BEIJING, 29 Sept 2020 /PRNewswire/ -- GWM (601633.SS/02333.HK), syarikat automobil terkemuka di China, secara rasmi mengumumkan untuk menjadi sebuah syarikat teknologi mobiliti global. GWM telah memulakan sejumlah peningkatan strategi utama termasuk budaya korporat, produk, teknologi dan pemasaran. Semasa Auto China 2020, GWM memperkenalkan imej segar dengan barisan produk baharu yang dipertingkatkan dengan teknologi terkemuka baharu, termasuk model baharu dari NEV jenama ORA, iaitu Haval Dagou, generasi ketiga legenda Haval H6, F&L, pikap POER, HAVAL H9 dan HAVAL F7&F7X, untuk menghadapi masa depan dan bersaing di pasaran global .
"Tahun ini merupakan titik perubahan bagi HAVAL untuk melangkah ke era baharu. HAVAL menuju ke arah 'jenama SUV profesional No.1 di dunia', dengan kepercayaan 6 juta pengguna di seluruh dunia. HAVAL H6 memenangi 87 mahkota jualan bulanan antara semua pesaing dalam segmen SUV di China," ujar Wen Fei, Pengurus Besar Haval. "Kita secara rasmi melancarkan HAVAL H6 Gen ke-3 beberapa minggu lalu yang mempamerkan teknologi terkini kepada pengguna global. HAVAL Dagou, kenderaan berskala 3/4, membawakan pilihan kategori baharu untuk pengguna muda. Kedua-dua kereta baharu ini berdasarkan Platform L.E.M.O.N. GWM terbaru yang mewujudkan potensi tak terhingga untuk HAVAL."
Generasi ke-3 HAVAL H6 menerajui pengalaman pemanduan pintar tahap tinggi dengan naik taraf lima dimensi iaitu dalam reka bentuk, kecerdasan, kuasa, keselamatan, dan keselesaan. Ia mencapai populariti mendadak sejak pelancaran dengan jumlah penjualan melebihi 20,000 unit sejak dilancarkan dalam masa kurang dari sebulan. Dalam kalangan pemilik awal, golongan wanita memuji bantuan memandu amat pintar yang hampir menyamai pemanduan autonomi Tahap L3, sementara golongan lelaki pula lebih meminati sambungan pintar seperti teknologi peningkatan FOTA, dan prestasi enjin, transmisi dan sistem casis yang tidak dijangka.
Berdasarkan konsep penciptaan bersama dan "pembangunan pengguna", HAVAL Dagou, yang menjadi terkenal sebelum dilancarkan, dan berjaya membina kesedaran khasnya, mendapat namanya, ikon Jenama, nama konfigurasi dan nama warna melalui pengundian dalam talian oleh pengguna. Dan keseluruhan kitaran hidup HAVAL Dagou akan "dicipta bersama" oleh pengguna. Pilihan pengguna dalam UI dan UX juga akan dapat disesuaikan pada masa akan datang.
Model GWM POER EV telah dilancarkan untuk menunjukkan wawasan GWM dalam industri pikap masa depan. Model EV ini telah dilengkapi dengan teknologi terkemuka, termasuk bateri litium ternari, jambatan pemacu elektronik bersepadu paksi-bersama global yang pertama. Dengan julat maksimum 405km, GWM POER EV, dengan kuasa 150KW dan tork 300N·m, ialah pikap EV dengan jarak terpanjang antara trak pikap yang dijual di China.
Nama rasmi pikap siri P, POER yang akan digunakan di pasaran antarabangsa, telah diumumkan semasa pameran auto ini. Perkataan POER (diungkapkan sebagai 'power' [kuasa]) diilhamkan oleh aksara Cina Pao, dan juga berasal daripada perkataan POWER dalam bentuk bahasa Inggeris tengahnya. Ia juga boleh ditafsirkan dengan akronim "berkuasa (powerful), luar jalan (off-road), menyenangkan (enjoyable) dan boleh diandalkan (reliable)". GWM ingin membina kenderaan berkuasa bukan sekadar dari segi mekanikal malah dari segi praktikal, yang boleh dibawa ke luar jalan, dan kesambungan pintar yang menjadikan perjalanan sentiasa menyeronokkan, dan keselamatan cerdas untuk menjadikannya boleh diandalkan dalam keadaan yang teruk.
GWM juga menggunakan teknologi penstriman langsung zon waktu untuk memperkenalkan acara tersebut kepada pelanggan dan rakan perniagaan di Asia, Eropah, Amerika Selatan, Afrika, dan Oceania. Di samping itu, GWM menghubungkan media antarabangsa secara langsung untuk memperagakan barisan produk baharu dari perspektif antarabangsa, dan mempersembahkan acara gilang gemilang ini dari reruai GWM di Auto China 2020.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati https://www.gwm-global.com/