omniture

Wahed Technologies (Wahed) Lancarkan Laporan Dana Aktif Islam vs Pasif Pertama untuk Malaysia

Wahed Technologies Sdn Bhd (Wahed)
2020-11-26 09:58 1908

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 November 2020 /PRNewswire/ -- Wahed Technologies Sdn Bhd (Wahed), sebuah syarikat Pengurusan Pelaburan Digital atau 'Digital Investment Services' (DIM) yang dilesenkan oleh Sekuriti Suruhanjaya Malaysia telah menerbitkan laporan eksklusif kepada para pelabur Malaysia untuk mereka  memahami dan membezakan antara strategi pelaburan dana Islamik aktif dan pasif di Malaysia.

Laporan tersebut mendapati bahawa dana dagangan saham (ETF) Islam yang disertakan oleh Wahed dalam Portfolio Malaysia mengatasi kebanyakan Dana Unit Amanah Ekuiti Islam di negara ini. Ini bukti kukuh kepada para pelabur runcit supaya memberi perhatian serius terhadap produk-produk pelaburan Pasif yang mengesan Indeks dalam perjalanan pelaburan mereka.  Laporan ini dapat memberikan panduan kepada para pelabur sedia ada atau yang berpotensi melabur untuk membuat keputusan pelaburan yang bijak, memahami perbandingan prestasi antara dana unit amanah (UTF) dan dana dagangan saham (ETF) serta mendalami topik strategi pengesanan indeks pelaburan Islam dari perspektif pelabur runcit Malaysia.

"Terbukti dalam pengumuman Belanjawan 2020, kerajaan Malaysia tertarik ke arah fintech dengan sejumlah besar peruntukan untuk memperkasakan ekonomi digital. Kami, sebagai platform robo-penasihat patuh Syariah berlesen pertama negara, ingin memastikan keterangkuman dengan menyediakan akses kepada pelaburan halal untuk kesejahteraan kewangan yang lebih mapan. Untuk julung kalinya, Malaysia berada di landasan untuk menjadi pelopor Ekonomi Digital Islam di rantau ini dan kami berhasrat untuk memainkan peranan aktif dengan menyemai benih melalui mendidik masyarakat umum mengenai robo-penasihat pelaburan," kata Pengarah Eksekutif Negara Wahed, Mohd Izzat Fadhli Azman.

Wahed juga mengumumkan kerjasamanya hari ini dengan Pusat Pendidikan Antarabangsa dalam Kewangan Islam (INCEIF). Kerjasama itu akan melibatkan kajian mengenai tahap kesedaran mengenai rono-penasihat  patuh Shariah (aplikasi pengurusan dana) di kalangan rakyat Malaysia. Projek ini akan dijalankan oleh pelajar-pelajar Masters INCEIF, dengan bimbingan dari Wahed, di bawah program Pembelajaran Berasaskan Tindakan (ABL) universiti. Wahed kini menyertai senarai pemain-pemain industri, agensi-agensi kerajaan dan organisasi-organisasi bukan keuntungan (NGO) yang telah bekerjasama dengan INCEIF melalui program ABL untuk melaksanakan projek dengan menyelesaikan masalah perniagaan semasa atau mengembangkan penyelesaian baru.

Perkhidmatan pengurusan pelaburan digital memberi kuasa kepada rakyat Malaysia dari semua golongan pendapatan untuk mengurus kewangan mereka dengan memberikan mereka akses ke portfolio patuh Syariah, yang telus dan tidak berat sebelah. Dengan bayaran yang rendah, tanpa tempoh berkunci dan deposit permulaan nominal sebanyak RM100, Wahed berhasrat untuk memberi akses kepada peluang pelaburan yang kebanyakannya sebelum ini diperuntukkan kepada pelabur yang bernilai bersih tinggi sahaja.

Mohd Izzat Fadhli Azman berkata, "Di tengah-tengah tempoh ketidakstabilan ekonomi yang meningkat disebabkan oleh wabak COVID-19, rakyat Malaysia perlu mengoptimumkan strategi pelaburan mereka. Wahed menawarkan rakyat Malaysia akses yang lebih baik untuk mendapat pilihan kewangan yang memenuhi matlamat pelaburan jangka panjang mereka tanpa perlu membayar deposit pelaburan atau bayaran perkhidmatan yang terlalu tinggi, serta membiasakan mereka dengan istilah-isitilah kewangan. Inilah sebabnya mengapa kami teruja dengan kerjasama kami dengan INCEIF. Ia bukan sahaja akan memberikan analisis keadaan semasa  robo-penasihat Syariah di Malaysia, tetapi juga akan memberi kami kerangka kerja yang berpotensi agar dapat membantu meningkatkan kadar kesedaran dan meningkatkan kadar penyertaan di bandar mahupun luar bandar.

Selain mengenal pasti kesedaran dan sentimen rakyat Malaysia yang melabur melalui robo-penasihat, kajian selama 4 bulan ini juga akan mengumpulkan data untuk memahami jurang-jurang atau isu-isu yang berkaitan dengan platform serta memberi cadangan penyelesaian dan amalan-amalan terbaik untuk menarik bakal pelabur. Data yang dikumpulkan akan disusun dan digunakan sebagai analisis awal yang akan membantu menanda aras kadar pendedahan penasihat robo-penasihat Syariah negara berbanding negara-negara di seluruh dunia. Semua penemuan, kerangka kerja, metodologi dan cadangan-cadangan akan disampaikan kepada pasukan pengurusan Wahed untuk tindakan selanjutnya.

Mengenai Wahed Invest

Wahed Invest ("Wahed") menawarkan perkhidmatan perkhidmatan pelaburan automatik yang direka untuk pelaburan patuh Syariah dan beretika. Di Malaysia, anak syarikat Wahed Inc. Wahed Technologies Sdn Bhd adalah entiti berlesen yang beroperasi sebagai Pengurus Pelaburan Digital Islam. Platform ini akan membolehkan pelabur dari semua peringkat pendapatan melaburkan simpanan mereka secara beretika dan cekap.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Wahed Invest dan untuk melihat laporan-laporan berkenaannya, kunjungi: https://halal.wahedinvest.com/wavp

Source: Wahed Technologies Sdn Bhd (Wahed)
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Survey, Polls & Research Financial Technology