omniture

Forum Beijing 2020 memfokuskan cabaran dan peluang globalisasi baharu

Peking University
2020-12-15 14:25 106

BEIJING, 15 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Forum Beijing 2020 telah dibuka di Universiti Peking pada 5 Disember dan disiarkan secara langsung dalam dwibahasa melalui pelbagai platform. Pada tahun ini, acara akademik antarabangsa ini yang dianjurkan bersama oleh Universiti Peking, Suruhanjaya Pendidikan Perbandaran Beijing dan Institut Pengajian Lanjutan Chey telah memfokuskan pembangunan global pasca pandemik yang bertemakan "Keharmonian Tamadun dan Kesejahteraan untuk Semua -- Globalisasi bawah Kesan Pandemik: Cabaran dan Peluang Baharu". Pemikir terkemuka dari China dan luar negara telah diundang untuk memberikan pandangan dan membincangkan isu-isu global tentang pandemik.

Beijing Forum 2020
Beijing Forum 2020

Majlis perasmian telah dipengerusikan oleh Qiu Shuiping, pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Sekolah Universiti Peking. Penceramah telah memberi ucapan sama ada dalam talian atau secara peribadi. Mereka termasuk Han Qide, naib pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC ke-10 dan ke-11, Setiausaha Jeneral PBB António Guterres, Canselor Universiti Peking Hao Ping, Pengerusi Kumpulan SK Chey Tae-won, Pengasas Forum Ekonomi Dunia Klaus Schwab dan Mantan Perdana Menteri Jepun Fukuda Yasuo. Selain itu, Qiu Yuanping, iaitu anggota jawatankuasa tetap CPPCC telah memberi ucapan khas.

António Guterres telah mengucapkan selamat maju jaya kepada forum tersebut dan mengiktiraf kemajuan China ke arah Matlamat Pembangunan Lestari. Guterres juga menyeru semua orang supaya mengambil pengajaran daripada krisis kesihatan awam dan menekankan kepentingan kerjasama antarabangsa.

Hao Ping telah berkongsi pemikirannya mengenai misi utama yang harus didukung oleh institusi pendidikan tinggi untuk mendorong kemajuan sosial dalam menghadapi pandemik tersebut. Terutamanya, Hao menyatakan bahawa universiti mesti berusaha dalam pembangunan demi masa depan dan mereformasi model pendidikan.

Klaus Schwab percaya bahawa kebenaran dan kepercayaan merupakan batu asas yang terpenting dalam proses mencapai keharmonian.

Selain itu, lima orang tokoh yang terkemuka telah berkongsi wawasan tentang perkembangan global dalam sesi ucaptama dalam talian yang dipengerusikan oleh Park In-kook, presiden Institut Pengajian Lanjutan Chey. Penceramah tersebut termasuk Joseph Stiglitz, seorang profesor di Universiti Columbia, Stephen Toope, naib canselor Universiti Cambridge, Wu Zunyou, ketua epidemiologi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, Jerome H. Kim, ketua pengarah Institut Vaksin Antarabangsa dan Huang Ru, naib canselor Universiti Peking.

Joseph Stiglitz telah memberi galakan supaya kerjasama global diadakan semasa berlakunya pelbagai krisis. "Kita memerlukan kerjasama global untuk menyelesaikan krisis dan pelbagai cabaran lain, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita juga mengalami krisis untuk mengadakan kerjasama global ... Kita perlu membangunkan ekonomi semula dalam keadaan pasca pandemik ini dengan cara yang lebih hijau, lebih setara, lebih berdaya tahan dan lebih berasaskan pengetahuan," kata Stiglitz.

Stephen Toope memetik pepatah "Tiada orang yang boleh hidup berseorangan" dan berpendapat bahawa perkara yang sesuai untuk orang juga sesuai untuk universiti di seluruh dunia. Beliau memberikan pendapatnya lagi bahawa institusi akademik harus mencari jalan untuk terus bekerjasama. Hal ini demikian,kerana kepelbagaian latar belakang, pandangan dan kepakaran hanya dapat diperoleh daripada cara kerjasama yang terbuka dan adil. Hal ini merupakan cara pengetahuan dihasilkan pada zaman ini.

Wu Zunyou telah mengkaji semula garis masa tentang letusan koronavirus di China dan memperincikan perkara yang telah dilakukan oleh China untuk memerangi pandemik tersebut. Beliau berpendapat bahawa "empat langkah awal", iaitu pengesanan awal, pelaporan awal, pengasingan awal dan perawatan awal merupakan strategi yang penting dalam menghadapi penyakit berjangkit akut. Beliau juga menyatakan bahawa "Meskipun China telah berjaya membendung virus itu, tetapi secara jujurnya, kita tidak boleh mengalami sebarang perubahan yang baik sehinggalah pandemik global dapat dikawal."

Ucapan Jerome H. Kim telah memfokuskan pengeluaran vaksin COVID-19 di seluruh dunia dan menekankan bahawa penyelidikan, pengembangan dan pembuatan vaksin akan menjadi urusan global. Beliau menyeru semua orang supaya yakin akan usaha global dan menekankan bahawa akses yang adil bagi seluruh dunia untuk mengambil vaksin COVID-19 pada masa hadapan akan memberi manfaat kepada kesihatan awam global.

Selain forum utama, forum pada tahun ini terdiri daripada lapan subforum yang dikenali sebagai Siri Webinar Forum Beijing. Subforum tersebut membincangkan pelbagai topik dengan lebih mendalam termasuk kajian sejarah China dalam konteks digital, komunikasi kesihatan dengan kesihatan China, dasar awam antarabangsa di dunia yang bergolak dan sebagainya.

Sejak tahun 2004, Forum Beijing telah diadakan pada setiap tahun. Forum yang bertemakan "Keharmonian Tamadun dan Kesejahteraan untuk Semua" ini telah mengumpulkan banyak cadangan dan pandangan yang tidak ternilai yang dapat membantu dunia ini untuk memperoleh kemajuan akademik yang luar biasa. Setakat ini, forum ini telah disertai oleh lebih daripada 6,500 orang ahli politik dan sarjana yang terkenal dari lebih 80 buah negara dan wilayah.

Source: Peking University
Keywords: Education Health Care/Hospital Higher Education Infectious Disease Control Trade show news