KUALA LUMPUR, Malaysia, Oct. 3, 2020 /PRNewswire/ -- Meneruskan kejayaan sumbangan dan maklum balas positif dalam membangunkan perkhidmatan digital dan pintar berasaskan awan untuk acara dan persidangan global, Tencent Cloud hari ini mengumumkan kolaborasi mereka dengan Hylink, kumpulan agensi digital China yang terkemuka dan rakan kongsi eksklusif Féderation of Haute Couture et la Mode untuk pasaran China, untuk menyiarkan koleksi Pakaian Wanita Musim Bunga--Musim Panas 2021 Minggu Fesyen Paris (PFW) melalui Tencent Cloud Conference Solution, yang membawakan salah satu acara fesyen paling ikonik di dunia kepada pencinta fesyen di tanah besar China, secara maya dan tanpa gangguan.
Menerusi Tencent Cloud Conference (TCC), pemain utama bagi Penyelesaian Pameran dan Persidangan Tencent Cloud, para peminat di China akan dapat menstrim koleksi PFW yang terkini dengan lebih 80 jenama fesyen global termasuk Chanel, Dior, Hermès dan Louis Vuitton. Antara 28 September dan 6 Oktober, TCC akan menyediakan platform teknologi yang membolehkan Hylink menyiarkan lebih daripada 10 pertunjukan fesyen maya dan lebih 70 video kreatif daripada jenama fesyen terkenal di seluruh dunia, yang membolehkan penggemar fesyen menyaksikan pertunjukan tersebut seolah-olah mereka berada hampir dengan pentas peragaan. Penonton akan dapat mengakses barisan penuh PFW melalui video atas permintaan di platform dalam talian yang khusus.
Mr. Poshu Yeung, Naib Presiden Tencent International Business Group, berkata, "Di bawah normal baharu pasca pandemik, banyak sektor perniagaan mempercepatkan proses transformasi digital mereka untuk memastikan pertumbuhan yang mampan dan kekal berdaya saing. Industri fesyen, yang berdepan dengan cabaran perniagaan yang belum pernah terjadi sebelum ini, turut tidak terkecuali. Dengan memanfaatkan penyelesaian Tencent Cloud Conference, kami dapat membawakan Minggu Fesyen Paris kepada penonton di tanah besar China dengan lancar tanpa gangguan, yang membolehkan jenama mengambil peluang penting ini untuk meningkatkan kesedaran dan melibatkan pengguna di bahagian dunia ini melalui pengalaman menonton secara maya. Ini menunjukkan keupayaan TCC dalam menstrim acara bertaraf dunia yang berkualiti tinggi tanpa sempadan geografi".
Ms. Yuan Zou, Ketua Luxury & Fashion Europe dari Hylink, berkata, "Edisi Minggu Fesyen Paris ini adalah unik dan berprestij yang memerlukan platform teknologi yang mantap untuk menyiarkan video kreatif dan pertunjukan fesyen secara langsung. Kami gembira untuk bekerjasama dengan penyelesaian Tencent Cloud Conference untuk membawakan kreativiti fesyen yang terkini kepada penonton China terus dari ibu kota fesyen global, Paris. Platform tersebut, dikuasakan oleh fungsi termaju TCC, membolehkan penonton China mengalami pengalaman dalam talian yang imersif menerusi perjalanan fesyen luar biasa anggota PFW".
Tencent Cloud mempunyai operasi global di 25 rantau dan 53 zon ketersediaan, sebagai sebahagian daripada strategi lebih luas Tencent untuk melabur dalam teknologi terkini, seperti awan, keselamatan, data raya dan AI.
Mengenai Tencent
Tencent menggunakan teknologi untuk mempertingkatkan kehidupan pengguna Internet.
Platform komunikasi dan sosial kami, WeChat dan QQ, menghubungkan pengguna dengan satu sama lain, dan dengan kandungan dan perkhidmatan digital, dalam dan juga luar talian, yang memudahkan lagi kehidupan mereka. Platform pengiklanan kami yang disasarkan membantu pengiklan menjangkau ratusan juta pengguna di China. FinTech dan perkhidmatan perniagaan kami menyokong pertumbuhan perniagaan rakan kongsi kami dan membantu naik taraf digital mereka.
Tencent membuat banyak pelaburan dalam inovasi bakat dan teknologi, dengan giat mempromosikan pembangunan industri Internet. Tencent ditubuhkan di Shenzhen, China pada 1998. Saham Tencent (00700.HK) disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong pada 2004.
Mengenai Hylink
Beribu pejabat di Beijing, Hylink ialah agensi komunikasi digital bebas yang terbesar di China, dengan lebih 2400 pekerja di 23 pejabat di 3 benua.