omniture

Persatuan Ginseng Korea bakal perkenal status ginseng Korea yang semakin meningkat di dunia

The Korea Ginseng Association
2020-11-20 11:00 226

SEOUL, Korea Selatan, 20 November 2020 /PRNewswire/ -- Persatuan Ginseng Korea memperkenalkan nilai dan faedah ginseng Korea, yang semakin popular di seluruh dunia. Terdapat kajian klinikal terkini yang memperakui faedah-faedah kesihatan ginseng Korea, termasuk peningkatan imuniti, kesihatan tulang dan pemulihan keletihan. Tambahan pula, ginseng Korea akan disenaraikan sebagai warisan negara tak ketara Korea. Ekspo Ginseng Punggi Dunia Yeongju 2021 yang ditaja oleh Persatuan Ginseng Korea akan turut diadakan pada tahun hadapan untuk mempromosikan faedah-faedah ginseng Korea.

Ginseng Korea/Persatuan Ginseng Korea
Ginseng Korea/Persatuan Ginseng Korea

Persatuan Ginseng Korea  dibentuk bagi mengglobalisasikan ginseng Korea dan bagi menggalakkan pembangunan mantap industri ginseng Korea. Persatuan ini diurus oleh Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar.

Menurut persatuan ini, terdapat 6-7 jenis ginseng di dunia, namun hanya 3 jenis ginseng dinilai sebagai barang dagangan. Termasuk ginseng Korea dari Korea, yang dikenali sebagai pusat ginseng, Panax quinquefolius L. Amerika dan Panax notoginseng F.H. China diiktiraf kerana faedah-faedah kesihatan dan keuntungannya.

Pengeluaran ginseng Korea berkemungkinan bermula dalam abad ke-18 dan kaedah penanaman serta teknik pemprosesan daripada era Joseon telah diteruskan sehingga ke hari ini. Ginseng Korea dihasilkan dalam persekitaran terbaik termasuk iklim, kualiti tanah dan landskap yang membolehkannya mempunyai kualiti dan faedah yang luar biasa. Sememangnya ginsenoside Ra, Rf, Rg3, Rh2, yang merupakan sebatian saponin ginseng, hanya ditemui dalam ginseng Korea. 

Pentadbiran Warisan Budaya Korea bakal mengiktiraf kaedah penanaman dan budaya perubatan ginseng Korea sebagai warisan negara tak ketara. Tambahan pula, Ekspo Ginseng Punggi Dunia Yeongju 2021 (http://ginsengexpo.org/yjexpo/page.do?mnu_uid=209) akan diadakan di Yeongju-si, Gyeongsangbuk-do, Korea mulai 17 September hingga 10 Oktober. Ekspo berkenaan akan membawakan banyak acara dan juga program.

"Kami gembira ginseng Korea dapat menarik minat yang luas dari dunia. Kami berharap agar pengiktirafannya sebagai warisan negara tak ketara dan Ekspo Ginseng Punggi Dunia Yeongju 2021 akan memperkukuh status ginseng Korea dan juga Korea sebagai pusat ginseng," kata En. Jang, pengurus Persatuan Ginseng Korea.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi di http://korean-ginseng.org/en2/.

Hubungi: Pasukan PR, Persatuan Ginseng Korea, insam3111@daum.net

Source: The Korea Ginseng Association
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Supplementary Medicine Trade show news