omniture

Treeletrik Ideanomics Mengumumkan Pelantikan Veteran Volkswagen, Richard Teoh sebagai Ketua Pegawai Kewangan

Tree Technologies Sd. Bhd.; Ideanomics
2020-12-03 22:07 99

-  Bekas Pengarah Kawalan Kewangan Kumpulan di Volkswagen Group Malaysia

-  Mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam kepemimpinan kewangan

-  Dengan latar belakangnya yang berpengalaman luas dalam industri automotif, pembuatan dan pembinaan di seluruh ASEAN, En. Teoh akan memainkan peranan yang penting dalam menyemarakkan pertumbuhan Treeletrik

NEW YORK, 3 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Ideanomics (NASDAQ: IDEX) ("Ideanomics" atau "Syarikat") mengumumkan bahawa anak syarikatnya, Tree Technologies Sdn. Bhd. yang memiliki jenama Treeletrik telah melantik Richard Teoh sebagai Ketua Pegawai Kewangannya berkuat kuasa serta-merta. En. Teoh membawa pengalaman lebih 20 tahun dalam kawalan kewangan, perancangan, kepemimpinan dan pengurusan kepada Treeletrik. Terdahulu, beliau merupakan Pengarah Kawalan Kewangan Kumpulan di Volkswagen Group Malaysia dan bertanggungjawab dalam penyeliaan kewangan untuk pengedaran dan pembuatan kenderaan secara komersial. Sebelum itu, En. Teoh telah memegang pelbagai jawatan dalam kepemimpinan kanan kewangan termasuk di Dominick Hunter iaitu sebuah syarikat pengeluar produk perindustrian yang berpangkalan di UK dan diambil alih oleh Parker Hannifin. Di Dominick Hunter, beliau terlibat dengan integrasi dan transisi sistem dan kawalan ERP kewangan. En. Teoh berkelulusan Akauntan Bertauliah Berkanun (FCCA) dan Akauntan Berkanun (MIA).

Richard Teoh, Treeletrik CFO
Richard Teoh, Treeletrik CFO

"Kami mempunyai rancangan besar untuk pertumbuhan Treeletrik dan kepemimpinan kewangan Richard yang digabungkan dengan pengalamannya dalam industri yang relevan seperti automotif, pembuatan dan pembinaan akan membantu syarikat memenuhi objektif pertumbuhan ini," kata Datuk Viswanathan Menon, Ketua Pegawai Eksekutif Treeletrik. Alf Poor, Ketua Pegawai Eksekutif Ideanomics, menambah, "Kami amat gembira dengan penyertaan Richard Teoh ke dalam pasukan Treeletrik sebagai Ketua Pegawai Kewangan. Pengalaman dan pengetahuan industri beliau yang mendalam akan membantu kami dalam semua aspek strategi pertumbuhan syarikat. Sebagai pengeluar EV terkemuka di rantau ASEAN, Richard akan membantu kami secara keseluruhan bermula daripada pembangunan rantaian bekalan hingga pelancaran bateri dan sistem pengecasan kami serta pembangunan tanah di kawasan pelabuhan."

Tentang Tree Technologies Sdn. Bhd.
Tree Technologies Sdn. Bhd. memiliki jenama EV Treeletrik dan menjadi syarikat pertama yang membawa basikal elektrik sebenar ke Malaysia. Syarikat ini menyediakan pilihan pengangkutan yang bersih, selamat dengan harga yang berpatutan, berserta teknologi canggih, inovasi EV dan penyelenggaraan yang minimum. Syarikat induk Treeletrik iaitu Tree Manufacturing adalah pengeluar EV berlesen di Malaysia.

Pada bulan Mac 2019, Ideanomics memperoleh kepentingan kawalan dalam Tree Manufacturing. Penggabungan organisasi ini mempercepat penerimaan dan kemampuan pengeluaran EV, memperluas portfolio Treeletrik daripada basikal berenjin dan motosikal EV hingga bas, trak, kereta dan kereta api ringan EV. Barisan produk kenderaan yang diperluas memberi layanan kepada 650 juta orang di rantau ASEAN termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia, Kemboja, Vietnam, Filipina, Laos, Singapura dan Brunei.

Tentang Ideanomics
Ideanomics  ialah sebuah syarikat global yang memfokuskan kepada pertembungan perkhidmatan kewangan dan industri yang mengalami gangguan teknologi. Bahagian Tenaga Mudah Alih Global (Mobile Energy Global-MEG) kami ialah penyedia perkhidmatan yang memudahkan penggunaan kenderaan elektrik kepada operator kumpulan komersial melalui penawaran pemerolehan kenderaan, pembiayaan dan penyewaan dan penyelesaian pengurusan tenaga di bawah model perniagaan penjualan hingga pembiayaan hingga pengecasan (sales to financing to charging-S2F2C) yang inovatif. Ideanomics Capital fokus terhadap penyelesaian gangguan teknologi kewangan (fintech) untuk industri perkhidmatan kewangan. Gandingan MEG and Ideanomics Capital menyediakan pelanggan dan rakan kongsi global dengan teknologi dan perkhidmatan terbaik yang direka untuk meningkatkan ketelusan, kecekapan dan akauntabiliti serta pemegang saham kami berpeluang untuk turut serta dalam industri yang berpotensi tinggi dan berkembang maju.

Syarikat ini beribu pejabat di New York, NY, dengan pejabat di Beijing, Hangzhou dan Qingdao serta beroperasi di AS, China, Ukraine dan Malaysia.

Pernyataan Perlindungan Keselamatan (Safe Harbor Statement)
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan tertentu yang mungkin merangkumi "pernyataan pandangan hadapan". Semua pernyataan lain selain daripada pernyataan fakta sejarah yang terkandung di dalam ini adalah dianggap sebagai "pernyataan pandangan hadapan." Pernyataan pandangan hadapan ini sering dikenali dengan penggunaan terminologi pandangan hadapan seperti "percaya", "menjangka" atau ungkapan yang serupa, melibatkan risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui serta termasuk pernyataan mengenai hasrat kami untuk peralihan model perniagaan kami kepada syarikat teknologi kewangan generasi akan datang, strategi perniagaan kami dan penawaran produk yang dirancang, hasrat kami untuk menghentikan perdagangan minyak dan perniagaan elektronik pengguna serta potensi hasil kewangan pada masa hadapan. Walaupun Syarikat percaya bahawa jangkaan yang digambarkan dalam pernyataan pandangan hadapan ini adalah wajar, yang mencakupi andaian, risiko dan ketidakpastian dan jangkaan ini mungkin terbukti tidak benar. Anda tidak boleh terlalu bergantung pada pernyataan pandangan hadapan ini, yang hanya benar pada tarikh siaran akhbar ini. Keputusan sebenar Syarikat boleh berbeza secara material daripada yang dijangkakan dalam pernyataan pandangan hadapan ini kerana pelbagai risiko dan ketidakpastian, seperti risiko yang berkaitan dengan: kemampuan kami untuk terus sebagai usaha berterusan; kemampuan kami untuk mengumpulkan pembiayaan tambahan bagi memenuhi keperluan perniagaan kami; transformasi model perniagaan kami; turun naik dalam hasil operasi kami; tekanan kepada kakitangan pengurusan, sistem kewangan dan sumber lain semasa kami mengembangkan perniagaan kami; kemampuan kami untuk menarik dan mengekalkan pekerja utama dan pengurusan kanan; tekanan kompetitif; operasi antarabangsa kami; serta risiko dan ketidakpastian lain yang dinyatakan di bawah bahagian yang bertajuk "Faktor Risiko" dan "Perbincangan dan Analisis Pengurusan tentang Keadaan Kewangan dan Hasil Operasi" dalam Borang 10-K dan Borang 10-Q terkini kami yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, serta pendedahan serupa dalam laporan berikutan yang dikemukakan kepada SEC, yang terdapat pada laman web www.sec.gov. Semua pernyataan pandangan hadapan yang boleh diatribut kepada Syarikat atau orang yang bertindak bagi pihaknya adalah secara keseluruhannya dengan jelas memenuhi syarat yang digariskan oleh faktor risiko ini. Selain daripada yang disyaratkan di bawah undang-undang sekuriti, Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini pernyataan pandangan hadapan ini.

Perhubungan Pelabur dan Hubungan Media 

Ideanomics,Inc.
Tony Sklar, Naib Presiden Kanan Perhubungan Pelabur
1441 Broadway, Suite 5116 New York, NY 10018
ir@ideanomics.com

Valerie Christopherson / Lora Wilson
Global Results Communications (GRC)
+1 949 306 6476
valeriec@globalresultspr.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1346983/ideanomics_richard_teoh.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1346984/ideanomics_treebike.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/738482/Ideanomics_Logo.jpg?p=medium600

 


 

 

Source: Tree Technologies Sd. Bhd.; Ideanomics
Related Stocks:
NASDAQ:IDEX
Keywords: Auto Banking/Financial Service Computer/Electronics Transportation Personnel announcements Financial Technology