omniture

GRAPHISOFT telah melancarkan Archicad 24, di Malaysia dan Singapura bersama dengan kemas kini utama pada BIMx dan BIMcloud

Aliran kerja yang lancar, telus dan bersepadu antara arkitek dan jurutera dalam berkongsi pengalaman melalui "cloud-based teamwork" dan aliran kerja BIM secara mudah alih dalam penghasilan reka bentuk dan kejuruteraan bangunan yang lebih efektif -- akan mengurangkan risiko, meninggikan kepercayaan dan meningkatkan kualiti. GRAPHISOFT turut menonjolkan program pembelajaran mereka yang diperluaskan, satu platform yang akan membantu profesional industri AEC mempunyai kemahiran penting dalam mengembangkan daya saing mereka.
GRAPHISOFT
2020-10-19 11:00 185

SINGAPURA, 19 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- GRAPHISOFT, Pelopor kepada Model digital berinformasi (BIM) yang utama untuk sektor arkitek telah menyediakan perisian Archicad 24 untuk pasaran tempatan, yang merupakan versi terkini perisian BIM mereka yang telah memenangi anugerah perisian BIM; keluaran terbaru perisian BIMcloud, penyelesaian dalam kerjasama secara berpasukan berasaskan "cloud" yang pertama dan termaju dalam sektor Senibina, Kejuruteraan dan Pembinaan (AEC); dan BIMx, aplikasi BIM mudah alih dan web yang paling popular.

Archicad 24 telah membantu arkitek dan jurutera bekerjasama bersama-sama melalui BIMcloud dalam menyampaikan reka bentuk bersepadu. Ketelusan yang diperolehi dalam model yang dikongsi bersama dan aliran kerja berorientasikan secara berpasukan akan meningkatkan kepercayaan di kalangan ahli pasukan serta mengelakkan model bertindih dan kerja yang tidak diperlukan antara arkitek dan jurutera struktur. Set antaramuka terbina dalam Archicad yang berkeupayaan tinggi dan mesra pengguna menjadikan ia perisian BIM yang paling cekap dan senang dipelajari di pasaran. Penampilan aliran kerja reka bentuk algoritma dan sokongan kepada model yg bersaiz besar, dokumentasi yang automatik, penerbitan dokumentasi dalam satu klik sahaja, pelukisan foto realistik dan menyediakan data analisis yang terbaik, Archicad membolehkan arkitek memberi fokus kepada peranan mereka yang utama iaitu membentuk bangunan.

BIMcloud

BIMcloud memberikan kolaborasi secara segera dan selamat antara ahli pasukan projek tanpa mengira saiz atau kerumitan projek, lokasi pejabat atau kelajuan sambungan Internet. Tersedia dalam kedua-dua konfigurasi samada secara peribadi atau umum pada perkakas yang asas, bermakna walaupun mempunyai persekitaran pejabat yang lebih kecil pun boleh memanfaatkan akses kepada BIMcloud yang cepat, cekap dan selamat untuk projek yang dikongsikan secara "real-time".

BIMx

Aplikasi BIMx, akan meluaskan pengalaman BIM yang merangkumi semua pihak berkepentingan dalam reka bentuk bangunan, pelaksanaan dan kitaran hayat operasi. BIMx merupakan aplikasi penyampaian dan penyelarasan yang paling popular untuk semua pihak berkepentingan dalam projek. BIMx menampilkan 'Hyper-model BIM' – pengalaman navigasi seperti permainan yang membantu sesiapa saja meneroka model bangunan dan memahami kehendak projek. Keratan model yang segera, pengukuran secara terus dalam model dan penandaan konteks kepada model projek menjadikan BIMx, aplikasi yang terbaik di pasaran BIM. Akses API berkeupayaan tinggi membolehkan BIMx menyambungkan model kepada ekosistem pihak ke-3 dalam menawarkan akses dan kawalan terhadap set data luaran yang diuruskan dalam konteks model maklumat bangunan.

Apa yang baharu dalam Penyelesaian Utama GRAPHISOFT

Bersama-sama, Archicad 24, BIMcloud dan BIMx kini memberikan kelebihan dalam reka bentuk dan analisis, kolaborasi, dokumentasi dan pengvisualan seperti berikut:

REKA BENTUK DAN ANALISIS

Archicad 24 menyatukan arkitek dan jurutera, yang kini dapat mengerjakan model bersama dengan integrasi model analisis baharu. Manfaat daripada persekitaran reka bentuk bersepadu ini termasuk:

  • Penyingkiran model yang tak diperlukan
  • Menyingkirkan kesilapan semasa proses koordinasi
  • Model struktur yang betul tersedia untuk pembinaan
  • Proses mereka bentuk bangunan yang lebih baik dapat dicapai dalam tempoh masa yang jauh lebih singkat

KOLABORASI

Teknologi BIMcloud GRAPHISOFT telah mendapat kemas kini utama dalam versi 24. Arkitek dan jurutera struktur kini boleh mereka bentuk bersama struktur galas beban bangunan dengan bantuan aliran kerja berkeupayaan tinggi "BIM Track Changes". Manfaat utama kepada aliran kerja seni bina teras termasuk:

  • Perbandingan Model Pintar: Membandingkan dua model BIM — termasuk dua versi berbeza daripada reka bentuk yang sama — untuk melihat pelbagai pilihan reka bentuk dan membandingkan kandungan daripada perunding.
  • Pengurusan Isu yang Dikemas Kini: Mencadangkan variasi reka bentuk, menyusun hasil perbandingan model pintar ke dalam senarai isu pintar dengan nama tugasan, mengutamakan tugas, membuat log isu — semuanya disepadukan dan diuruskan di "cloud".

DOKUMENTASI

Set dokumentasi yang lengkap, digabungkan dengan aliran kerja penerbitan berkeupayaan tinggi yang memenuhi keperluan setempat BIM, bermakna arkitek boleh memberi tumpuan kepada reka bentuk mereka, dan menyerahkan kertas kerja dikendalikan oleh perisian. Penghasilan pelan tapak secara automatik, pendimensian automatik dan pelbagai "feature" Archicad yang lain telah mendapat pengiktirafan unggul daripada pakar industri sejak sekian lama.

Archicad 24 meningkatkan standard untuk dokumentasi dengan pengenalan bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi seperti Python. Arkitek kini dengan mudah boleh menghasilkan skrip automasi dalam Archicad dan melengkapkan rantaian perintah dari luar Archicad.

PENGVISUALAN

Pembentangan imersif yang menarik perhatian klien, memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang reka bentuk bangunan dari awal hingga akhir. Palet alat pengvisualan terbina dalam, aliran kerja dengan pelukisan dan penyelesaian Archicad yang terkemuka di dunia, bersama dengan VR memudahkan arkitek mempamerkan reka bentuk mereka secara bermaklumat dan berinspirasi. Ini memastikan semua pihak berkepentingan mempunyai pemahaman bersama tentang hasil projek.

Dengan lebih 500 bahan yang diperbaharui dalam Archicad 24, arkitek boleh menghasilkan lukisan yang lebih terperinci dan menarik. Projek dalam pelbagai saiz kini boleh dialami dengan mudah pada peranti mudah alih dengan enjin BIMx 3D baharu. Kemas kini katalog objek akan memastikan pengguna memperolehi perabot yang moden dan canggih .

Archicad 24 menawarkan penambahbaikan hebat, termasuk sokongan Mod Gelap pada macOS dan antara muka baharu berasaskan nod untuk penciptaan kandungan GDL tersuai – yang dinamakan sebagai "Param-O". 

"Dengan perisian BIM semakin mendapat tempat di Malaysia, Archicad 24 dan versi terkini BIMcloud dan BIMx telah datang pada waktu yang tepat," ujar Edmund Lau, Pengarah Urusan, GRAPHISOFT Singapura dan Malaysia.

"Di Singapura, kami teruja kerana dapat membantu klien kami memperoleh nilai yang dipertingkatkan dengan perisian dan penyelesaian GRAPHISOFT. Dengan Penyampaian Digital Bersepadu (IDD) menjadi pendorong utama Peta Transformasi Industri Pembinaan Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA), firma AEC yang merangkumi IDD akan dapat menjimatkan masa dan sumber. BIM memanfaatkan faedah pendigitalan dalam proses reka bentuk. Ia bukan sesuatu yang mengejutkan bahawa perisian BIM akan mengubah cara arkitek bekerja sekarang dan juga di masa hadapan," tambah beliau.

GRAPHISOFT Learn

Platform pembelajaran baharu ini menjadikan pengetahuan kritikal tersedia untuk arkitek dan jurutera. Ia membantu profesional industri AEC memanfaatkan sepenuhnya BIM dengan memendekkan keluk pembelajaran BIM dan mengembangkan daya saing mereka dengan kemahiran penting. 

Dengan laluan pembelajaran yang tersusun untuk dipadankan dengan tahap kemahiran, peranan dan minat, GRAPHISOFT Learn menawarkan katalog yang merangkumi kelas pembelajaran mampu diri berdasarkan permintaan dan kursus terperinci yang dipimpin oleh pengajar. Semua kursus dalam talian disertakan dengan arahan langkah demi langkah, klip video bernaratif dan fail projek Archicad yang sedia digunakan untuk pengalaman langsung.

Kursus disediakan secara bersemuka melalui Pusat Pembelajaran yang diiktiraf GRAPHISOFT dan secara dalam talian melalui learn.graphisoft.com.

Pakej Archicad 24 untuk kegunaan tempatan tersedia untuk dimuat turun di laman muat turun rasmi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Archicad 24, sila layari graphisoft.com/sg/archicad dan hubungi GRAPHISOFT Singapura di https://graphisoft.com/sg/contact-us/get-in-touch.

Mengenai GRAPHISOFT

GRAPHISOFT® memperkasakan pasukan untuk mencipta seni bina yang hebat, melalui penyelesaian perisian yang memenangi anugerah, program pembelajaran dan perkhidmatan profesional untuk industri Seni Bina, Kejuruteraan dan Pembinaan (AEC). Archicad®, perisian BIM pilihan arkitek, menawarkan aliran kerja reka bentuk seni bina dan dokumentasi hujung ke hujung yang lengkap untuk seni bina dan amalan seni bina dan kejuruteraan bersepadu dalam pelbagai saiz. BIMx®, aplikasi BIM mudah alih dan web yang paling popular, memperluaskan pengalaman BIM untuk merangkumi semua pihak berkepentingan dalam reka bentuk bangunan, penyampaian dan kitaran hayat operasi. BIMcloud®, penyelesaian kerjasama berpasukan berasaskan "cloud" yang pertama dan termaju bagi industri AEC, membolehkan kerjasama masa nyata dilakukan di seluruh dunia tanpa mengira saiz projek dan kelajuan atau kualiti sambungan rangkaian ahli pasukan. GRAPHISOFT adalah sebahagian daripada Nemetschek Group. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari https://graphisoft.com/sg

Maklumat Akhbar

Source: GRAPHISOFT
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Construction/Building New products/services