iklim, pada tahun 2015, Xi menjanjikan Dana Kerjasama Iklim Selatan-Selatan China 20-bilion-yuan (tiga bilion dolar A.S.) yang dikhususkan untuk membantu negara-negara sedang membangun yang lain memenangi perjuangan ini.

Tahun lalu, China melancarkan Gabungan Antarabangsa untuk Pembangunan Hijau bagi Jalur dan Jalan demi memudahkan pelaksanaan Agenda Pembangunan Lestari 2030 PBB melalui pembinaan hijau Jalur dan Jalan.

"Kami menyeru semua negara untuk meneruskan pembangunan inovatif, diselaraskan, hijau dan terbuka buat semua, merebut peluang bersejarah yang dibawa oleh pusingan baharu revolusi saintifik dan teknologi serta transformasi industri, mencapai pemulihan hijau bagi ekonomi dunia dalam era pasca-COVID, seterusnya mewujudkan kekuatan berkuasa dalam mendorong pembangunan mampan," kata Xi pada hari Selasa lalu.

China menunaikan janjinya.

Video - https://cdn5.prnasia.com/202009/cgtn/video.mp4

 

Source: CGTN
Keywords: Environmental Products & Services Publishing/Information Service Conservation/Recycling Environmental Policy