omniture

Protokol Keselamatan dan Kesihatan Perjalanan Baharu dilaksanakan di Bali untuk Menyambut Pelawat Antarabangsa

The Ministry of Tourism and Creative Economy (MoTCE)
2020-12-14 15:51 232

JAKARTA, Indonesia, 14 Disember 2020 /PRNewswire/ --Setelah melihat peningkatan angka pelancong, Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia (MoTCE) telah melaksanakan langkah penting untuk memastikan protokol Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan, dan Kelestarian Alam Sekitar (CHSE) di Bali. Secara spesifiknya, #InDOnesiaCare, prosedur perjalanan selamat diutamakan untuk pelawat di Bali, apabila penerbangan antarabangsa dibuka semula.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini:
https://www.prnasia.com/mnr/MoTCE_202012.shtml

 

 

Balinese Dance at Bali Safari & Marine Park
Balinese Dance at Bali Safari & Marine Park

 

Bali Traditional Wood Carving
Bali Traditional Wood Carving

 

The Magnificent Sunset at Blue Point Beach
The Magnificent Sunset at Blue Point Beach

 

Penglipuran, A Village of Immaculate Peace
Penglipuran, A Village of Immaculate Peace

Protokol baharu menunjukkan usaha kerajaan untuk menghidupkan semula pelancongan dan ekonomi tempatan, memandangkan terdapat peningkatan jumlah penerbangan melebihi 50%, menurut pengendali lapangan terbang milik negeri, PT Angkasa Pura I.

"Protokol ini memastikan pengalaman perjalanan yang lancar, selain mengutamakan keselamatan dan kesihatan kepada semua pelawat antarabangsa dan domestik yang akan datang ke Bali. Kami percaya bahawa sektor pelancongan dan ekonomi kreatif mampu kembali produktif, tetapi apa yang lebih penting ialah kekal selamat daripada COVID-19." kata Pengarah Komunikasi MoTCE Agustini Rahayu.

Protokol baharu termasuk prosedur disinfektan secara rutin, penjarakan fizikal yang selamat, dan pemeriksaan suhu pada setiap tempat berkaitan. Sebelum memasuki Bali, pelawat diminta untuk menunjukkan keputusan ujian swab dan menyediakan kod QR untuk disahkan oleh pegawai Kementerian Kesihatan di stesen imigresen. Kod QR boleh didapati dengan mengisi Borang Permohonan Kad Kesihatan Elektronik di aplikasi eHAC Indonesia Electronic Health Card.

Protokol CHSE juga dapat memaksimumkan pelbagai perkhidmatan digital dan dalam talian untuk meminimumkan sentuhan terus di sepanjang perjalanan keluar daripada lapangan terbang. Perkhidmatan pengambilan dan penghantaran juga mengikut operasi standard baharu, termasuk kewajipan pemakaian pelitup muka dan penyediaan pensanitasi di dalam semua perkhidmatan pengangkutan.

Protokol kesihatan yang komprehensif juga diteruskan apabila pelawat tiba di tempat mereka menginap. Kesemua bagasi akan melalui proses disinfeksi ketika tiba, selain proses daftar masuk akan dilaksanakan dengan sentuhan minimum, dengan memanfaatkan penggunaan teknologi seboleh mungkin.

"Setiap tempat, destinasi, atau mana-mana perniagaan pelancongan yang telah lulus penilaian CHSE akan menerima tanda rasmi #InDOnesiaCare yang diperakui. Ini bermakna kawasan tersebut mematuhi protokol baharu jadi orang ramai boleh melancong dengan selamat di Bali. Semua ini dilaksanakan agar setiap orang yang terlibat – pelancong dan pekerja dalam industri ini, boleh merasa selamat sambil menikmati kecantikan yang ditawarkan oleh Bali yang berkembang maju." Agustini menambah.

Biro Komunikasi
Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif
+62-811-8956-767
info@kemenparekraf.go.id

Source: The Ministry of Tourism and Creative Economy (MoTCE)
Keywords: Airlines/Aviation Health Care/Hospital Infectious Disease Control Passenger Aviation Travel Domestic policy New products/services