omniture

Cloudwise Meterai Perjanjian Kerjasama dengan HUAWEI CLOUD Promosikan AIOps dalam Pasaran Antarabangsa

HUAWEI CLOUD
2021-02-04 05:25 2340

SHENZHEN, China, 4 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Penyedia penyelesaian Kecerdasan Buatan untuk Operasi IT (AIOps), Cloudwise, menandatangani perjanjian kerjasama dengan Huawei bagi membangunkan dan memasarkan penyelesaian AIOps bertaraf profesional untuk pengguna dalam pasaran antarabangsa. Lu Yanping, Pengurus Besar Ekosistem Asia Pasifik HUAWEI CLOUD dan David Liu, Presiden Cloudwise, menghadiri majlis penandatanganan dan menandatangani perjanjian tersebut.

Transformasi digital setiap industri tidak mungkin dapat dilakukan tanpa operasi dan pengurusan awan atau IT. Awan ialah asas bagi transformasi digital. HUAWEI CLOUD menyediakan infrastruktur awan tindanan penuh, ekosistem yang mantap dan perkhidmatan sokongan tempatan bagi membantu sejumlah besar perusahaan di China mempercepatkan transformasi digital di luar China dan membangunkan penyelesaian dan perkhidmatan yang inovatif untuk pelanggan dalam pasaran yang sentiasa berkembang.

Operasi dan pengurusan IT tradisional adalah berdasarkan pengumpulan alat bebas, beberapa peraturan tetap dan pengalaman pengguna. Pemprosesan data dan analisis pada masa sebenar adalah lemah. Apabila terdapatnya masalah, pengenalpastian punca asas adalah sukar. Perusahaan memerlukan pemprosesan data waktu sebenar, analisis dan ramalan yang pintar. Mereka memerlukan analisis punca asas berbilang dimensi yang cekap.

Projek kolaboratif antara Cloudwise dan HUAWEI CLOUD ini akan menyediakan penyelesaian serta perkhidmatan yang mantap, berkualiti tinggi dan AIOps untuk pelanggan Internet, e-dagang, logistik serta pelanggan lain di luar China. Cloudwise akan terus bekerjasama dengan HUAWEI CLOUD untuk berinovasi dan mempromosikan produk AIOps dalam lebih banyak senario dan mencipta lebih nilai buat pelanggan.

Perjanjian berkenaan menggariskan tiga matlamat utama:

  • Platform HUAWEI CLOUD akan digunakan di luar China sebagai asas untuk Cloudwise.
  • HUAWEI CLOUD akan menyediakan sokongan teknikal, sokongan pemasaran dan sokongan perkhidmatan bagi membantu Cloudwise beroperasi di Hong Kong, Macau, Taiwan dan seluruh Asia Tenggara.
  • Pasaran HUAWEI CLOUD akan menyediakan pengguna dengan produk AIOps daripada Cloudwise. Cloudwise telahpun melancarkan Pemantauan Sintetik, satu platform pemantauan prestasi IT hujung-ke-hujung yang proaktf, di pasaran HUAWEI CLOUD. Dengan lebih daripada 300 nod pemantauan diagihkan ke serata dunia, produk ini menyediakan pemantauan pengalaman pengguna 24/7 dan prestasi IT untuk laman sesawang, aplikasi mudah alih, API dan infrastruktur. Pemantauan Sintetik membantu perusahaan memantau prestasi aplikasi dengan tepat, mengesan kesilapan dan mengenal pasti hambatan prestasi dengan cara yang tepat pada waktunya.

David Liu, Presiden Cloudwise, berkata, "Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Cloudwise terus meningkatkan kekuatan teknikalnya, memperkayakan sistem perkhidmatan serta mencari peluang kerjasama yang aktif bersama pihak-pihak luar. Menerusi pengalaman mantap kami dan kekuatan produk dalam pasaran domestik, kami yakin bahawa kami akan melakar kemajuan signifikan dalam pasaran antarabangsa yang lebih luas. Kerjasama yang komprehensif bersama HUAWEI CLOUD akan dapat banyak membantu dari segi pengembangan pasaran, pembangunan penyelesaian dan keupayaan perkhidmatan dalam pasaran tempatan. Menerusi pengalaman selama bertahun-tahun dalam pasaran di luar China, HUAWEI CLOUD berkedudukan mantap untuk menggunakan penyelesaian Cloudwise bagi menyediakan produk AIOps yang cekap untuk pasaran tempatan dan mendayakan transformasi digital dalam tempoh jangka panjang dan secara berterusan."

Lu Yanping, Pengurus Besar Ekosistem Asia Pasifik HUAWEI CLOUD, berkata, "HUAWEI CLOUD Asia Pasifik menyediakan perusahaan dengan platform awan yang stabil, andal, selamat dan mampan untuk memperkasa aplikasi, memanfaatkan nilai data dan mempercepatkan transformasi digital setiap industri. Kami turut berganding bahu bersama rakan-rakan kongsi ekosistem Cina seperti Cloudwise untuk membina ekosistem berorientasi industri bagi membawa lebih nilai kepada pelanggan."

 

 

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Licensing/marketing agreements