omniture

Absen Dipilih untuk Paparan LED Lapangan Terbang Terbesar di Asia Tenggara

Absen
2020-10-19 16:41 449

SHENZHEN, China, 19 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Ketika syarikat pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysian Airport Holding Berhad, memutuskan bahawa hab penerbangan negara ini memerlukan pembaharuan visual yang serius, VGI Airports - sebahagian daripada VGI Malaysia - menjadi pilihan pertama dan Absen (SZSE: 300389) dipilih sebagai pembekal paparan LED.

Absen Selected for Largest Airport LED Display in SE Asia
Absen Selected for Largest Airport LED Display in SE Asia

Lapangan terbang ini meliputi kawasan 100 km² dan merupakan salah satu daripada lapangan terbang yang paling sibuk di dunia. KLIA telah dirancang dan dibina sebagai sebahagian daripada pelan MSC Malaysia - untuk mewujudkan kawasan perniagaan berteknologi tinggi di Selangor, Malaysia.

Pasukan terlibat memutuskan bahawa pembaharuan digital diperlukan di seluruh lapangan terbang, berikutan aliran penumpang. VGI Airports memilih kombinasi Absen N4, Acclaim A2719 dan A2725 untuk pemasangan, dibahagikan kepada tiga kawasan yang berbeza. Di kawasan ketibaan, Absen N4 menghasilkan skrin 'Digital Dream', dinding LED 400 meter persegi yang mengagumkan dengan resolusi 23,976 lebar x 1,008 panjang.

Absen A2719 dipilih untuk skrin Satellite Digital Impact Network (Rangkaian Impak Digital Satelit) untuk merangkumi kawasan ketibaan dan berlepas. Produk yang sama juga digunakan di kawasan daftar masuk, sementara skrin Digital Arrivals Impact Network (Rangkaian Impak Ketibaan Digital) menampilkan dinding LED 7.3m x 2m A2725 melengkung yang dipasang secara strategik di atas eskalator untuk kawasan ketibaan.

Siri Absen N dan siri Acclaim direka untuk paparan dalaman dan sangat sesuai untuk digunakan di ruang korporat, pengangkutan atau runcit yang sibuk. Pada kedalaman panel dua inci yang ramping, dengan kecerahan 1000 nit dan berat 8.8kg, N4 menawarkan kelebihan paparan ringan yang jelas untuk semua keperluan ruang dalam. Dengan sudut pandang yang luas dan penjejakan jarak jauh, di mana penjejakan prestasi masa nyata dapat dihantar dan dilihat dari telefon bimbit, N4 memenuhi keperluan lapangan terbang dengan sempurna, sambil tetap memperlihatkan ketajaman warna dan keseragaman kecerahan yang menjadi ciri rangkaian produk Absen.

Pemasangan ini bermula pada bulan Mac 2019 dan selesai pada Februari 2020, tepat pada waktunya untuk terlepas daripada gangguan besar yang disebabkan oleh Covid-19. Walaupun bilangan pengunjung turun naik dalam beberapa bulan yang lalu, pengurusan lapangan terbang dan pengembara mempunyai banyak masa untuk mengagumi penampilan barunya. 

"Penumpang menghargai ketibaan atau berlepas dari lapangan terbang yang lengkap dengan paparan digital," kata Nacho Perez, ketua pegawai digital di VGI Malaysia. "Selain itu, MAHB menghargai pemasangan baharu ini kerana ia membantu meningkatkan persepsi terhadap KLIA secara keseluruhan untuk menjadi salah satu yang terbaik dalam kelasnya di Asia Tenggara."

Source: Absen
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components