omniture

Buat Julung Kalinya, Anugerah 'Aplikasi Industri' bagi Piala Elektrik Shanghai Dikurniakan kepada 16 Penyertaan Cemerlang, Memperkasa Inovasi Digital untuk Industri Tenaga

Shanghai Electric
2021-01-04 11:32 238

SHANGHAI, 4 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric ("Syarikat") (SEHK: 02727, SSE: 601727), pengeluar dan pembekal peralatan penjanaan kuasa elektrik, peralatan industri dan perkhidmatan integrasi terkemuka di dunia, baru-baru ini menamatkan pertandingan aplikasi inovasi industri yang berlangsung selama lima bulan. Perasmian 'Piala Elektrik Shanghai' telah dilancarkan pada Julai tahun ini dengan sokongan Suruhanjaya Perbandaran Ekonomi dan Maklumat Shanghai serta Persatuan Internet Industri Shanghai. Bertujuan untuk memupuk persekitaran inovasi digital, pertandingan ini menyaksikan 140 penyertaan dari seluruh dunia dan sebanyak 16 hadiah ditawarkan.

Memandangkan ini merupakan kali pertama acara ini dianjurkan, pasukan dalaman dan luaran Shanghai Electric mengambil kesempatan untuk mempromosi inovasi perindustrian dan mempercepat transformasi digital. Tema pertandingan ini bertujuan untuk mendorong peserta membangunkan aplikasi praktikal untuk digunakan dalam persekitaran industri, dan memberi tumpuan dalam menghubungkan empat konsep - bandar pintar, tenaga pintar, pembuatan pintar dan pengangkutan pintar - empat bidang yang menggariskan arah masa depan Shanghai Electric.

Daripada 140 penyertaan dari pasukan tempatan dan antarabangsa, tiga hadiah teratas diberikan kepada 16 projek, sepuluh daripadanya dari Shanghai Electric dan enam dari syarikat lain. Institut Penyelidikan Pusat Shanghai Electric telah menandatangani perjanjian projek inkubasi dengan empat pasukan luaran yang memenangi anugerah. Shanghai Electric Digital Technology (SEDT) dan enam syarikat lain telah memeterai perjanjian kerjasama ekosistem untuk SEunicloud, platform internet perindustrian bagi Shanghai Electric.

Berkenaan pertandingan dan pengumuman nama-nama pemenang, Presiden Shanghai Electric, Huang Ou berkata, "Dalam usaha kami meningkatkan kemahiran reka bentuk 3D dan aplikasi industri, pencapaian luar biasa para peserta yang kita lihat dalam pertandingan tahun ini, walaupun merupakan langkah kecil dalam memajukan transformasi digital Shanghai Electric, tetapi usaha bersama tersebut dilihat sebagai langkah yang besar untuk keseluruhan syarikat."

"Dari pendigitan model produk hingga ke model perniagaan, persaingan ini telah manjadi landasan kepada Shanghai Electric untuk membangunkan ekosistem baharu untuk SEunicloud, selain dapat mengumpulkan pasukan khas untuk mempercepat transformasi digital syarikat kami," tambahnya.

Upacara penganugerahan tersebut juga menyaksikan pelancaran Platform Internet Perindustrian SEunicloud 2.0 yang dinaik taraf melalui pengintegrasian Kecerdasan Buatan (AI), Kecerdasan Perniagaan (BI), dan Kecerdasan Kreatif (CI). Dengan naik taraf ini, platform ini akan lebih mempercepat transformasi digital Shanghai Electric dan menandakan satu lagi langkah penting dalam pembinaan Internet Perindustrian Shanghai Electric.

Keluaran 2.0 menampilkan modul data besar AI baharu yang mampu memberikan paparan nilai data dan analisis perniagaan untuk pelbagai senario perindustrian. Modul Kecerdasan Perniagaan yang dinaik taraf menggunakan alat pemprosesan data dan visualisasi yang pantas untuk menghasilkan paparan intuitif dan membolehkan analisis pintar dibuat untuk set data yang besar. Selain itu, melalui sistem bersepadu pembangunan visual yang terbina dalam, platform ini dapat digunakan sebagai platform InaaS (Inovasi-as-a-Service).

Tumpuan Shanghai Electric pada pendigitan dan pembangunan dapat dilihat daripada kadar pelaburan R&D yang tinggi secara konsisten melebihi 3.4%. Jumlah ini dijangkakan lebih tinggi untuk pembangunan industri baharu, diramalkan meningkat 6% dari tahun 2019 dan pelaburan dalam pra-penyelidikan yang dijangkakan dapat meningkat sebanyak 11%.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Art Entertainment Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Utilities Awards