BEIJING, 3 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Digelar sebagai bandar ais China, Harbin telah menyaksikan festival ais dan salji tahunnya membuka tirai baru-baru ini.
Harbin, ibu kota bagi Wilayah Heilongjiang di bahagian paling utara China, terletak di tengah-tengah Asia Timur Laut. Berperanan sebagai hab penting untuk jambatan darat dan koridor udara Eurasia pertama, ia memainkan peranan penting dalam jalinan kerjasama antara China dan Rusia.
Li Long, pengarah pejabat pengurusan Central Street di pusat bandar Harbin, berkata bahawa 43 arca ais dan salji telahpun dibina di Central Street untuk Festival Ais dan Salji Harbin tahun ini, bagi menarik ramai pejalan kaki untuk merasai tenaga dan keseronokan yang dibawa oleh ais dan salji.
Semasa berlangsungnya festival ais dan salji, orang ramai dapat bersuka ria bukan sahaja di Eksposisi Seni Arca Salji Antarabangsa Sun Island Harbin ke-33, tetapi juga di Dunia Ais-Salji Harbin, taman tema bermusim terkenal yang dibuka pada setiap musim sejuk.
Sejurus sebelum bermulanya kira detik satu-tahun menjelangnya Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Sukan Paralimpik 2022 Beijing, Harbin mengambil peluang ini untuk menukar sumber ais dan saljinya menjadi industri yang menguntungkan.
Statistik menunjukkan bahawa dalam tempoh tiga hari pertama tahun 2021, 11 tempat tarikan pelancong yang dipantau oleh Harbin menerima lebih daripada 530,000 orang pelancong.
Menurut satu laporan yang dikeluarkan di Forum Pembangunan Pelancongan Ais dan Salji China 2021 oleh China Tourism Academy, pelancongan riadah ais dan salji China dijangka menyaksikan 230 juta kunjungan dari tahun 2020 hingga 2021 dan pendapatannya diunjurkan melebihi 390 bilion yuan.
Wang Zhaoli, setiausaha Parti Harbin, menyatakan bahawa bandar ais tersebut akan memanfaatkan potensi sumber ais dan salji, melaksanakan pertukaran dan kerjasama yang luas, menggalakkan pembangunan ekonomi ais dan salji yang berkualiti tinggi serta berusaha untuk membina destinasi pelancongan ais dan salji yang terkenal di mata dunia dalam tempoh lima tahun berikutnya.
Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/319442.html