omniture

YOFC Berkongsi Visi Untuk Industri Optik Masa Depan di Persidangan Maya Gentian dan Kabel Optik Dunia 2020

YOFC
2020-11-02 18:53 24

WUHAN, China, 2 Nov. 2020 /PRNewswire/ -- Yangtze Optical Fibre and Cable ("Syarikat" dan "YOFC", 601869.SH, 06869.HK), peneraju global dalam industri gentian dan kabel optik, menerangkan trend pasaran gentian dan kabel optik global di Persidangan Maya Gentian & Kabel Optik Dunia CRU 2020 yang dihadiri oleh pemimpin industri global.

YOFC Shares Vision for Future Optical Industry at the 2020 World Optical Fibre and Cable Virtual Conference
YOFC Shares Vision for Future Optical Industry at the 2020 World Optical Fibre and Cable Virtual Conference

Dalam ucapan dasar tersebut, Dr. Zhuang Dan, Pengarah Eksekutif dan Presiden YOFC, menyeru syarikat global untuk menyahut cabaran dan peluang dalam industri tersebut dalam era pasca pandemik untuk mempercepatkan pembangunan rangkaian semua optik. Kemudian di panel kepimpinan, di mana para eksekutif kanan tiga industri gentian dan kabel optik global yang besar berkumpul, Dr. Zhuang berkongsi pandangan beliau tentang cara industri komunikasi optik harus bertindak balas terhadap wabak tersebut dan membincangkan cara pasaran akan bergerak maju ke hadapan dalam 5 tahun akan datang dengan para pemimpin daripada Corning Inc. dan Prysmian Group.

"Walaupun wabak COVID-19 telah memberikan kesan yang signifikan terhadap kehidupan harian kita dan ekonomi global, permintaan untuk gentian dan kabel optik kekal stabil. Walau bagaimanapun, industri ini masih berdepan dengan perubahan drastik yang pasti berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan antara permintaan dan bekalan yang telah menurunkan harga produk optik. Dalam memerangi wabak ini, kami telah melihat peningkatan dalam penyesuaian telekomunikasi yang memainkan peranan kritikal dalam membendung penularan virus dan menghubungkan orang dan perniagaan. Ini telah menimbulkan lonjakan drastik dalam penggunaan Internet untuk kerja jarak jauh, pendidikan dan penjagaan kesihatan, meletakkan permintaan yang besar untuk rangkaian semua optik baharu, pusat data dan juga infrastruktur baharu yang dikuasakan oleh teknologi 5G dan rangkaian maklumat generasi seterusnya," ujar Zhuang Dan.

"Dalam menghadapi cabaran dan peluang, YOFC telah meningkatkan usaha dalam merintis pembangunan teknologi dan produk baharu untuk rangkaian semua optik yang menumpukan pada F5G dan 5G. Untuk membangunkan perkhidmatan Internet Benda (Internet of Things) yang dikuasakan oleh integrasi rangkaian 5G tetap dan mudah alih, kami terus menyediakan penyelesaian baharu untuk rakan industri bagi memudahkan inovasi perniagaan dan kerjasama projek mereka, dan juga berusaha untuk membantu industri mempercepatkan peralihan kepada rangkaian semua optik dalam era pasca pandemik," beliau menambah.

Dengan matlamat untuk mewujudkan rangkaian semua optik untuk mentransformasikan pengeluaran industri, perniagaan dan kehidupan orang ramai secara digital, YOFC memfokus pada membangunkan pusat data semua optik yang fleksibel, cerdas, hijau yang dapat digunakan untuk semua senario pengeluaran dan perniagaan. Syarikat juga menyediakan penyelesaian kitaran hayat penuh untuk memenuhi permintaan pelbagai industri untuk pengkomputeran awan dalam era 5G.

YOFC berdedikasi untuk memperkasakan transformasi digital transit kereta api bandar dengan membantu membangunkan sistem pengangkutan bawah tanah pintar yang dikuasakan oleh Internet gigabit. Sementara itu, untuk membawa satu era baharu bagi infrastruktur komunikasi, YOFC telah membangunkan sistem neural untuk grid digital yang telah diterapkan pada projek transmisi UHV di China dan membangunkan Internet industri semua optik 5G+ untuk menggalakkan transformasi pintar bagi semua perusahaan. Di samping itu, YOFC telah beralih daripada pengeluar kepada penyedia penyelesaian komprehensif yang telah membangunkan rangkaian fronthaul 5G dengan kerjasama pengendali. Memanfaatkan momentum tersebut, YOFC berusaha untuk memacu ke hadapan industri semua optik dalam dunia pasca pandemik.

Persidangan Gentian dan Kabel Optik Dunia CRU tahunan telah ditetapkan sebagai acara utama untuk eksekutif kanan daripada rantaian bekalan kabel gentian optik dan komunikasi global. CRU Group, penganjur acara tersebut, merupakan sebuah syarikat perisikan pasaran terkemuka di dunia yang menawarkan analisis pasaran untuk industri optik. Laporan mereka sangat dihargai dalam industri telekomunikasi global dan memberikan data dan analisis penting untuk pembekal hiliran dan huluan di seluruh rantaian bekalan.

Dengan kerjasama CRU, YOFC pertama kali membawakan persidangan global ini ke Asia dengan mengadakan Persidangan Gentian dan Kabel Optik Asia Pasifik di China pada tahun 2015. Pada tahun 2016 dan 2017, Persidangan Gentian dan Kabel Optik Dunia diperkenalkan secara rasmi ke China dan Asia melalui usaha bersama YOFC dan CRU, dan kemudiannya bertukar menjadi salah satu platform komunikasi yang paling berpengaruh dalam industri optik global.

Dalam dua tahun berikutnya, YOFC terus memainkan peranan penting dalam menaik taraf Persidangan Gentian dan Kabel Optik Dunia dengan kerjasama Corning Inc. and Prysmian Group. Tahun 2021 akan menandakan kerjasama keempat antara YOFC dan CRU, yang menunjukkan pengiktirafan tertinggi CRU terhadap kepimpinan YOFC dalam industri gentian dan kabel optik global.

 

Source: YOFC
Related Stocks:
HongKong:6869 Shanghai:601869
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electrical Utilities Telecommunications Utilities Trade show news