omniture

Huawei Mengeluarkan Indeks Kebingkasan Perbankan untuk Tahun 2020 dan Seterusnya

Mengukur Kenaikan Industri Perbankan ke Normal Baharu
Huawei
2020-09-29 11:57 536

SHANGHAI, 29 Sept. 2020 /PRNewswire/ -- Di HUAWEI CONNECT 2020, International Data Corporation (IDC), penyedia perisikan pasaran, khidmat nasihat, dan acara global utama untuk teknologi maklumat, pasaran telekomunikasi dan teknologi pengguna, bersama-sama dengan Huawei, telah mengeluarkan Kertas Putih utama yang bertajuk "Industri Perbankan meningkat Ke Normal Baharu".  Dalam kertas ini, IDC dan Huawei meninjau kesan Covid-19 terhadap industri perbankan dan menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil oleh bank-bank untuk memastikan kejayaan masa depan mereka.  Sebagai sebahagian dari laporan ini, IDC dan Huawei telah membangunkan Indeks Kebingkasan Perbankan, yang mengukur status perbankan semasa berdasarkan wilayah dari segi enam langkah utama.  Indeks ini menunjukkan perbezaan wilayah yang besar dan dapat digunakan oleh bank untuk menilai Kebingkasan mereka sendiri dan memberikan panduan mengenai tumpuan utama demi kejayaan masa depan.

Di HUAWEI CONNECT 2020, Huawei dan rakan-rakannya menunjukkan pelbagai penyelesaian FSI, termasuk Kewanagn Awan, cawangan pintar, digital CORE dan platform data pintar.  Penyelesaian ini membolehkan bank mengurangkan kos, meningkatkan ketangkasan terhadap persekitaran FSI yang pesat berubah, menarik dan mengekalkan pelanggan dan memposisikan diri mereka terhadap pesaing yang baharu muncul.  Gangguan baru-baru ini dalam kehidupan seharian telah memindahkan fokus perkhidmatan kewangan kepada Mudah Alih dan Huawei telah menjadi pemimpin dalam menyokong peralihan ke interaksi mudah alih secara global, berdasarkan pengalaman awal di China.  Maklumat mendalam yang kami kongsi membolehkan pelanggan kewangan di seluruh dunia bertindak balas dan menyokong pelanggan dalam masa-masa yang sukar ini.

Pengalaman ini mendorong Huawei bekerja sama dengan IDC dalam menerbitkan laporan ini.  Beberapa penemuan utama dalam laporan ini berkaitan dengan kesan kewangan wabak tersebut terhadap imbangan bank, peningkatan eksponen dalam pembayaran digital daripada peranti mudah alih dan peralihan ketara peranan cawangan dalam perkhidmatan perbankan.  Melihat ke masa depan, IDC mendapati bahawa usaha harus ditumpukan pada:

Peningkatan Saluran – beralih ke perjalanan pelanggan digital sepenuhnya,
Pemikiran Semula Komunikasi – mengubah cara perkhidmatan disampaikan kepada pelanggan,
Baik Pulih Infrastruktur – membina awan hibrid dan perkhidmatan mikro,
Pentakrifan Semula Data dan Analisis – membina tasik data dan keupayaan AI yang mantap,
Menetapkan Semula Aliran Kerja – beralih daripada kertas dan PC ke aliran kerja mudah alih, dan
Transformasi Platform – menggabungkan teknologi baharu seperti 5G, AI dan IoT, dll.

Bersama-sama, Indeks Kebingkasan Perbankan dan bidang tumpuannya, memberi panduan kepada bank apabila menghadapi cabaran berterusan "Normal Baharu".

Huawei akan terus meluaskan hubungannya dengan organisasi-organisasi kewangan terkemuka dunia dan pandangan yang disediakan oleh laporan ini akan memberikan asas yang kukuh untuk usaha tersebut.

Untuk memuat turun kertas putih ini, sila klik pautan: https://e.huawei.com/en/solutions/industries/smart-finance/banking-industry-rises-up-to-the-new-normal

HUAWEI CONNECT 2020 ialah acara perdana tahunan yang dianjurkan oleh Huawei untuk industri ICT global, dan diadakan di Shanghai dari 23 hingga 26 September 2020. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati:
https://www.huawei.com/en/events/huaweiconnect2020/


Source: Huawei
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications Survey, Polls & Research