omniture

GCLSI Berjaya Kumpul CNY2.5 bilion ($US386 juta) melalui Penawaran Saham Tawaran Persendirian

GCLSI
2021-01-28 01:15 157

SUZHOU, China, 28 Januari 2021 /PRNewswire/ -- GCL System Integration Technology Co. Ltd ("GCLSI " atau "Syarikat") (Shenzhen:002506), sebuah syarikat fotovolta (PV) yang terkemuka di China, mengumumkan pada 21 Januari bahawa ia berjaya mengumpul sebanyak 2.5 bilion yuan ($US386 juta) melalui penawaran tawaran persendirian yang akan mempercepatkan pelaksanaan strategi "perniagaan dwiteras (fotovolta dan semikonduktor)" Syarikat berkenaan.

Dalam satu laporan mengenai penerbitan saham bukan awam yang didedahkan oleh GCLSI pada 21 Januari, ia menunjukkan bahawa Syarikat menerbitkan 773,230,764 saham-A pada harga 3.25 yuan (50 sen) sesaham dalam penawaran bukan awam, dengan jumlah keseluruhan mencecah 2.513 bilion yuan ($US386 juta) terkumpul. Selepas penyempurnaan penerbitan saham bukan awam ini, jumlah aset dan aset bersih Syarikat akan meningkat dan nisbah hutang-kepada-aset akan berkurangan, yang akan dapat membantu mengurangkan risiko-risiko kewangan syarikat, seterusnya meningkatkan keupayaan syarikat untuk menghalang risiko, mengoptimumkan struktur kewangan syarikat dan memberi jaminan untuk pembangunan mampan syarikat.

Laporan berkenaan menunjukkan bahawa tawaran persendirian telah dikeluarkan untuk 14 pelabur yang terdiri daripada pemegang saham persendirian serta platform kerajaan tempatan dan juga organisasi pelaburan ternama.

Antaranya, JIC Capital Management membuat langganan saham terbesar dengan jumlah keseluruhan mencecah 1 bilion yuan ($US154 juta). Hefei Dongcheng Industry Investment Co., Ltd dan Peixian Economic Development Zone Development Co., Ltd. masing-masing membeli 800 juta yuan ($US124 juta) dan 200 juta yuan ($US31 juta) saham.

Setiausaha Lembaga GCLSI Ma Junjian menyatakan bahawa: "Langganan sebegini daripada platform berkaitan kerajaan tempatan dan organisasi pelaburan ternama ini memperlihatkan keyakinan tinggi dalam pembangunan masa depan Syarikat yang akan mempercepatkan pelaksanaan strategi perniagaan dwiteras (fotovolta dan semikonduktor) GCL. Matlamat kami adalah untuk mewujudkan perbezaan yang kompetitif, maka GCL mempercepatkan pembinaan tapak sel serta modul fotovolta dan dalam masa yang sama aktif meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan teknologi baharu seperti sel solar teknologi heterosimpang (HJT) dan sel perovskit berlapis."

Pada Disember lalu, GCLSI melancarkan tapak pengeluaran untuk modul PV di Hefei, ibu kota Wilayah Anhui dengan jumlah pelaburan mencecah 18 bilion yuan (kira-kira $US2.75 bilion). Tapak pengeluaran ini akan dibina dalam empat peringkat antara tahun 2020 dan 2023 dengan kapasiti 15GW pertama kini sedang dibangunkan. Setelah siapnya projek ini, GCLSI akan memiliki kapasiti pengeluaran modul yang terbesar di dunia.

Source: GCLSI
Related Stocks:
Shenzhen:002506
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Offerings