omniture

Sukar Kekalkan Resolusi Tahun Baharu? Sertai Kempen #NewYearNaughtyYou Book Depository

Book Depository
2021-01-14 10:16 238
  • Mulai sekarang hingga 31 Januari, kempen media sosial baharu Book Depository menggalakkan orang ramai untuk menyelami dunia buku bagi menunaikan kenakalan dan keinginan yang melanggar resolusi namun dalam masa yang sama meneruskan Resolusi Tahun Baharu mereka
  • Kongsikan kenikmatan bercampur rasa bersalah di media sosial dengan #NewYearNaughtyYou dan @BookDepository untuk berpeluang memenangi buku daripada Book Depository

LONDON, 14 Januari, 2021 /PRNewswire/ -- Selepas melangkah ke tahun yang baru dialami oleh orang ramai, Book Depository - penjual runcit dalam talian yang menawarkan penghantaran percuma ke seluruh dunia untuk 20 juta buku - menggalakkan semua orang untuk menuruti sedikit kemahuan diri pada Januari ini – dalam buku dan bukannya tabiat yang tidak baik, dengan mengambil sebuah buku dan menyertai kempen global #NewYearNaughtyYou di media sosial.

Saban tahun, orang ramai berazam untuk memperbaiki diri mereka pada Tahun Baharu, namun kajian[1] menunjukkan bahawa kadar kejayaan resolusi hanyalah 46% dan 23% orang mengalah hanya selepas seminggu.

Katakan Ya terhadap Godaan – Dengan Buku

Capailah matlamat berkenaan dengan menjadikan buku sebagai kenikmatan yang bercampur rasa bersalah. Sanggup untuk menikmati salad hijau pada waktu makan tengah hari, kemudian asyik membaca buku masakan kek cawan pada sebelah malamnya. Membeli belah sepuas hati tanpa berbelanja walau satu sen dengan membaca siri Shopaholic. Ikuti percutian pada hujung minggu dengan novel cinta mengghairahkan.

Book Depository menjemput penulis antarabangsa seperti Xandria Ooi untuk berkongsi keinginan tersembunyi mereka dan buku-buku yang dibaca oleh mereka bagi menuruti keinginan diri mereka. Lihat buku-buku yang dicadangkan oleh mereka, kemudian sertai Naughty Support Group untuk berkongsi keinginan 'nakal' pembaca sendiri dan pakar jemputan akan mencadangkan senarai buku bagi membantu mengekang tingkah laku nakal pembaca dan membawa mereka lebih menghampiri matlamat Tahun Baharu.

Pembaca digalakkan untuk berkongsi kenikmatan membaca bercampur rasa bersalah mereka di media sosial dengan #NewYearNaughtyYou dan @BookDepository untuk berpeluang memenangi hadiah. Sepuluh pemenang bertuah akan mendapat GBP50 pound dalam buku percuma daripada Book Depository.[2]

Nakal atau Bagus?

Setiap genre mempunyai beberapa buah buku yang bagus dan juga beberapa buah buku yang nakal. Adakah pembaca akan memilih Nicholas Sparks atau E.L. James; Agatha Christie atau Stephen King; Haruki Murakami atau Franz Kafka? Ikuti Instagram Cerita (Instagram Stories) @BookDepository untuk membuat pilihan dan lihat apa yang diundi oleh orang lain.

Sertai Book Depository di Facebook, Instagram dan Twitter dengan #NewYearNaughtyYou, hingga 31 Januari.

[1] Norcross, J. The Resolution Solution: Creating and Keeping New Year's Resolutions. Findapsychologist.

[2] Terma-terma dan syarat-syarat boleh ditemui di https://www.bookdepository.com/bookmarks
Cabutan Hadiah tidak dibuka untuk penduduk Ireland, Jerman, Austria, Perancis, Mexico, Australia, Sepanyol, Itali, Belgium atau Belanda

 

Source: Book Depository
Keywords: Books Computer/Electronics Entertainment Publishing/Information Service Retail Social Media New products/services