omniture

BRI UMKM EXPO[RT] BRILIANPRENEUR 2020 Secara Maya Hubungkan MSME Terkemuka Indonesia dengan Pembeli Antarabangsa

PT Bank Rakyat Indonesia Tbk (BRI)
2020-12-10 19:44 295

JAKARTA, Indonesia, 10 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Bank Rakyat Indonesia (BRI) (Simbol Saham: BBRI.JK) bakal mengadakan BRI UMKM EXPO[RT] BRILIANPRENEUR 2020 tahunan yang kedua di Pusat Konvensyen Jakarta, 10-13 Disember 2020. Acara maya ini, yang menyediakan MSME terpilih dengan platform untuk bertemu dunia, bermula pada 1 Disember 2020. Pendaftaran kini dibuka sehingga 13 Disember 2020.

Sebagai yang pertama seumpamanya, platform BRI UMKM EXPO[RT] BRILIANPRENEUR 2020 memperkenalkan program "Pemadanan Perniagaan" maya, menyediakan perniagaan-perniagaan dengan ciri berbual waktu sebenar, menghubungkan MSME dengan lebih daripada 50 bakal pembeli dari Amerika Utara, Timur Tengah, Eropah & Asia. Peserta-peserta juga melakukan 'teleportasi' ke dalam jelajah maya 3D dengan navigasi 360 darjah sekali gus mengambil bahagian dalam rancangan bual bicara strim langsung dan klinik bimbingan yang dijalankan oleh Menteri-menteri kerajaan serta tokoh-tokoh industri ternama.

Pada mulanya merupakan satu langkah yang diambil sebagai respons kepada pandemik ini, sejak itu acara maya berkembang untuk memberi kesan yang lebih mendalam dari segi cara orang ramai menjalankan perniagaan. Sebagaimana yang ditemui daripada satu tinjauan oleh Northstar Meeting Group, yang mendapati bahawa orang ramai melihat acara maya sebagai wadah penting untuk perniagaan-perniagaan berhubung dengan pelanggan. Dengan mempertimbangkan semua perkara, justeru itu BRI UMKM EXPO[RT] BRILIANPRENEUR 2020 merupakan platform ideal untuk MSME menangani cabaran COVID-19.

"Kami bermatlamat untuk menghubungkan bakal pembeli di seluruh dunia dengan MSME yang terbaik di Indonesia dalam ekosistem perniagaan maya. Program Pemadanan Perniagaan menyediakan skim cekap kos kepada pembeli untuk berinteraksi dengan pemilik perniagaan serta mengaturkan mesyuarat peribadi, menjadikannya mudah untuk kedua-dua pihak berurus niaga semasa berlangsungnya acara tersebut," kata Sunarso, Pengarah Presiden BRI, bank milik negara yang terbesar di Indonesia.

Tahun ini, lebih 400 MSME akan mempamerkan produk terbaik mereka dalam empat kategori: Fesyen, Aksesori & Kecantikan, Hiasan Rumah & Kraf serta Makanan & Minuman.

"Melalui ekosistem maya, kami berharap agar dapat mendorong sumbangan MSME kepada ekonomi Indonesia dan meningkatkan eksport. Kami yakin bahawa acara maya ini akan dapat membantu pemilik perniagaan membiasakan diri mereka dengan ekosistem digital dan menyesuaikan diri mereka dengan perubahan paradigma perniagaan," tambah Sunarso.

Bagi menyertai pameran maya ini, bakal pembeli kini boleh mendaftar secara dalam talian di sini dan memuat turun katalog.

Untuk butiran lanjut mengenai acara ini dan pendaftaran, sila kunjungi www.brilianpreneur.com.

Source: PT Bank Rakyat Indonesia Tbk (BRI)
Related Stocks:
Jakarta:BBRI OTC:BKRKY
Keywords: Banking/Financial Service Food/Beverages Household/Consumer/Cosmetics Retail Small Business Services Trade show news