omniture

YOFC Hadir di Pameran Maklumat dan Komunikasi Antarabangsa China 2020

YOFC
2020-10-22 21:37 275

BEIJING, 22 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- Bersama dengan barisan produk dan penyelesaiannya yang direka untuk memperkasakan pelaksanaan Internet 5G, aplikasi canggih dan cerdas akan datang, Yangtze Optical Fibre dan Cable Joint Stock Limited Company ("YOFC" atau "Syarikat") (601869.SH, 06869.HK), pembekal gentian optik dan kabel terkemuka global, menghadiri Pameran Maklumat dan Komunikasi Antarabangsa China (Ekspo PT) 2020 yang dianjurkan oleh Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China.

YOFC's Exhibition Booth at China International Information and Communications Exhibition 2020
YOFC's Exhibition Booth at China International Information and Communications Exhibition 2020

Di gerai pameran YOFC, penyelesaian Pemultipleksan Bahagian Ruang (SDM) Syarikat untuk pusat data generasi seterusnya menjadi tumpuan. Penyelesaian tersebut dicipta berdasarkan teknologi gentian berbilang teras baharu, yang sesuai untuk sistem 800Gb dan selanjutnya, menangani keperluan mendesak pusat data untuk kapasiti yang lebih besar, jarak penghantaran yang lebih jauh, sambungan kepadatan tinggi dan penggunaan kuasa yang rendah. Turut berkongsi sorotan adalah inovasi terbaru Syarikat dalam komunikasi dan bahan optik.

Produk dan Penyelesaian Baharu Membantu Membangunkan Infrastruktur Baharu yang Dikuasakan oleh Rangkaian Maklumat Generasi Seterusnya dan 5G

Kepakaran industri YOFC yang mantap dengan penerokaan selama lebih 30 tahun dalam ICT telah membolehkan Syarikat mengeluarkan pelan strategik produk dan penyelesaian yang memperkasakan pembangunan infrastruktur jenis baharu yang didayakan oleh rangkaian maklumat generasi seterusnya. Dengan pelancaran global 5G yang pasti berlaku tidak lama lagi, YOFC memperlihatkan inovasi yang merangkumi lima kategori utama untuk memenuhi keperluan mendesak infrastruktur baharu dalam era 5G, iaitu Produk dan Penyelesaian Siri 5G, Komunikasi Grid Kuasa, Internet Perindustrian, Pusat Data Raya dan Pengangkutan Rel.

Membangunkan ekosistem 5G yang mantap memerlukan modul gentian, kabel dan optik baharu dengan kualiti yang amat baik dan kecekapan tinggi. YOFC telah membangunkan penyelesaian untuk pelbagai aplikasi cerdas yang akan membantu mempercepatkan peralihan kepada 5G dan Internet Segalanya. Sebagai sebahagian daripada barisan produk dan penyelesaian untuk kemudahan 5G, YOFC mempamerkan Penyelesaian Jarak Depan MWDM, Penyelesaian Kabel untuk Rangkaian Pembawa dan Penghantar-Terima Optik untuk 5G.

Bagi rangkaian pengaliran elektrik voltan ultra tinggi (UHV) yang canggih dan kompleks, Untuk menangani cabaran-cabaran ini, YOHC menampilkan produk terkini mereka yang direka untuk sistem tenaga moden yang lebih bersih, lebih selamat dan lebih cekap. Antara penawaran ini, gentian G.654.E menampilkan atenuasi ultra rendah dengan kawasan efektif yang besar,  kabel OPGW dengan jumlah gentian yang tinggi dan sistem pemantauan aising.

Hijau, fleksibel, pantas dan cerdas, ini adalah beberapa ciri utama yang mentakrifkan masa depan pusat data raya. YOFC telah membangunkan penyelesaian pengkabelan bersepadu untuk pusat data yang mempunyai ketumpatan tinggi, prestasi tinggi, kebolehpercayaan dan kebolehskalaan. Produk seperti penghantar-terima optik dan kabinet semua dalam satu yang menggunakan infrastruktur pengkomputeran pinggir bersepadu, mencapai ketersambungan yang lebih efektif dan keselamatan yang boleh dipercayai untuk penghantaran rangkaian dan pemprosesan maklumat bagi pusat data.

Untuk pengangkutan rel, YOFC telah memanfaatkan kelebihannya dalam pembuatan kabel untuk membangunkan pelbagai teknologi bagi transit rel bandar yang mencapai jalur penuh, liputan luas dan atenuasi rendah, termasuk kabel jalur lebar sepaksi bocor mod radiasi 5G, sistem suhu teragih dan sistem pemantauan getaran teragih. Teknologi-teknologi ini memenuhi permintaan sistem rel bandar untuk komunikasi dan menggalakkan penerapan teknologi digital dalam pengangkutan rel bandar.

Penyelesaian Laut dan Kediaman Pintar

YOFC menawarkan pelbagai produk dan penyelesaian untuk pelancongan pintar, komuniti pintar dan pendidikan pintar yang menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan pintar, yang memfokus pada rangkaian semua optik F5G dan mentransformasikan "Gentian ke Kediaman (FTTH)" kepada "Gentian ke Semua Tempat" dengan memperluaskan penerapan teknologi optik untuk semua senario perkhidmatan. Di pameran tersebut, YOFC memperlihatkan teknologi utamanya untuk laut dan kediaman.

  • Penyelesaian Laut Pintar: YOFC memperlihatkan kabel optik bawah laut untuk digunakan dalam pelbagai sistem komunikasi rentas lautan yang boleh digunakan untuk lautan dalam dan juga cetek. Penyelesaian tersebut turut menampilkan kabel (komposit fotoelektrik) bawah laut arus ulang-alik (langsung) untuk penghantaran kuasa;
  • Penyelesaian Kediaman Pintar: termasuk gentian tahan lentur khas YOFC yang asal, BendRobust™ dan cip penukaran fotoelektrik kecekapan tinggi yang dapat dikembangkan sendiri yang boleh mengekalkan prestasi tinggi dan kestabilan dalam pelbagai persekitaran kompleks.

Semasa teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terus merevolusikan cara hidup orang ramai, YOFC meneruskan komitmennya kepada misi teras untuk mewujudkan pautan pintar bagi mencipta kehidupan yang lebih baik, dan memenuhi keperluan pelanggan global dengan produk diterajui inovasi, berprestasi tinggi dan berkualiti tinggi; bergabung usaha dengan rakan kongsi global untuk membina masa depan yang lebih cerah.

Saham Berkaitan:
HongKong: 06869 
Shanghai: 601869 

Pautan Berkaitan:
https://en.yofc.com/

Source: YOFC
Related Stocks:
HongKong:6869 Shanghai:601869
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services Trade show news