ZHENGZHOU, China, 2 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Zhengzhou Yutong Bus Co., Ltd. (Yutong Bus, SHA: 600066) telah menerima pesanan kira-kira CNY1.8 bilion untuk 1,002 buah bas daripada Mowasalat, syarikat pengangkutan awam Qatar yang akan menyediakan perkhidmatan berulang alik untuk Piala Dunia FIFA Qatar 2022, 741 daripadanya merupakan bas elektrik, menjadikannya pesanan bas EV yang terbesar seumpamanya.
Sebuah upacara penandatanganan dalam talian strategi bas elektrik Qatar pada 30 November, dihadiri oleh Perdana Menteri Qatar Sheikh Khalid bin Khalifa bin Abdulaziz Al Thani, Menteri Pengangkutan dan Komunikasi TYT Jassim bin Saif Ahmed AI-Sulaiti, Duta Cina ke Qatar Zhou Jian, Kaunselor Komersial Pejabat Ekonomi dan Komersial Kedutaan PRC di Qatar Yang Song, Ketua Pegawai Eksekutif Mowasalat Fahad Saad Al-Qahtani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Free Zones Authority ("QFZA") Abdulla Al-Misnad dan Ketua Pegawai Eksekutif Yutong Group Tang Yuxiang.
Yutong Bus menandatangani perjanjian rangka kerja dengan Qatar Free Zones Authority (QFZA) dan Mowasalat untuk menubuhkan sebuah kilang KD di Qatar.
Semasa berlangsungnya acara tersebut, Yutong Bus turut menandatangani perjanjian rangka kerja dengan QFZA dan Mowasalat bagi menubuhkan sebuah kilang KD di Qatar ketika kerajaan Qatar terus menggalakkan pembangunan infrastruktur bas elektriknya. Qatar 2022 akan menjadi acara Piala Dunia pertama yang menggunakan jumlah terbesar bas elektrik mesra alam tanpa emisi dan Yutong Bus berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada misi untuk menjadikannya sebuah acara sukan yang mesra alam dan lestari.
Yutong Bus Bakal Sediakan 1,002 Bas Semasa Piala Dunia 2022, Peroleh Pesanan Bas Elektrik Terbesar dalam Sejarah.
"Yutong Bus akan terus bekerjasama erat dengan rakan-rakan kongsi tempatan bagi mempercepatkan pembinaan sistem pengangkutan awam dengan penyelesaian tenaga mesra alam," kata Shen Hui, Pengurus Besar Yutong Bus di Timur Tengah. "Kilang KD untuk bas-bas EV bersama Qatar Free Zones Authority (QFZA) dan Mowasalat akan merealisasikan reka bentuk dan pembuatan setempat bas-bas EV di Qatar, menawarkan lebih banyak pengalaman dan teknologi bagi membantu pembangunan mampan pengangkutan awam tempatan."
Bagi Yutong Bus, Qatar 2022 akan menjadi satu lagi acara sukan antarabangsa utama yang mana syarikat ini telah menyediakan perkhidmatan dan sokongan susulan Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia, serta pelbagai persidangan antarabangsa seperti mesyuarat APEC. Dengan keupayaan dan pengalaman menawarkan perkhidmatan untuk acara-acara antarabangsa yang utama, berserta kualiti produk yang luar biasa, sekali lagi Yutong Bus meraih kepercayaan daripada pelanggan.
Sebagai penginovasi dalam bidang bas tenaga baharu bertaraf antarabangsa, Yutong Bus telah menjadi peneraju dalam penyelidikan dan pembangunan penjimatan tenaga bas dan penerokaan tenaga baharu. Kini, ia telah menguasai sepenuhnya teknologi teras dalam reka bentuk dan pembuatan kenderaan berkuasa tenaga baharu, seperti pemadanan dan pengoptimuman bas EV, integrasi dan kawalan sistem serta pengecasan tanpa wayar bas. Yutong Bus menubuhkan tapak pembuatan yang terbesar bagi kenderaan tenaga baharu di China untuk menggunakan teknologi perintis daripada pusat R&D peringkat negerinya.
Dengan kekuatan sedemikian, Yutong Bus telah menjual lebih daripada 130,000 unit bas tenaga baharu kepada lebih daripada 350 bandar serta 24 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk Perancis, Great Britain, Australia, Chile dan Denmark. Syarikat ini mengembangkan operasi globalnya tanpa henti menerusi produk tenaga baharu dengan memenuhi secukupnya keperluan tenaga untuk produk tersuai.
Bermula dengan pembuatan bas pertama, tumpuan Yutong Bus bukan sekadar terhadap bas itu sendiri, tetapi dengan mematuhi konsep jenama iaitu "bas lebih baik kehidupan lebih baik", komited untuk memperkukuh kerjasama di bawah strategi yang saling menguntungkan bersama pihak-pihak berkaitan untuk bersama-sama menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih selesa, lebih mesra alam, lebih cekap dan berkualiti lebih tinggi untuk pengangkutan awam pada masa akan datang.
Latar Belakang Yutong
Zhengzhou Yutong Bus Co., Ltd. ialah sebuah syarikat pembuatan moden yang mengkhusus dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengilangan dan penjualan bas. Jumlah jualan tahunannya melebihi 70,000 unit dengan lebih 130,000 buah bas tenaga baharu terjual setakat ini. Yutong Bus menjual bas dengan jumlah jualan yang cukup besar di lebih 30 negara merentas enam benua dengan bahagian pasaran mencecah lebih 30 peratus di China dan lebih 15 peratus di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.yutong.com.