omniture

Xavier Perello Pairada akan Menyelia Bab Seterusnya dalam Pertumbuhan pasaran APAC dan MEA SSI Schaefer

SSI Schaefer
2020-11-02 11:32 118

SINGAPURA, 2 November 2020 /PRNewswire/ -- SSI Schaefer, penyedia terkemuka dunia bagi produk dan sistem untuk pengendalian bahan intrasyarikat dan teknologi sisa, telah mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju industri di bawah pasukan kepimpinan baharu yang diterajui oleh Xavier Perello Pairada. Dengan rekod prestasi yang terbukti dan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada perkhidmatan, Perello mengambil alih kepimpinan daripada Pengarah Urusan Serantau Brian Miles pada Julai 2020, dan memastikan peralihan yang lancar sambil membimbing syarikat ke fasa pertumbuhan seterusnya.

Perello akan memimpin berasaskan legasi kepimpinan Miles yang luar biasa dan memastikan SSI Schaefer terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam industri. Perello mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam pengendalian bahan, logistik dan rantaian bekalan, dan juga pengetahuan meluas tentang pelbagai pasaran di rantau tersebut. Peranan baharu beliau akan menyaksikan beliau menumpukan pada menyokong pengembangan berterusan SSI Schaefer di seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika.

"Saya teruja untuk berkhidmat dengan SSI Schaefer sebagai Naib Presiden Kanan, Ketua Serantau APAC & MEA yang baru untuk rantau Asia Pasifik dan Timur Tengah. Dalam kerjaya beliau selama 35 tahun dengan SSI Schaefer, Brian Miles telah menunjukkan prestasi yang amat baik melalui pembangunan rangkaian penyimpanan rantaian sejuk rantau tersebut, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau dan semoga berjaya di masa hadapan. Saya berasa bangga kerana dapat menjadikan usaha yang beliau telah lakukan sepanjang kerjayanya sebagai asas ketika syarikat memasuki fasa pertumbuhan dan pengembangan yang seterusnya," kata Perello

Peralihan Perello kepada jawatan Naib Presiden Kanan, Ketua Serantau APAC & MEA tiba selepas kerjaya selama dua dekad dengan SSI Schaefer. Selepas menyertai pasukan Miles sebagai Pengurus Eksport pada tahun 2000, beliau memainkan peranan penting dalam membangunkan pasaran di dalam rantau tersebut. Perello kemudiannya dinaikkan pangkat dengan cepat menjadi Pengurus Besar untuk India, Malaysia dan Thailand, di mana beliau menyelia operasi kilang pertama yang dimiliki sepenuhnya oleh SSI Schaefer di rantau tersebut. Paling terbaru, Perello memegang jawatan Pengarah Urusan untuk Asia Selatan dan Asia Tenggara-- peranan yang menyaksikan beliau mengembangkan kapasiti rantaian sejuk untuk industri F&B sebanyak 145 juta kg hanya dalam masa dua tahun.

"Sepanjang beberapa bulan akan datang, saya dan pasukan saya akan bekerja keras untuk menjadikan peralihan tersebut selancar mungkin dan tanpa gangguan untuk pekerja SSI Schaefer di seluruh rantau ini dan membimbing pasukan untuk memacu fasa pengembangan seterusnya. Kami tetap komited untuk menyampaikan kecemerlangan dalam penyelesaian intralogistik untuk syarikat di seluruh rantau APAC dan MEA, dan akan terus menyokong pembangunan perniagaan tempatan berasaskan eksport," kata Perello.

Perello mengambil alih secara rasmi daripada Miles pada Julai 2020 dan akan berpangkalan di ibu pejabat syarikat di Singapura.

Mengenai SSI Schaefer

SSI Schaefer Group ialah penyedia penyelesaian pergudangan dan logistik modular yang terkemuka di dunia. Mempunyai pekerja seramai 10,500 orang di enam benua, SSI Schaefer membangunkan dan menerapkan jawapan spesifik industri yang inovatif terhadap cabaran unik pelanggannya, dengan mereka, membangunkan dan mengeluarkan sistem pembuatan untuk gudang, kilang industri, bengkel dan pejabat. SSI Schaefer juga merupakan penyedia terkemuka untuk perisian modular yang kerap dikemas kini untuk aliran bahan dalaman. Direka oleh sebuah pasukan jurutera yang mantap seramai 1,100 orang, penawaran IT SSI Schaefer yang luas, termasuk produk WAMAS® dan SAP mereka sendiri, memberikan sokongan tanpa gangguan untuk semua aliran proses gudang dan bahan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.ssi-schaefer.com/en-sg

Source: SSI Schaefer
Keywords: Computer/Electronics Transportation Personnel announcements