omniture

CGTN: Selepas 2020 yang 'luar biasa', apakah harapan Xi Jinping untuk 2021?

CGTN
2021-01-05 10:36 213

BEIJING, 5 Januari 2021 /PRNewswire/ -- 2021, tahun yang menandakan permulaan bagi tempoh rancangan lima tahunChina dan ulang tahun ke-100 bagi penubuhan Parti Komunis China (CPC).

Apa harapan Presiden China Xi Jinping untuk 2021, terutamanya setelah berhempas pulas untuk pencapaian negara pada 2020?

Jawapannya boleh didapati menerusi ucapan Tahun Baharunya.

2021: 'Berusaha dengan gigih adalah satu-satunya jalan untuk mara ke hadapan'

China akan memasuki tahap pembangunan baharu untuk membangunkan sebuah negara sosialis moden yang menyeluruh pada tahun 2021 setelah pimpinan CPC menerima cadangan untuk melaksanakan Rancangan Lima Tahun ke-14 dan matlamat jangka panjang.

"Jalan di hadapan adalah panjang; berusaha dengan gigih adalah satu-satunya jalan untuk mara ke depan," kata Xi dalam ucapannya, menyeru agar terdapat usaha-usaha untuk menyusun rancangan baharu untuk memajukan pembangunan, memperdalam pelaksanaan pembangunan berkualiti tinggi dan pembaharuan, serta memperluas keterbukaannya.

Dalam menghadapi ujian dilanda virus ini, pemimpin atasan China menetapkan keutamaan ekonomi untuk 2021 melalui tugas utama Persidangan Kerja Ekonomi Pusat yang diadakan pada Disember lepas, yang menegaskan bahawa China akan memastikan dasar makronya konsisten, stabil dan mapan pada 2021, dengan pelaksanaan berterusan bagi dasar fiskal yang proaktif dan dasar kewangan yang berhemah.

Pada 2021, China akan mengambil langkah pertama yang kukuh dalam membina satu pembangunan paradigma baharu di mana pasaran domestik dan asing saling menguatkan, dengan pasaran domestik sebagai tulang belakangnya.

 

Sementara itu, presiden menekankan perlunya terus bekerja keras untuk merancakkan promosi desa kerana negara ini telah mencapai kejayaan yang muktamad dalam membasmi kemiskinan ekstrem pada 2020.

Dalam masa lima tahun akan datang, pelbagai usaha akan dilakukan dalam menggabungkan kejayaan dalam memerangi kemiskinan dan mempromosi sepenuhnya strategi merancakkan desa, berdasarkan cadangan sasaran pembangunan ekonomi dan sosial utamaJawatankuasa Pusat CPC untuk tempoh Rancangan Lima Tahun ke-14 (2021-2025).

Baca selanjutnya: 
China bersedia untuk menamatkan kemiskinan mutlak menjelang 2020, apakah langkah seterusnya? 

Bagi merealisasikan semua matlamat ini, mendukung kepemimpinan Parti adalah jaminan yang paling penting, kata Xi dalam pelbagai acara sambutan. 

Dalam ucapan Tahun Baharunya, Xi menggambarkan Parti itu sebagai sebuah kapal raksasa yang memimpin China dengan jayanya bersama harapan rakyat dan negara serta beliau juga menekankan pentingnya "aspirasi asli."

CPC ditubuhkan dengan aspirasi yang asli: misi untuk mencari kebahagiaan buat rakyat Cina dan memberi nafas baharu kepada bangsa Cina, selain tetap komited pada falsafah pembangunannya yang berpusatkan rakyat.

Aspirasi asal CPC lebih kukuh 100 tahun kemudian, kata Xi.

2020: 'Luar Biasa' di pelbagai bidang

Mengimbas kembali 2020, presiden CPC menggambarkan tahun tersebut sebagai "epik anti-wabak" dan banyak kandungan ucapannya mengetengahkan perang rakyat China terhadap COVID-19.

"Kehebatan tetap mara seperti biasa Wira datang dari kalangan orang ramai. Setiap orang luar biasa!" Xi berkata, sebelum menyampaikan rasa simpatinya kepada semua yang dijangkiti koronavirus.

Pada September, tiga profesional perubatan yang cemerlang yang dianugerahkan gelaran kehormat kebangsaan "Wira Rakyat," selain seramai 1,499 individu, 500 kumpulan, 186 anggota BPK dan 150 organisasi Parti peringkat primer disanjung atas peranan mereka dalam memerangi wabak ini dan 14 lagi anggota Parti mendapat anugerah setelah kematian mereka.

Baca selanjutnya:

Perang Wuhan terhadap COVID-19: Bagaimana China menggerakkan seluruh negara untuk membendung virus tersebut 

Mengingati kehilangan profesional perubatan kita lantaran koronavirus 

Sementara itu, China aktif menyertai beberapa pertemuan global untuk memberikan penyelesaian dan berkongsi pengalaman dengan masyarakat antarabangsa, seperti Sidang kemuncak maya G20 mengenai COVID-19sidang kemuncak Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), China, Japan dan South Korea (ASEAN Plus Three atau APT) mengenai COVID-19 dan mesyuarat khas Menteri Luar Negeri ASEAN-China mengenai wabak tersebut.

Presiden Xi juga meninjau pencapaian China di pelbagai bidang.

China merupakan ekonomi utama yang pertama di dunia, yang mencapai pertumbuhan positif pada 2020 dan KDNKnya dijangka meningkat ke tahap baharu iaitu 100 trilion yuan. China telah mendapat hasil tuaian yang baik dalam pengeluaran bijian selama 17 tahun berturut-turut, menurut presidennya.

Perbandingan tugas utama China untuk 2020 dan 2021
Perbandingan tugas utama China untuk 2020 dan 2021

Dalam tempoh lapan tahun berdasarkan standard semasa, China telah membasmi kemiskinan ekstrem yang dialami oleh hampir 100 juta penduduk luar bandar dan kemiskinan dapat dibasmikan di kesemua 832 daerah miskin, tambahnya.

China telah melihat kejayaan dalam penerokaan saintifik seperti Tianwen-1 (Misi Planet Marikh), Chang'e-5 (penyelidikan bulan) dan Fendouzhe (kapal selam laut dalam kendalian manusia). Pembinaan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan terus dilaksanakan dengan rancak, kata Xi.

Presiden juga mengimbau kenangan yang tidak dapat dilupakan pada 2020, termasuk pemeriksaan ke atas 13 wilayah, Ulang tahun ke-40 Zon Ekonomi Khas Shenzhen dan panggilan telefonnya menghubungi rakan-rakan dari komuniti antarabangsa untuk memerangi pandemik tersebut. 

Baca selanjutnya:

Sepuluh momen dari lawatan pemeriksaan Xi Jinping 

'Diplomasi awan' Xi pada separuh pertama 2020 menanamkan keyakinan global 

Oleh kerana pandemik ini masih menggugat dunia, Presiden Xi menekankan pentingnya sebuah komuniti dengan masa depan bersama bagi manusia sejagat, terutamanya bagi dunia pasca pandemik.

Baca artikel asal: di sini.

VIDEO - https://www.youtube.com/watch?v=ZUevNynvlkw

Pertumbuhan KDNK China pada tahun 2020 dijangkakan 1.9% oleh IMF
Pertumbuhan KDNK China pada tahun 2020 dijangkakan 1.9% oleh IMF

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Telecommunications Television Asian-related news Public Interest