omniture

Premia Partners Lancar Laporan Baharu mengenai Teknologi Inovatif Asia

Laporan baharu membincangkan trend mega Asia dan menawarkan playbook untuk mengambil bahagian dalam peluang-peluang bermula daripada inovasi disruptif dan pertumbuhan produktiviti didayakan teknologi yang memberi manfaat melalui peredaran masa
Premia Partners
2021-01-13 20:30 309

HONG KONG, 13 Januari 2021  /PRNewswire/ -- Premia Partners, penerbit ETF berpangkalan di Hong Kong yang terkemuka, hari ini mengeluarkan kertas putih terkininya "Where to find growth: Tailwinds from Asia Megatrends & Playbook to participate in Asia Innovations and Technology-enabled Productivity Growth" ("Di mana mencari peluang pertumbuhan: Tailwind (daya dorongan kemajuan) daripada Trend Mega Asia & Playbook untuk mengambil bahagian dalam Inovasi Asia dan Pertumbuhan Produktiviti didayakan Teknologi").

Berbeza dengan pasaran maju, ETF Asia masih kekurangan keluasan produk untuk liputan pertumbuhan sekular dan dikekang oleh pendekatan berwajaran permodalan pasaran arus perdana. Ini mewujudkan satu kelompongan untuk pelabur yang ingin mendapat faedah daripada tailwind (daya dorongan kemajuan) struktur rantau ini dalam tema-tema seperti EV pintar & tenaga baharu, 5G, AI, pengkomputeran awan, bioteknologi & sains hayat, transformasi pendigitalan, IoT, pengautomatan robotik, eSukan dan banyak lagi.

Ketika pelabur-pelabur semakin memandang Asia untuk peluang pertumbuhan, pencarian pendekatan yang relevan adalah lebih penting berbanding sebelum ini. Di samping itu, ia penting untuk memperkasa pelabur dengan keadaan penggunaan dari segi bagaimana tema-tema pertumbuhan ini dapat disesuaikan ke dalam strategi portfolio mereka yang lebih luas, terutamanya apabila model peruntukan aset tradisional biasanya tidak dapat menangani trend disruptif sedemikian secukupnya. Laporan ini bertujuan untuk memperkasa pembaca dengan playbook untuk menetapkan kedudukan menuju ke hadapan pada hari ini demi masa depan dengan menangani:

  • Peluang pertumbuhan yang besar tatkala trend mega berkembang di Asia
  • Bagaimana untuk meninggalkan pola fikir sektor GICS konvensional dan memikirkan semula "Teknologi Inovatif" dengan lebih holistik
  • Bagaimana Premia FactSet Asia Innovative Technology Index (AIT) mendapat peluang pertumbuhan daripada pelbagai industri inovatif yang mengubah bidang masing-masing
  • Keadaan penggunaan AIT sebagai blok binaan portfolio untuk pelabur global

"Pada masa lalu, ia mungkin kelihatan bahawa hanya melalui strategi alternatif, pelabur dapat mengakses peluang dalam peneraju inovatif yang mentransformasikan Asia," kata Rebecca Chua, Rakan Pengurusan Premia Partners, "Kini dengan memanfaatkan taksonomi FactSet RBICS, kami berbesar hati untuk menawarkan pelabur dengan alat yang berkos rendah, mudah tunai dan telus untuk mengambil bahagian dalam peluang-peluang ini dengan cekap."

Bagi sepanjang tahun 2020, Premia Asia Innovative Technology ETF (3181 HK / 9181 HK) yang menjejak Indeks AIT menjana jumlah pulangan sebanyak 59.8% dan merupakan antara ETF Asia yang berprestasi terbaik di seluruh dunia. ETF mengenakan nisbah jumlah perbelanjaan sebanyak 0.5% p.a., tanpa bayaran prestasi dan sifar duti setem, cukai pegangan atau laba modal.

Untuk memuat turun kertas putih tersebut, sila klik di sini

Latar Belakang Premia Partners 

Ditubuhkan di Hong Kong pada tahun 2016, Premia Partners muncul sebagai salah satu pengurus aset ETF khusus, bebas yang terkemuka di Asia. Dikhususkan untuk membina dan menyusun atur ETF amalan terbaik dan penyelesaian berdasarkan peraturan untuk Asia, matlamat kami adalah untuk menyumbang kepada ekosistem ETF yang lebih baik di Asia dan untuk Asia. Setakat 31 Disember 2020, Premia Partners mengurus 6 ETF termasuk Premia CSI Caixin China New Economy ETF yang merupakan ETF saham-A China yang keempat terbesar di Hong Kong dan pemenang bagi HKEx 2019 Top Performing ETF - Total Return Award. Untuk maklumat lanjut mengenai Premia atau ETF Premia termasuk strategi-strategi yang meliputi China, ASEAN Baru Muncul, Teknologi Inovatif Asia, Vietnam dan Perbendaharaan AS, sila kunjungi www.premia-partners.com

Source: Premia Partners
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Survey, Polls & Research Financial Technology