omniture

Tingkatkan kemahiran dengan platform pembelajaran global baharu SEGi

SEGi University and Colleges
2020-10-12 09:23 366

KOTA DAMANSARA, Malaysia, 12 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- Objektif utama kebanyakan graduan setelah tamat pengajian adalah memperoleh peluang pekerjaan yang baik atau menjana pendapatan mereka sendiri. Malah, institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dalam negara juga merancang strategi kurikulum dan pengalaman pembelajaran untuk meningkatkan kebolehpasaran dan daya saing graduan tempatan supaya mereka boleh memperoleh pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan akademik mereka. Namun, pada realitinya, ia bukanlah semudah seperti yang dijangkakan.

Persekitaran yang berteknologi seperti bilik darjah digital dan makmal komputer canggih memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di SEGi
Persekitaran yang berteknologi seperti bilik darjah digital dan makmal komputer canggih memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di SEGi

 

SEGi Universiti menyediakan pelajar dengan persekitaran pembelajaran 'Berteknologi' melalui Google Classroom
SEGi Universiti menyediakan pelajar dengan persekitaran pembelajaran 'Berteknologi' melalui Google Classroom

 

Platform SEGiRISE adalah program pembelajaran flexi yang menawarkan peluang kepada pelajar dewasa untuk mencipta kembali masa depan mereka melalui kursus peningkatan kemahiran yang mantap
Platform SEGiRISE adalah program pembelajaran flexi yang menawarkan peluang kepada pelajar dewasa untuk mencipta kembali masa depan mereka melalui kursus peningkatan kemahiran yang mantap

Menyedari hakikat ini, SEGi University & Colleges melaksanakan pembaharuan yang dikenali sebagai SEGiRISE. Bertujuan memberi peluang pembelajaran yang saksama kepada semua, SEGiRISE ialah program pembelajaran fleksibel di bawah Ekosistem Global SEGi yang menawarkan peluang kepada golongan dewasa dan profesional untuk mencipta kembali masa depan mereka yang lebih stabil melalui kursus-kursus pembangunan dan peningkatan kemahiran yang bersesuaian dengan keupayaan mereka.

Tanpa mengira latar belakang profesional atau akademik, pelajar dari seluruh dunia kini boleh mendaftar ke program pengajian asasi hingga ke lepasan ijazah untuk mencapai matlamat hidup tertentu atau meningkatkan kualiti hidup mereka.

SEGiRISE menawarkan fleksibiliti untuk semua kategori pelajar dengan pelbagai keperluan melalui mod pembelajaran campuran, pengajian dalam talian dan konvensional. Bermula secara kecil-kecilan sebagai institusi konvensional pada tahun 1977, SEGi kini merupakan institusi terkemuka untuk profesional perniagaan dan dinobatkan sebagai Pusat Kecemerlangan Perniagaan dan Perakaunan.

SEGi juga merupakan antara pelopor dalam pembelajaran dalam talian dan campuran serta diiktiraf untuk menjalankan program pengajian dalam talian sepenuhnya sejak 2013 oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Ini turut meningkatkan penyertaan program Pendidikan Profesional dan Berterusan (PACE) SEGi dalam kalangan profesional yang bekerja. Selain itu, ini juga meningkatkan standard pendidikan berasaskan penyelidikan di peringkat pascasiswazah dan menyumbang kepada pertumbuhan penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.

Kelebihan SEGiRISE adalah fleksibiliti dalam pembayaran yuran pengajian dan mod pembelajaran. Pembelajaran dalam talian membolehkan mereka mengikuti pelajaran melalui kuliah yang dirakam dan log masuk ke akaun pelajar mereka untuk mengetahui tentang tugasan kelas, jadual kelas, pembayaran dan interaksi dengan rakan sebaya dan pensyarah melalui sistem pengurusan pembelajaran dalam talian (LMS), Blackboard dan platform pembelajaran Panopto SEGi.

Golongan dewasa juga dapat mengatur masa belajar mereka di rumah dan menghadiri kelas maya yang dijalankan melalui platform seperti Zoom, Skype, Microsoft Teams dan Google Meet dan ini bukan sahaja dapat menggalakkan pembelajaran yang seimbang, kondusif dan teratur dari rumah, malah membolehkan pengurusan masa dan keseimbangan kerja-belajar-kehidupan yang lebih baik.

SEGi University & Colleges juga menawarkan kursus pendek dengan harga yang berpatutan untuk pelajar peringkat permulaan, menengah dan lanjutan. Terdapat juga kursus-kursus pendek dengan kredit yang dapat digunakan untuk mengikuti program pengajian lain yang diakreditasi melalui pemindahan kredit. Bermula dengan bengkel kurikulum hingga ke bengkel dalam talian. Setiap kursus diajar oleh golongan profesional industri yang berpengalaman dan mampu menambah nilai kepada kelayakan profesional seseorang.

Seiring dengan keperluan pendidikan moden, institusi ini mengambil langkah berani untuk menempatkan dirinya sebagai institusi terkemuka yang menerapkan elemen Industri 4.0 – Towards IR4.0 dalam usahanya untuk menjamin masa depan graduannya.

Industri 4.0 mempunyai kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat dan kajian menunjukkan bahawa teknologi yang baru dapat mengubah 28 juta pekerjaan di ASEAN. Apabila pasaran kerja berubah, keperluan modal insan turut sama berubah. Industri baharu memerlukan tenaga kerja yang lebih inovatif dan berasaskan kemahiran dengan kecelikan data dan digital yang mencukupi.

Untuk mewujudkan tenaga kerja yang inovatif, SEGi mengenal pasti Empat Strategi Transformasi dan Empat Pemacu Transformasi yang akan meletakkan institusi ini sebagai institusi penyelidikan dan pemacu inovasi yang terkemuka. Pada masa yang sama, ia juga berhasrat untuk menjadi sumber utama bakat yang berkaitan dengan industri serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif.

SEGi sentiasa mencari pasaran baru seiring dengan peningkatan teknologi dalam mencapai matlamatnya untuk menjadi institusi berteraskan Industri 4.0 dengan memperkenalkan usaha-usaha baru. Antaranya adalah Empat Strategi Transformasi yang dikenali sebagai Pendekatan 4R (SEGi 4R Approach) – Reimagine, Recognise, Redefine, Revolutionise.

Untuk meningkatkan ciri-ciri kebolehkerjaan dan kebolehpasaran graduan melalui penciptaan pekerjaan dan perniagaan baru, Ekosistem Global SEGi termasuk pelajar dan kakitangannya mestilah boleh mengimaginasikan semula (Reimagine) segala kemungkinan yang dapat memenuhi keperluan hari esok.

Pada masa yang sama, rakan industri SEGi juga perlu mengenal pasti (Recognise) potensi dan keupayaan yang betul dengan menyediakan laluan kepada graduan menunjukkan kemampuan mereka dalam industri untuk memberi impak yang besar kepada masyarakat.

Seiring dengan itu, SEGi juga perlu menentukan semula (Redefining) masa depan mereka. Para pelajar harus memahami bahawa transformasi merupakan aspek penting dalam setiap perniagaan dan mereka perlu dapat menyesuaikan diri dengan sewajarnya demi mencipta masa depan yang mampan untuk diri mereka sendiri.

Dengan pemahaman ini, akan lebih mudah bagi SEGi Merevolusikan (Revolutionise) pasaran dengan memperkenalkan program inovatif yang seiring dengan pertumbuhan dan arah pasaran ekonomi yang mampan.

Strategi ini bukan sekadar akan menyelaraskan SEGi dengan industri tetapi juga membantu dalam menghasilkan graduan yang holistik dan seimbang dengan kemahiran dan kecekapan yang tepat untuk pasaran semasa dan juga masa depan.

SEGi komited untuk membawa perubahan serta mentransformasikan sektor pendidikan swasta supaya ia lebih inovatif dan dilengkapi dengan jaringan industri yang mampan. SEGi juga menandakan empat laluan yang dapat memperkukuhkan jenamanya iaitu Perkongsian Pintar, Penambahbaikan Kurikulum, Penyediaan Kemudahan Canggih dan Program Baru dan Inovatif.

Walaupun kolaborasi industri menambahkan kredibiliti, kemasukan elemen IR4.0 dalam kurikulum dan program peningkatan kemahirannya membantu SEGi memperkenalkan program pengajian baharu dan inovatif selaras dengan trend global. Kemudahan di SEGi juga ditingkatkan secara berperingkat untuk mendedahkan pelajar kepada ciri IR4.0 seperti pembuatan pintar, simulasi, bilik darjah pintar, kecerdasan buatan dan lain-lain. Strategi-strategi ini juga dijangka dapat menyumbang ke arah menjadikan Malaysia destinasi yang lebih baik untuk R&D berimpak dan bernilai tinggi.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20201006/2941262-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20201006/2941262-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20201006/2941262-1-c?lang=0

Source: SEGi University and Colleges
Keywords: Education Higher Education New products/services