SINGAPURA, 3 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Huawei Mobile Services (HMS) dengan rasminya mengumumkan pemenang Peraduan Inovasi Aplikasi HUAWEI HMS (AppsUP 2020) Asia Pasifik hari ini, dengan dua puluh aplikasi cemerlang di seluruh rantau ini menerima ganjaran daripada sejumlah hadiah bernilai USD 400,000 dalam lima kategori anugerah.
Huawei Mobile Services (HMS) officially announced the Asia Pacific winners of the HUAWEI HMS App Innovation Contest (AppsUP 2020) today, with twenty outstanding apps across the region receiving rewards including USD 200,000 in cash prizes and USD 200,000 in HUAWEI Cloud resources. To find out more on the winning apps, visit https://bit.ly/AppsUP2020winners
Peraduan AppsUP 2020 bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pembangun global untuk memanfaatkan keupayaan terbuka HMS Core bagi menghasilkan aplikasi inovatif, dan membawa perkhidmatan kehidupan pintar kepada pengguna peranti Huawei di lebih daripada 170 buah negara dan wilayah. Diadili oleh panel pakar industri serantau, 20 pemenang teratas "Aplikasi Terbaik", "Permainan Terbaik", "Anugerah Terhormat", dan juga dalam kategori khas untuk "Aplikasi Paling Berpengaruh Secara Sosial" dan "Aplikasi Paling Popular" di rantau ini memenangi hadiah wang tunai berjumlah USD 200,000 dan USD 200,000 dalam sumber HUAWEI Cloud.
"Bagi pihak HMS, saya ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada semua pemenang AppsUP 2020. Kami gembira melihat lebih banyak pembangun tempatan dan pemula bergabung dengan ekosistem HMS melalui peraduan ini dan membawa perkhidmatan aplikasi penting yang relevan di peringkat tempatan kepada pengguna Huawei. Aplikasi-aplikasi ini meliputi pelbagai kategori termasuk penjagaan kesihatan, kewangan, utiliti, hiburan dan media sosial, membawa kami selangkah lebih dekat dalam membina pengalaman mudah alih semua-senario untuk semua," menurut Shane Shan, Pengarah Perkhidmatan Awan Pengguna Huawei Asia Pasifik.
Pemenang untuk "Aplikasi Terbaik", "Permainan Terbaik" dan "Anugerah Terhormat" dinilai dan diadili berdasarkan nilai sosial, nilai perniagaan, reka bentuk dan pengalaman pengguna, dan inovasi mereka. Bagi kategori anugerah "Aplikasi Paling Popular", aplikasi yang menang ditentukan oleh jumlah undian terbanyak melalui suatu segmen pengundian secara talian awam.
Sementara itu, anugerah "Aplikasi Paling Berpengaruh Secara Sosial" mengiktiraf aplikasi yang memberi banyak manfaat kepada masyarakat. Ini termasuk memperkayakan kehidupan pengguna individu atau memudahkan pembangunan di seluruh industri dalam pelbagai bidang seperti penjagaan kesihatan, kelestarian alam sekitar dan gaya hidup sosial. Pemenang kategori ini termasuk:
"Matlamat HMS adalah untuk memupuk hubungan jangka panjang dan mampan dengan rakan aplikasi kami. Peserta dan pemenang AppsUP 2020 akan diberikan peluang untuk memanfaatkan saluran penjenamaan dan pemasaran Huawei bagi menjangkau jutaan pengguna HUAWEI AppGallery. Menuju ke hadapan, kami juga akan terus mengukuhkan komitmen kami dalam meluaskan komuniti Huawei Developer melalui pelaburan berterusan dalam keupayaan dan sumber terbuka HMS Core seperti memberikan sokongan teknikal tempatan, bengkel dan banyak lagi," tambah Shan.
Senarai pemenang AppsUP 2020 APAC (mengikut turutan abjad)
Anugerah Aplikasi Terbaik |
Nama Aplikasi (Nama Pasukan, |
Hadiah |
- Bungkusit Rider (Bungkusit, Malaysia) - Fave (Fave, Malaysia) |
- Hadiah tunai USD 15,000 - Baucar Sumber HUAWEI Cloud USD 15,000 - 95 Kredit Cloud Academy |
|
- Kumu (Kumu, Filipina) |
||
- Learn Crafts and DIY Arts (Riafy - SplitNow (Studio StrongByte, |
Anugerah Permainan Terbaik |
Nama Aplikasi (Nama Pasukan, |
Hadiah |
- DinoMao - Real Claw Machine - Stick Battle Fight: Super Heroes - Torrac: Not Getting Along |
- Hadiah tunai USD 15,000 - Baucar Sumber HUAWEI Cloud USD 15,000 - 95 Kredit Cloud Academy |
Anugerah Terhormat |
Nama Aplikasi (Nama Pasukan, |
Hadiah |
- Cake Recipes (Riafy - Camy - Live Video Monitoring - Cookbook Recipes (Riafy - Epic Cards Battle: Dragons - GStep: Step Counter, - Investagrams (Investa, - Malaysia Calendar (Yuno - Money Manager 365 (Cyberiod, - Nestia (Nestia, Singapura) - Niyay Dek-D (Dek-D Interactive, - Spick & Span (Plus Points, |
- Hadiah tunai USD 2,500 - Baucar Sumber HUAWEI Cloud - 95 Kredit Cloud Academy |
Anugerah Khas |
Nama Aplikasi (Nama Pasukan, |
Hadiah |
- GStep: Step Counter, - Nestia (Nestia, Singapura) - Spick & Span: Clean the World |
- Hadiah tunai USD 15,000 - Baucar Sumber HUAWEI Cloud USD 15,000 - 95 Kredit Cloud Academy |
Anugerah Khas |
Nama Aplikasi & Pasukan Aplikasi |
Hadiah |
- Cake Recipes (Riafy |
- Hadiah tunai USD 5,000 - Baucar Sumber HUAWEI Cloud USD 5,000 - 95 Kredit Cloud Academy |
Untuk mengetahui lebih lanjut, layari https://bit.ly/AppsUP2020winners