omniture

CGTN: Bekerja dengan kereta api: Warisan keluarga selama tiga generasi

CGTN
2020-10-09 01:28 712

BEIJING, 9 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- CGTN baru-baru ini menerbitkan sebuah artikel tentang "Keluarga pekerja kereta api" -- tiga generasi telah memilih pekerjaan yang sama - penyelenggaraan kereta api. Mereka menyaksikan perkembangan teknologi kereta api dan artikel ini menunjukkan impian mereka terhadap Perkhidmatan Kereta Api Qinghai-Tibet.

 

Baca artikel asal: di sini

"Saya meneruskan impian ayah dan datuk saya," kata Li Haifeng, pemeriksa kereta api di Depot Xining – tempat di mana kereta api di Perkhidmatan Kereta Api Qinghai-Tibet meniup wisel pertama mereka.

Li yang berumur tiga puluh satu tahun telah memeriksa dan menyelesaikan masalah kerosakan yang tidak dapat dikesan di kemudahan setiap gerabak bagi memastikan keselamatan setiap perjalanan kereta api. Beliau telah berada dalam pekerjaan ini selama tujuh tahun setakat ini, namun begitu, tempoh ini hanyalah pecahan kecil daripada tempoh ayah dan datuk beliau pernah bekerja.

Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi

Kisah ini bermula pada tahun 1958 ketika datuk beliau iaitu Li Wangfu, yang berasal dari timur China Shandong, berpindah dari Biro Perkhidmatan Kereta Api Dandong ke Xining atas pertukaran pekerjaan. "Saya tiba di sini pada 15 Ogos, 1958," Li Wangfu memberitahu CGTN. Pada usia 80an, beliau masih ingat tarikhnya dengan jelas. Selepas perjalanan sukar yang panjang, apa yang muncul di hadapan matanya adalah tanah tandus di mana matahari memancar dengan terik.

Ketika depot kereta api Xining didirikan pada bulan Oktober 1959, Li Wangfu menjadi salah satu daripada beberapa pemeriksa kereta api di dataran tinggi yang sangat kurang penduduknya. Pada masa itu, pada hari siang, beliau mencari punca masalah dan membuat baik pulih dengan segugus alat yang sukar digunakan dan tinggal di sebuah bilik bawah tanah, yang digali sendiri oleh beliau dan rakan-rakan, di sebuah bukit pasir di sebelah selatan garaj stesen, pada waktu malam.

"Pada masa itu, kami pergi ke mana sahaja mereka memerlukan kami," beliau berkata. Setiap hari beliau pergi bekerja dengan kot yang basah kuyup dengan minyak enjin hitam. Kerja keras membuahkan hasil. Beliau menjadi salah seorang ketua pemeriksaan kereta api pertama di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet pada tahun 1984 – tahun ketika landasan kereta api yang menghubungkan Xining dan Golmud, masing-masing ialah bandar pertama dan kedua terbesar di Wilayah Qinghai, mula beroperasi.

Bapa borek, anak rintik. Penglibatan Li Xiujin dalam penyelenggaraan kereta api sangat dipengaruhi oleh ayahnya Li Wangfu. "Ayah saya pernah membawa saya menaiki kereta api beliau, saya merasakan itu adalah pekerjaan yang baik," beliau mengenang semula memori silam. Pada tahun 1983, beliau ditugaskan ke Depot Golmud. "Pada masa itu, kami memerlukan dua hari perjalanan dari Xining ke Golmud, di mana pasir dan kerikil berterbangan ke udara."

Li Xiujin dan rakan sekerjanya tinggal di sebuah pondok kecil dan sejuk diperbuat daripada lumpur dan membawa bersama mereka tukul pembaikan ke tempat kerja setiap hari. Sepanjang 37 tahun yang lalu, beliau menyaksikan pembangunan teknologi kereta api yang berkembang pesat, yang sebahagian besarnya memudahkan pemeriksaan kereta api.

Sistem kereta api Qinghai memperkenalkan pelbagai mesin pengesan automatik pada tahun 2012, di tengah-tengah momentum pembangunan yang didorong oleh teknologi di seluruh negara. Li Xiujin mempelajari teknologi canggih dan menjadi penganalisis terpusat TFDS (Sistem Pengesanan Kegagalan Pengangkutan Kereta Api). "Sekarang saya boleh memeriksa kira-kira 300 kereta api setiap hari di komputer."

Kerja pembaikan dan penyelenggaraan suatu ketika dulu lebih bergantung kepada pengalaman tetapi sekarang "kemahiran komprehensif" berdasarkan pengetahuan teknikal juga diperlukan untuk menjamin keselamatan penumpang, menurut generasi ketiga Li Haifeng.

Dari lokomotif wap ke kereta api elektrik

Pada tahun 1950-an dan 1960-an, apa yang ditawarkan oleh kereta api adalah perjalanan berhari-hari dalam gerabak yang berdetar-detar di bahagian bawah -- itulah era ketika wap menguasai landasan. Lokomotif wap membantu mendorong dunia memasuki revolusi perindustrian pertama dan sejak itu telah memajukan peradaban manusia untuk 150 tahun yang berikutnya.

Di China, pengeluaran dan penggunaan lokomotif wap berlanjutan sehingga akhir 1980-an walaupun kebanyakannya dihentikan lebih awal. Pada tahun 1960-an, kereta api wap memimpin perkembangan jaringan kereta api negara ini, memacu perkembangan sosioekonominya.

Li Wangfu menyaksikan kereta api wap secara beransur-ansur terasing dan kemunculan pertama kereta api pembakaran dalam dan kemudiannya kereta api elektrik. "Sekarang kami menggunakan elektrik sepenuhnya."

Sejak beberapa dekad yang lalu, teknologi kereta api China sudah semakin maju. Anak lelaki dan cucu beliau menyaksikan lebih banyak pembangunan yang di luar dugaan. "Sebelum ini di bahagian Xining-Golmud, kereta api hanya bergerak dengan kelajuan sekitar 50 kilometer sejam, tetapi sekarang dapat mencapai kelajuan 160 kilometer sejam," kata Li Haifeng.

Kini China mempunyai jaringan kereta api berkelajuan tinggi terbesar di dunia, berserta dengan kaedah pemeriksaan canggih untuk kemudahan dan peralatan pada kereta api.

"Kami telah beralih daripada kerja manual yang berat ke pekerjaan mental, seperti seorang doktor di hospital," kata Li Xiujin, "Kami hanya duduk di dalam pejabat, melihat gambar yang diambil oleh kamera berkelajuan tinggi, dan melaporkan masalah kepada pemeriksa di lokasi dengan bantuan TFDS."

Bagi Li Haifeng, pekerjaan ini kurang menggunakan tenaga tetapi memerlukan lebih banyak kepakaran. Kereta api yang dikendalikannya mempunyai penapis UV yang terpasang pada tingkapnya, penjana oksigen dan alat pemprosesan kotoran automatik di antara pelbagai kemudahan baru.

"Bekerja dengan kereta api adalah sukar, kerana anda perlu mengambil kira keselamatan setiap penumpang. Ia seperti menjadi 'doktor' yang mengetahui segala-galanya tentang kereta api dan memberikan preskripsi yang tepat," kata Li Haifeng.

Video - https://cdn5.prnasia.com/202010/CGTN/Video.mp4

 

 

Source: CGTN
Keywords: Auto Publishing/Information Service Railroads and Intermodal Transportation Transportation