omniture

Ecolab menyumbang lebih daripada USD 200,000 untuk pembersihan dan larutan disinfeksi untuk membantu melawan COVID-19 di Asia Tenggara.

Ecolab
2020-12-03 08:00 142

SINGAPURA, 3 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Ecolab, peneraju global bagi perkhidmatan dan penyelesaian air, kebersihan dan pencegahan jangkitan, telah menyumbang lebih daripada USD200,000 produk pembersihan dan disinfeksi kepada organisasi merentasi seluruh Asia Tenggara untuk membantu mencegah penyebaran COVID-19.

Rony Hutagalung dari bahagian Makanan dan Minuman Ecolab, menyampaikan sumbangan kepada Drs. Santoso, MA, Setiausaha Pejabat Kerajaan Gunung Putri di Jawa Barat, Indonesia
Rony Hutagalung dari bahagian Makanan dan Minuman Ecolab, menyampaikan sumbangan kepada Drs. Santoso, MA, Setiausaha Pejabat Kerajaan Gunung Putri di Jawa Barat, Indonesia

Ecolab menyediakan sabun, pensanitasi tangan dan larutan untuk pembersihan dan disinfeksi melalui beberapa organisasi komuniti, termasuk hospital, sekolah, pusat latihan dan kerajaan tempatan.

"Kami komited terhadap komuniti di mana kami bekerja dan tinggal," kata Allan Yong Pengurus Besar Ecolab SEA. "Selain membekalkan air yang diperlukan, kepakaran dalam bidang pembersihan dan pencegahan infeksi serta bekalan larutan kepada syarikat perniagaan di seluruh Asia Tenggara, kami juga ingin menyokong komuniti yang lebih besar untuk membantu melawan pandemik COVID-19 ini."

Tambahan pula, ibu pejabat Ecolab Asia Tenggara di Singapura telah menyediakan sumbangan monetori kepada Bank Makanan Singapura dan SowCare Singapura untuk membantu sesiapa yang memerlukan bantuan di seluruh negara.

Mengenai Ecolab

Rakan kongsi yang dipercayai di hampir tiga juta lokasi pelanggan komersial, Ecolab (ECL) ialah peneraju global dalam perkhidmatan dan penyelesaian air, kebersihan dan pencegahan jangkitan. Dengan jualan tahunan sebanyak USD 13 bilion dan lebih daripada 45,000 rakan kerja, Ecolab menyediakan perkhidmatan penyelesaian yang komprehensif, perkhidmatan yang berasaskan wawasan yang dipacu data dan peribadi untuk memajukan keselamatan makanan, mengekalkan kebersihan dan keselamatan alam sekitar, mengoptimumkan penggunaan air dan tenaga, dan memperbaiki kecekapan pengoperasian dan kemampanan untuk pelanggan dalam pasaran makanan, penjagaan kesihatan, hospitaliti dan perindustrian di lebih 170 negara di seluruh dunia. www.ecolab.com

Ikuti kami di Twitter @ecolab, Facebook di facebook.com/ecolab, LinkedIn di Ecolab atau Instagram di Ecolab Inc.

 

 

Source: Ecolab
Keywords: Chemical Health Care/Hospital Household Products Household/Consumer/Cosmetics Infectious Disease Control Retail Not for profit