omniture

Frost and Sullivan iktiraf kepimpinan pusat hubungan Avaya dengan tiga kejayaan anugerah

Avaya
2021-01-25 09:25 1896

SINGAPURA, 25 Januari 2021  /PRNewswire/ -- Avaya (NYSE: AVYA), peneraju global bagi penyelesaian untuk meningkatkan dan memudahkan komunikasi serta kolaborasi, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dianugerahkan tiga anugerah kepimpinan pasaran pusat hubungan yang berprestij oleh firma penganalisis, Frost and Sullivan.

Mengakhiri tahun yang membuahkan hasil yang menyaksikan Avaya meneruskan peralihannya menjadi sebuah syarikat seni bina terbuka yang mengutamakan awan, Avaya memperoleh Anugerah Kepimpinan Bahagian Pasaran Aplikasi Pusat Hubungan Asia Tenggara 2020, Anugerah Kepimpinan Pasaran Sistem Penghalaan Hubungan Masuk Asia-Pasifik 2020 dan Vendor Tahunan Aplikasi Pusat Hubungan Malaysia 2020 Frost and Sullivan.

Krishna Baidya, Ketua Penyelidikan Hubungan Pelanggan, Amalan ICT, Frost & Sullivan, berkata penyediaan pengalaman pelanggan diperibadikan telah menjadi pembeza kompetitif yang sangat penting untuk perniagaan di seluruh APAC – dengan pusat hubungan pantas menjadi titik interaksi pertama yang dialami oleh pelanggan dengan banyak jenama dan organisasi, menjadikan penglibatan dan pengurusan pelanggan sangat penting.

"Avaya terus mentransformasikan pusat hubungan dengan menggabungkan keupayaan AI dan pengautomatan bagi mendayakan pengalaman pelanggan yang lancar dan dipacu konteks," kata Baidya. "Pertumbuhan hasil tahunannya yang positif boleh dikaitkan dengan tumpuannya terhadap pelaburan dalam kakitangan, teknologi dan kekal komited terhadap pelanggannya selain rakan kongsi melalui proposisi nilai yang menyokong ekonomi API dan membantu mendorong inovasi di mana-mana sahaja.

"Kedudukan kepimpinan Avaya dalam pasaran pusat hubungan Asia Tenggara dan APAC dibangunkan berdasarkan inovasi produknya, pemahaman terhadap keperluan pelanggan tempatan dan keupayaan untuk memberi nilai optimum kepada pelanggan melalui pelaburan yang sesuai dalam rakan kongsi, kakitangan dan teknologi," kata beliau.

Sami Ammous, Naib Presiden Asia Timur dan Pasifik di Avaya, mengakui bahawa pengiktirafan tersebut menonjolkan tumpuan syarikat terhadap inovasi dan membolehkan pelanggannya untuk memperbaharui semula keupayaan pusat hubungan dan perjalanan pengalaman pelanggan mereka.

"Biarpun dalam persekitaran yang semakin berciri digital, interaksi manusia kekal penting terhadap pengalaman pelanggan keseluruhan," kata Ammous. "Bahagian penting daripada tumpuan kami adalah untuk mengaplikasikan teknologi baru muncul, seperti AI, robot sembang dan pengautomatan, bagi memudahkan dan memperkaya interaksi yang berlaku menggunakan saluran digital. Sama ada menghubungkan ejen pusat hubungan dengan pelanggan, atau kakitangan kepada kakitangan atau sebarang kombinasi daripadanya, kami menggunakan teknologi kami untuk mengekalkan manusia sebagai aspek utama dan membawa pengalaman komunikasi yang penting."

"Anugerah-anugerah ini mengesahkan falsafah kami – bahawa teknologi digital adalah paling berkuasa apabila digunakan untuk menambah dan mengukuhkan tenaga kerja pusat hubungan dan bukannya menggantikannya. Perniagaan di seluruh Asia Pasifik boleh memperbaharui pengalaman ejen mereka dengan pesat dengan menggabungkan keupayaan komunikasi ini sebagai keutamaan dalam operasi pusat hubungan dan pemulihan perniagaan mereka."

Tiga kejayaan anugerah berkenaan menobatkan tahun 2020 yang berjaya buat Avaya yang menyaksikan syarikat ini menutup tahun fiskal yang mantap dengan keputusan suku keempat yang melebihi semua metrik panduan dan memberikan pencapaian tahun-demi-tahun. Maklumat lanjut mengenai keputusan kewangan Avaya untuk suku keempat dan tahun fiskal berakhir pada 30 September 2020 disediakan di sini.

Latar Belakang Avaya 

Perniagaan dibina melalui pengalaman yang disediakan olehnya dan saban hari berjuta-juta pengalaman berkenaan dibawakan oleh Avaya Holdings Corp. (NYSE: AVYA). Avaya membentuk apa yang dicapai seterusnya untuk masa depan kerja dengan inovasi dan perkongsian yang membawa faedah perniagaan yang mengubah keadaan. Penyelesaian komunikasi awan dan ekosistem aplikasi berbilang awan kami memperkasa pengalaman pelanggan dan kakitangan yang diperibadikan, pintar dan mudah bagi membantu mencapai cita-cita yang strategik dan hasil yang diingini. Kami bersama-sama komited untuk membantu mengembangkan perniagaan anda dengan membawa Pengalaman yang Penting. Ketahui lebih lanjut di http://www.avaya.com

© 2020 Avaya Holdings Corp. Hak cipta terpelihara. Avaya, Avaya Cloud Office dan logo Avaya ialah tanda dagangan Avaya Holdings Corp.

Hubungan Akhbar

Cristie Hilado
cristie.hilado@priorityconsultants.com
(65)6338-1006

Nota Peringatan Berhubung Kenyataan Pandang ke Hadapan 

Dokumen ini mengandungi "kenyataan pandang ke hadapan" tertentu, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kenyataan berhubung dengan impak dan faedah yang dijangkakan daripada Avaya Cloud Office. Semua kenyataan selain daripada kenyataan berkenaan fakta sejarah merupakan kenyataan "pandang ke hadapan" untuk tujuan undang-undang sekuriti persekutuan dan negeri A.S. Kenyataan ini boleh dikenal pasti dengan penggunaan terminologi pandang ke hadapan seperti "menduga", "percaya", "terus", "dapat", "menganggarkan", "mengharapkan", "berhasrat", "harus", "mungkin", "visi kami", "merancang", "berpotensi", "awal", "meramalkan", "patut", "akan" atau "boleh" atau pengertian negatif daripadanya atau variasi lain daripadanya atau terminologi yang setanding. RingCentral dan Avaya telah mendasarkan kenyataan pandang ke hadapan ini pada jangkaan, andaian, anggaran dan unjuran semasa mereka. Meskipun RingCentral dan Avaya percaya bahawa jangkaan, andaian, anggaran dan unjuran ini adalah munasabah, kenyataan pandang ke hadapan ini hanyalah ramalan dan melibatkan risiko dan ketidaktentuan yang diketahui dan tidak diketahui, yang kebanyakannya di luar kawalan mereka. Kenyataan pandang ke hadapan ini tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara, termasuk risiko yang berkaitan dengan keupayaan pihak-pihak berkenaan untuk melaksanakan kewajipan mereka dengan jayanya di bawah penyusunan komersial, keupayaan pihak-pihak berkenaan untuk memasarkan, menjual dan memindahkan dengan jayanya pelanggan ke Avaya Cloud Office, selain risiko dan ketidaktentuan yang dibincangkan dalam Laporan Tahunan RingCentral dan Avaya masing-masing pada Borang 10-K dan laporan suku tahunan berikutnya pada Borang 10-Q yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa ("SEC") yang disediakan di www.sec.gov. RingCentral dan Avaya mengingatkan anda bahawa senarai faktor penting yang disertakan dalam pemfailan masing-masing mungkin tidak mengandungi semua faktor material yang penting untuk anda. Selain daripada itu, berdasarkan kepada risiko dan ketidaktentuan ini, hal-hal yang dirujuk dalam kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung dalam siaran akhbar ini mungkin sebenarnya tidak berlaku. Baik RingCentral mahupun Avaya tidak mengambil apa-apa tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak secara terbuka mana-mana kenyataan pandang ke hadapan lantaran maklumat baharu, peristiwa akan datang atau sebaliknya, kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Source: Avaya
Related Stocks:
NYSE:AVYA
Keywords: Computer/Electronics Awards Data Analytics