omniture

Penyelesaian baharu yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk analisis tingkah laku manusia

Herta
2021-01-20 16:48 51

Herta melancarkan penyelesaian analisis ekspresi wajah baharu yang canggih untuk kajian tingkah laku manusia dalam video

BARCELONA, Sepanyol, 20 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Herta sangat teruja untuk mengumumkan pelancaran penyelesaian analisis video baharu kami, BioObserver. Perisian canggih ini akan menandakan perubahan yang ketara dalam kajian tingkah laku manusia dan analisis ekspresi wajah.

Berdasarkan teknik kecerdasan buatan yang canggih, BioObserver secara automatik mengesan dan memberi keterangan ekspresi wajah dan ekspresi mikro seseorang serta arah pandangan dan orientasi kepala untuk memantau metrik tingkah laku seperti keadaan afektif atau tahap perhatian individu. Platform ini juga membolehkan anda mengkonfigurasi peraturan dan anotasi peristiwa secara automatik untuk mengekstrak kerangka utama video yang dianggap menarik. Dengan BioObserver, anda boleh mengesan ekspresi halus seperti "mengerutkan kening," "berkelip," atau "menaikkan kening" menurut Sistem Pengekodan Tindakan Wajah oleh Paul Ekman. Alat ini menawarkan kemungkinan untuk bekerja di tahap yang sangat rendah. Kemudian, gabungan beberapa ekspresi mikro boleh membentuk emosi muka prototaip peringkat tinggi (seperti kegembiraan, kemarahan, kesedihan, ketakutan, kejutan...) yang boleh dikonfigurasi dalam perisian ini juga.

Penyelesaian baharu ini telah dicipta bersama-sama dengan pelanggan akhir utama daripada sektor penguatkuasaan undang-undang, lalu menghasilkan alat mesra pengguna, intuitif dan menjimatkan masa yang sangat disukai oleh mana-mana penemuduga. Penyelesaian ini ditawarkan pada model SaaS dan membolehkan pelanggan peluang untuk memproses video yang sangat panjang dengan sangat cepat serta kos yang sangat berpatutan.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut dan mendapatkan demo BioObserver, sila layari https://bit.ly/3st9ztW.

Tentang Herta 

Herta adalah peneraju dunia dalam pembangunan penyelesaian pengecaman wajah canggih. Berpangkalan di Barcelona dan dengan pejabat di Madrid, Los Angeles, Singapura, Mexico dan Montevideo, syarikat ini menawarkan penyelesaian yang berorientasikan pelanggan yang pantas dan tepat untuk pemantauan video, kawalan akses dan keperluan pemasaran. Projek-projek antarabangsanya termasuk bandar-bandar selamat, lapangan terbang, stesen kereta api dan metro, penjara, bank, kasino, stadium sukan, pusat membeli-belah, tentera, polis dan aplikasi forensik. Herta mempunyai rakan kongsi di 50 buah negara dan lebih 350 buah syarikat penyepadu yang diperakui di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di https://www.herta.ai.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1422878/Herta_Logo.jpg?p=medium600

Hubungan akhbar: 
Laura Blanc Pedregal 
laura.blanc@hertasecurity.com 
Telefon :+ 34 618 323 475

Source: Herta
Keywords: Biometrics Computer Software Computer/Electronics New products/services