omniture

Ascensia Diabetes Care Menjadi Wadah untuk Mempamerkan Jururawat Sokongan Penting yang Merawat Individu dengan Diabetes untuk Meraikan Hari Diabetes Sedunia 2020

Ascensia
2020-11-14 01:31 374

BASEL, Switzerland, 13 November 2020 /PRNewswire/ -- Ascensia Diabetes Care, syarikat penjagaan diabetes global terkemuka dan pencipta rangkaian CONTOUR® sistem pemantauan glukosa darah, pada hari esok akan meraikan peranan penting yang dimainkan oleh para jururawat dalam membantu individu menguruskan penyakit diabetes mereka, sebagai sebahagian daripada Hari Diabetes Sedunia 2020. Kempen ini direka untuk menyokong tema rasmi, Nurses Make the Difference, yang telah ditubuhkan oleh Yayasan Diabetes Antarabangsa (IDF).

 

Aktiviti Ascensia tahun ini memfokuskan untuk menghargai para jururawat kerana usaha mereka yang amat penting bagi membantu individu yang berpenyakit diabetes untuk menjalani kehidupan mereka. Secara keseluruhan, 28 orang individu dengan diabetes (PWD) dari seluruh dunia menulis surat kepada jururawat mereka untuk meluahkan penghargaan dan rasa terima kasih mereka. Surat ini telah dirakamkan melalui video emotif yang menunjukkan cara para jururawat memberikan panduan, bimbingan dan menyokong mereka secara emosi dan fizikal melalui perjalanan mereka dalam menghadapi diabetes.

Kempen ini bertujuan untuk memperkukuhkan peranan utama yang dimainkan oleh para jururawat dalam banyak bidang diabetes daripada diagnosis dan pencegahan hingga kepada pengurusan keadaan. Video inspirasi ini menunjukkan cara para jururawat mendayakan dan memperkasakan pesakit dengan diabetes (PWD) untuk menguruskan keadaan diri mereka sendiri dan melakukan tugas yang mana individu tanpa diabetes tidak melakukannya seperti mengira karbohidrat, mengira dan memberikan insulin, memantau tahap glukosa dalam darah dan menggunakan teknologi baharu untuk menjadikannya lebih mudah untuk menikmati hidup sepenuhnya. Ia juga bukan sekadar tentang elemen perubatan pengurusan diabetes yang mana para jururawat memainkan peranan, mereka juga penting dalam mengenal pasti dan memberikan panduan untuk menyelami impak emosi dan mental yang dialami oleh banyak individu dengan diabetes dan keluarga mereka.

Rob Schumm, Presiden Ascensia Diabetes Care, menjelaskan: "Menurut angka daripada IDF, kira-kira 9% daripada populasi orang dewasa di dunia menghidap diabetes, kebanyakannya menguruskan keadaan mereka sendiri. Para jururawat selalu menjadi ahli profesional penjagaan kesihatan yang pertama dan kadang kala satu-satunya ahli profesional penjagaan kesihatan yang mereka temui berkaitan dengan penyakit diabetes mereka. Ini mengukuhkan peranan penting yang mereka mainkan dan impak positif yang mereka boleh berikan terhadap individu dengan diabetes.

"Video tersebut benar-benar mendemonstrasikan bahawa para jururawat berada di tempat istimewa di hati para pesakit yang mereka bantu. Terutamanya dalam kalangan interaksi awal serta-merta selepas diagnosis, yang bagi kebanyakan individu boleh menyebabkan perubahan hidup. Perkara yang menarik ialah bagi banyak penyertaan dalam kempen ini, jururawat mereka kekal berada di sisi mereka dari permulaan hingga hari ini, membantu mereka menangani masalah berkaitan diabetes. Tanpa sokongan ini, banyak individu dengan diabetes akan mengalami kesukaran.

"Hakikatnya, idea untuk kempen ini datang daripada pekerja yang berkongsi betapa beliau berharap beliau dapat berterima kasih kepada jururawat yang menyokongnya dengan serta-merta selepas diagnosis diabetes jenis 1 semasa beliau berumur 13 tahun. Beliau bercakap dengan keghairahan tentang betapa sukarnya semasa hari permulaan dan betapa beliau berterima kasih atas keazaman jururawat sehinggakan beliau boleh bermain perlawanan bola sepak penting sehari selepas diagnosisnya. Bertahun-tahun selepas diagnosisnya, jururawatnya masih menyokong beliau dan keluarganya melalui perjalanan mereka dengan diabetes. Semua ini dengan sebuah senyuman. Kami terharu dengan kisahnya dan menyedari bahawa pasti terdapat lebih banyak di luar sana yang perlu dikongsikan."

Bagi membantu kami dan semua orang yang hidup dengan diabetes mengucapkan terima kasih kepada jururawat di seluruh dunia yang membantu dan memperkasakan mereka secara kolektif dan menunjukkan sokongan anda untuk Hari Diabetes Sedunia, sila suka, kongsikan atau berikan reaksi kepada kisah yang memberikan inspirasi dalam kempen kami dengan melayari saluran media sosial Facebook, Twitter, Instagram, LinkedIn dan YouTube Ascensia Diabetes Care. Semua 25 video boleh didapati di tapak web Ascensia di www.ascensia.com/wdd2020/ (tersedia dari pukul 10:00PM CET, 13 November 2020).

Video - https://mma.prnasia.com/media2/1333540/Ascensia_Diabetes_WDD20.mp4  
Video - https://mma.prnasia.com/media2/1333543/Ascensia_Diabetes_WDD20_USA.mp4  
Video - https://mma.prnasia.com/media2/1333556/Ascensia_Diabetes_WDD20_UK.mp4  
Video - https://mma.prnasia.com/media2/1333542/Ascensia_Diabetes_WDD20_Australia.mp4  
Video - https://mma.prnasia.com/media2/1333541/Ascensia_Diabetes_WDD20_Singapore.mp4 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/749389/Ascensia_Diabetes_Care_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

 

 

 

 

 

Source: Ascensia
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services