omniture

GCLSI membekalkan Modul Solar 64MW kepada Dua Loji PV Terbesar di Jepun

GCLSI
2020-11-30 18:54 118

SUZHOU, China, 30 Nov. 2020 /PRNewswire/ -- Pengintegrasian Sistem GCL ("GCLSI" atau "Syarikat ini"), pembekal sistem tenaga sehenti dan berintegrasi yang terkemuka di dunia, telah mengumumkan kerjasamanya dengan syarikat pembinaan projek tenaga solar Jepun yang terkemuka untuk membina dua stesen janakuasa utility-scale solar di Jepun. Kini, kedua-dua stesen janakuasa masih dalam pembinaan dan dijangka untuk dihubungkan kepada grid pada awal tahun 2022. Kedua-dua projek ini telah disokong oleh Bank MUFG, Bank Mizuho, SMBC Group dan bank-bank tempatan yang lain.

Projek pertamanya ialah loji tenaga solar 37 MW bertempat di Kochi, yang meliputi kira-kira 280,000 hektar dan direka bentuk untuk membekalkan 45000 MWh setiap tahun. Apabila telah siap, stesen tersebut akan menjadi loji solar yang kedua terbesar di Jepun, yang dikuasakan oleh modul cast-mono GCLSI yang inovatif.

Projek keduanya ialah loji kuasa 27 MW di wilayah Kanto, yang meliputi kira-kira 240,000 hektar.Riki Li, Pengurus GCL di Jepun meringkaskan mengenai projek tersebut dengan menyatakan: "Mendapatkan kebenaran untuk perancangan projek ini adalah merupakan cabaran paling sukar yang kami hadapi".Projek ini dimulakan setelah tiga tahun pembangunannya. Loji janakuasa tersebut dijangka menghasilkan 29000 MWh kuasa setiap tahun.

Jepun telah berusaha bersungguh-sungguh dalam membangunkan tenaga solar dan telah mengubah polisinya ke arah membangunkan tenaga yang boleh diperbaharui setelah berlakunya tragedi loji kuasa nuklear di Fukushima Daiichi pada tahun 2011. Berdasarkan laporan daripada Institut Polisi Tenaga Lestari (ISEP), kapasiti PV yang dipasang telah meningkat sebanyak 5.7 GW dan telah mencapai hampir 54 GW pada penghujung tahun 2019. Pasaran dijangka akan menambah lebih daripada 7 GW kapasiti baru di dalam wilayah pada tahun ini.

GCL telah memulakan perniagaan silikon pada tahun 2010 di Jepun dan telah memperluaskan skop perniagaannya kepada pembangunan projek solar pada tahun 2014 dan jualan modul pada tahun 2017. GCL Jepun kini memiliki 58 MW projek solar di wilayah ini. Sebagai pembekal sistem tenaga diperbaharui yang berintegrasi penuh dengan kemampuan pengeluaran dalaman yang mantap bagi produk PV yang berkualiti tinggi dengan prestasi tinggi/nisbah harga, GCL berdedikasi untuk menyediakan nilai-per-watt terbaik kepada pelanggan kami. Kumpulan GCL Jepun sentiasa mencari peluang untuk membina projek solar bersama rakan kongsi kami dan menyumbang kepada sasaran karbon neutral Jepun pada tahun 2050.

Source: GCLSI
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Contracts