NANJING, China, 30 Sept. 2020 /PRNewswire/ -- Whale Cloud mengumumkan hari ini bahawa DITO Telecommunity, pemain telekomunikasi utama yang baharu di Filipina, telah memilih Whale Cloud untuk membangunkan sistem IT generasi seterusnya, yang menetapkan asas yang kukuh untuk syarikat tersebut memperluaskan pasaran di Filipina.
DITO, sebuah usaha sama antara Udenna Group dan China Telecom, merupakan penyedia telekomunikasi terbaru di Filipina. DITO menumpukan kepada penyediaan perkhidmatan tetap dan mudah alih dengan kelajuan rangkaian dan liputan yang tiada tandingannya serta pengalaman pengguna yang unggul. Selain itu, DITO merancang untuk mempercepatkan pelancaran perkhidmatan 5G pada tahun-tahun mendatang, dengan penawaran kelajuan yang 10 kali lebih pantas daripada apa yang ditawarkan ketika ini.
Dalam misinya untuk menjadi pengendali telekomunikasi terkemuka di Filipina, DITO memanfaatkan penyelesaian telekomunikasi Whale Cloud yang merangkumi sistem sokongan perniagaan dan operasi (BSS/OSS), keupayaan data raya dan perkhidmatan pelanggan pintar yang diperlukan untuk pertumbuhan perniagaan yang pesat, daripada pengurusan pelanggan, katalog produk, pengurusan pendapatan hinggalah pelancaran rangkaian, operasi, analisis data, diagnostik layan diri, dll. Dengan seni bina teragih dan berasaskan awan, penyelesaian kami adalah selaras dengan spesifikasi teknikal yang disatukan, untuk membina Platform Operasi Teknologi Pintar Digital (DiTOP) yang digital sepenuhnya, mantap dan boleh diskala bagi membantu DITO memperoleh kelebihan daya saing dalam perniagaan dan memenangi pasaran.
Di samping itu, Whale Cloud juga menyediakan perkhidmatan perundingan profesional berdasarkan Peta Kematangan Telekomunikasi Digital (DTMM) dan Proses Operasi Standard (SOP), untuk membolehkan DiTOP memberi sokongan yang lebih baik dalam pelaksanaan proses perniagaan dan pemetaan perjalanan pelanggan.
"Sebagai pemain baharu di Filipina, kami berusaha untuk menjadi pengubah permainan dan memberikan apa yang layak diterima oleh warga Filipina - sambungan yang lebih pantas, liputan yang lebih luas dan khidmat pelanggan yang lebih baik. Dengan Whale Cloud sebagai rakan strategik, kami yakin penyelesaian digital, rekod prestasi pelaksanaan dan pengetahuan industri mereka akan membolehkan kami mencapai kejayaan dengan lebih cepat dalam era 5G dan IoT," ujar Albert Jiang, Pengarah IT, DITO.
"Whale Cloud berbangga untuk bekerjasama dengan DITO bagi kejayaan pelaksanaan DiTOP. Kerjasama ini mengesahkan keyakinan DITO terhadap penyelesaian dan perkhidmatan kami, dan memperluaskan jejak kami dalam berkhidmat kepada pasaran Filipina yang terus berkembang. Kami akan terus menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk membantu DITO mengukuhkan kedudukan dalam pasaran komunikasi yang sentiasa berkembang," ujar Ben Zhou, CEO, Whale Cloud International.