omniture

Sinopec mulakan kajian meluas puncak emisi CO2 dan neutral karbon

SINOPEC
2020-12-01 11:32 104

BEIJING, 1 December 2020 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") telah menjalin kerjasama strategik dengan tiga institusi terkemuka pada 23 November di Beijing, China untuk menerajui projek penyelidikan bersama mengenai puncak emisi karbon dan neutral karbon industri tenaga dan kimia.

Sinopec kickstarts extensive research on CO2 emissions peak and carbon neutral.
Sinopec kickstarts extensive research on CO2 emissions peak and carbon neutral.

Sinopec menjemput pemimpin pemikiran dan pakar dalam bidang perubahan iklim, industri tenaga dan kimia untuk menjalankan kajian mendalam mengenai laluan strategik untuk meraih puncak emisi CO2 dan mencapai neutral karbon sebelum tahun 2030 susulan pelan tindakan China.

Zhang Yuzhuo, felow penyelidik dan ahli akademik Chinese Academy of Engineering serta pengerusi lembaga Sinopec, menyatakan bahawa memenuhi matlamat untuk mencapai puncak emisi CO2 serta menuju karbon neutral merupakan satu tanggungjawab yang besar dan revolusi ketara untuk industri tenaga dan kimia.

"Sinopec akan memberi tumpuan terhadap pembangunan mesra alam dan rendah karbon dari perspektif yang strategik dan keseluruhan serta menuju ke arah matlamat untuk mencapai 'sifar bersih' tanpa henti, syarikat akan mengikuti trend pembaharuan tenaga global dan pembangunan industri am bagi mengkaji dan menentukan matlamat strategiknya sendiri, tugas utama, pendekatan pelaksanaan serta mekanisme jaminan," kata Zhang.  "Sinopec akan turut mengukuhkan komunikasi dan pertukaran bersama jabatan kerajaan dan persatuan industri untuk berkhidmat dan menyokong dengan lebih baik keputusan berkaitan negara dan industri."

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Sinopec telah menggalakkan taktik pembangunan mesra alam dan rendah karbon untuk strategi pembangunan korporat, mengawal emisi gas rumah hijau dengan aktif bagi mencapai keputusan emisi karbon yang ketara. Dalam bidang pembangunan tenaga bersih, Sinopec telah memperluaskan pembinaan kapasiti pengeluaran gas asli dan menggalakkan pembangunan sumber tenaga baharu seperti tenaga biojisim dan tenaga geoterma sekali gus memacu ke arah pembangunan dan penggunaan tenaga hidrogen.

Bagi mengukuhkan pengurusan penjimatan tenaga syarikat, Sinopec melaksanakan rancangan "peningkatan kecekapan tenaga" yang mempercepatkan pelarasan struktur industri untuk menghentikan kapasiti pengeluaran yang ketinggalan zaman. 

Dari segi pemulihan dan penggunaan gas rumah hijau pula, Sinopec memberi tumpuan untuk menggalakkan pemulihan dan penggunaan gas ekor CO2 berkepekatan tinggi daripada perusahaan penapisan dan kimia, menjalankan ujian lapangan penyuntikan CO2 serta pemulihan pelepasan gas metana. Jumlah transaksi perdagangan karbon perusahaan yang mengambil bahagian dalam projek perintis berkenaan telah mencecah 11.1 juta tan.

Puncak emisi karbon merujuk kepada titik lengkok balas jumlah emisi CO2, setelah emisi berkenaan mula menunjukkan penurunan. Sasaran neutral karbon bertujuan untuk mencapai transformasi tenaga rendah karbon dan sifar karbon, merealisasikan emisi CO2 sifar, mengurangkan jenis emisi gas rumah hijau lain dengan ketara serta jumlah emisi gas rumah hijau buatan manusia kepada sifar dengan meningkatkan penyerap karbon dan langkah-langkah emisi negatif buatan.

Latar Belakang Sinopec

Sinopec Corp. ialah salah sebuah syarikat tenaga dan kimia bersepadu yang terbesar di  China. Operasi utamanya termasuk penerokaan dan pengeluaran, pengangkutan saluran paip dan penjualan petroleum dan gas asli; penjualan, penyimpanan dan pengangkutan produk petroleum, produk petrokimia, produk kimia arang batu, gentian sintetik, baja dan produk kimia lain; import dan eksport, termasuk perniagaan agensi import dan eksport, petroleum, gas asli, produk petroleum, produk petrokimia dan kimia serta komoditi dan teknologi lain; dan penyelidikan, pembangunan serta aplikasi teknologi dan maklumat.

Sinopec menetapkan 'mendorong kehidupan yang indah' sebagai misi korporatnya, meletakkan 'individu, tanggungjawab, integriti, kejituan, inovasi dan keadaan saling menguntungkan' sebagai nilai teras korporatnya, meneruskan strategi orientasi nilai, pembangunan dipacu inovasi, peruntukan sumber bersepadu, kerjasama terbuka dan pertumbuhan mesra alam serta rendah karbon dan juga berusaha untuk mencapai visi korporatnya bagi membina sebuah syarikat tenaga dan kimia yang terkemuka di dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.sinopecgroup.com/group

 

Source: SINOPEC
Related Stocks:
HongKong:0386 NYSE:SNP
Keywords: Alternative Energies Chemical Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements