omniture

Industri Ais dan Salji Suntik Kekuatan dalam Pembangunan Harbin

Information Office of the Municipal Government of Harbin
2021-01-25 09:34 240

HARBIN, China, 25 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Pesta Tanglung Ais Harbin kali ke-47 telahpun bermula baru-baru ini di bandar Harbin, utara Cina. Acara ini menampilkan kira-kira 270 kumpulan arca ais yang terletak berselerak dalam kawasan berkeluasan enam hektar. Selain daripada arca ais yang tampak hidup, lokasi ini turut menawarkan program hiburan interaktif seperti gelongsor berbentuk perahu layar purba, gelongsor berbentuk sotong dan labirin badut. Ia bukan sahaja sebagai tempat untuk bersiar-siar, tetapi juga membolehkan pelancong menikmati pengalaman atas ais yang mengujakan.

 

Dalam masa yang sama, Ekspo Ais dan Salji Harbin 2021 sepanjang bulan telah dipindahkan ke dalam talian buat julung kalinya dengan bantuan teknologi baharu seperti 5G, data raya dan pengkomputeran awan. Ekspo ini melibatkan enam zon pameran agar masing-masing dapat mempamerkan peralatan ais dan salji, pakaian, alat bantuan, alat arca ais, pelancongan ais dan salji, dan makanan untuk kawasan sejuk. Syarikat-syarikat dan khalayak dari serata dunia dapat melihat ekspo ini dan berinteraksi dengan pempamer secara dalam talian. Ekspo tersebut komited untuk menyediakan platform buat mereka yang terlibat dalam industri ais dan salji bagi melaksanakan kerjasama ekonomi dan pertukaran, meningkatkan keyakinan pelancong terhadap pelancongan pada musim sejuk walaupun semasa berlakunya pandemik dan menyuntik momentum baharu ke dalam pembangunan ekonomi ais dan salji. Ia turut melambangkan satu percubaan baharu dibuat oleh "Bandar Ais" Harbin bagi mengintegrasikan sumber ais dan saljinya yang unik dengan ekonomi digital.

Sebagai ibu kota wilayah dengan latitud tertinggi di China, Harbin mengalami musim sejuk yang panjang dan sejuk, apabila suhu boleh turun kepada negatif 30 darjah Celsius dan angin sejuk serta curahan salji berlaku dengan kerap. Biasanya, cuaca sejuk melampau boleh mencetuskan cabaran terhadap operasi harian dan pembangunan ekonomi sesebuah bandar. Namun begitu, hal ini tidak menjadi masalah untuk Harbin, yang berjaya menukarkan kekurangan ini kepada kelebihan ikoniknya. Melalui langkah-langkah seperti memperluas pasaran domestik dan antarabangsa untuk sumber ais dan saljinya dan memperkenalkan program perjalanan serta taman tema termasuk Ice and Snow World, bandar ini telah mendorong pembangunan pelancongan dan menukarkan persekitarannya yang sejuk menjadi daya penggerak untuk pertumbuhan ekonomi.

Tatkala Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 semakin menghampiri, Harbin mengambil peluang untuk mempromosikan pembangunan industri ais dan salji baik dari segi bahagian bekalan mahupun permintaan bagi memenuhi keperluan pelancong dan agensi pelancongan dalam era pasca pandemik. Melalui gabungan langkah-langkah seperti memperkukuh pembinaan jenama dan meningkatkan kapasiti serta kualiti perkhidmatan pelancong, bandar ini telah mewujudkan sistem bekalan produk pelancongan ais dan salji yang berkualiti tinggi.

Kemajuan teknologi memainkan peranan penting dalam mempercepatkan transformasi pintar dan pembangunan pelancongan ais dan salji yang berkualiti tinggi di Harbin. Sejak tahun 2015, Ice and Snow World menawarkan Wi-Fi percuma kepada pelancong dan lampu tradisional telah digantikan dengan lampu jalur LED yang menjimatkan tenaga bagi memberi kesan visual yang lebih baik. Pelancong dapat menikmati stimbot dalam iglu yang sejuk dengan suhu negatif 30 darjah Celsius. Interaksi antara pemandangan semula jadi dan pengalaman peribadi sedemikian akan menggalakkan pelancongan dan merangsang pembangunan ekonomi.

Source: Information Office of the Municipal Government of Harbin
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Travel Trade show news